Isnin, Disember 21, 2009

DAAT @ MONOLOG

monolog diri... selepas tiga minggu di desasiswa Restu...

Aku kembali ke pejabat hari ini setelah hidup sebagai mahasistua selama tiga minggu... banyak benda yang aku belajar sepanjang menyepi dari menulis ini... tentang cita-cita, tentang kehidupan, tentang hubungan kekeluargaan dan bab-bab pengurusan... masa, tenaga dan wang ringgit jugak! Namun dalam kesibukkan itu sempat juga aku balik kampung menjengok emak dan ayah... dan merasa buah-buah kampung yang masih berbaki... perjalanan untuk meraih segulung ijazah masih jauh dan kadangkala macam gayat jugak nak dicapai tapi perjalanan seribu tahun bermula langkah pertama dan aku telah mula melangkah... bukan langkah pertama lagi tapi dah semakin jauh meninggalkan garis permulaan... semoga aku terus cekal macam pokok cengal.... hehehe...
Nampaknya tahun 2009 semakin hampir melabuh dan tirai 2010 semakin hampir tiba... kini kita harus merenung tahun 2009... untuk memuhasabah diri dan memperbaiki apa yang patut... untuk dijadikan bekalan 2010... nampak gaya 2010 aku akan terus menyusun strategi-strategi baru seperti yang disusun pada tahun ini. Ohh ya... selamat atahun 1431Hijrah jugak... sempat juga menadah tangan di akhir tahun 1430H dan di awal tahun 1431H... moga keberkatan hidup akan berterusan... amin... insya allah... aku redha pada Nikmat-Mu ya Rabbi...

Khamis, Oktober 29, 2009

DAAT @ KMK

Aku yang tak pernah melibatkan diri dalam Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) selama ini telah diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan untuk mengetuai team KMK jabatan tempat aku bertugas yang diberi nama D'cyber... satu pengalaman yang amat berharga... setelah hampir enam bulan memecah kepala, akhirnya projek ini telah dibentangkan dalam satu Konvensyen peringkat Kementerian baru-baru ini di Batu Feringgi, Pulau Pinang... terima kasih atas kerjasama semua dan D'cyber akan kembali tahun depan... itu pun kalau bos masih lagi percaya kat kamilah...



Setelah selesai pembentangan... selesai satu bala... huhhh...


Dua orang kuat kumpulan D'Cyber... kalau tak ada dua orang nie lingkup aku...


Tersenyum selepas selesai pembentangan... lepas nie tulang ikan tuu kita buat sup



Kenangan bersama campion... big bos...

D'cyber akan kembali tahun depan AWAS!!!


Rabu, Oktober 28, 2009

DAAT @ TRAGEDI

Tragedi ketika melaksanakan sesuatu aktiviti memang akan membuatkan kepala lutut penganjur lembik... tragedi Kuala Dipang yang berlaku malam isnin kelmarin sebenarnya bukanlah boleh dijangka oleh sesiapa pun... baik para guru, jurulatih, ibubapa yang membenarkan anak-anak mereka menyertai program tersebut hatta para peserta yang terlibat pun... tetapi tragedi tersebut telah berlaku dan menarik perhatian umum... ibubapa yang terlibat sudah pasti trauma... ibubapa yang sebelum ini yang tak berapa minat anak-anak mereka menyertai aktiviti kokurikulum pun bertambah-tambah fobia...
Sebagai satu team yang terlibat dengan banyak program pembangunan modal insan, risiko memang tetap ada walaupun pelaksanaan aktiviti di dalam hotel bertaraf 5 bintang sekalipun... tetapi pendekatan utama ialah setiap team yang terlibat perlu menilai kembali panduan yang diikuti dari A-Z. Untuk itu, aku cuba memperincikan sedikit mengikut kronologi yang memungkinkan kemalangan itu boleh berlaku mengikut kacamata DAAT...
A - Peruntukkan untuk pelaksanaan diperolehi... baik dari langit, sumbangan, atau kutipan yuran...
B- Jawatankuasa Induk dibentuk... memperincikan objektif, tarikh, tempat, keperluan logistik, peserta dan sebagainya.
C-Sasaran peserta dikenalpasti... segala bentuk borang akan dikeluarkan... butiran peribadi, kebenaran ibubapa, kontrak diri, kebenaran pihak berkuasa yang difikirkan perlu dan sebagainya. INSURANS JANGAN LUPA AMBIL!!!
D-Kem pun bermula... taklimat oleh Kem Komandan, Penganjur atau Urusetia terlibat... mungkin ada yang mencadangkan Perasmian Pembukaan... di sinilah kunci utama pelaksanaan kem ... keselamatan, keselesaan, pengisian dan plan kecemasan diambil kira.
E-Mesyuarat Team... DAAT sering mengamalkan mesyuarat ketika ini... mesyuarat ini kadangkala dapat mengatasi mesyuarat induk (seperti B) kerana keputusan ketika ini amat penting di kawasan aktiviti dilaksanakan. Peserta ketika ini mungkin baru hendak menyesuaikan diri dengan suasana tempat... arahan!!! jangan kemana-mana selain dari yang diarahkan oleh Kem Komandan.
F-Aktiviti berlangsung - ketika ini semua Urusetia, Jurulatih dan penganjur akan peka terutama jika aktiviti berisiko tinggi... kemalangan tetap boleh berlaku... tetapi boleh diminimumkan dengan semua prosedur keselamatan diambil kira... ketika ini satu arahan sahaja dari Ketua Urusetia atau Kem Komandan... Dzero Deffect! tak boleh ada satu cacat pun... terutama jika aktiviti tali tinggi, aktiviti air, merempuh halangan atau apa sahaja aktiviti yang berisiko... sebab itu bagi DAAT... kami selalu batalkan sahaja jika prosedur ini tidak dapat diikuti sepenuhnya.
G-waktu sengang- Dalam kes Kuala Dipang... kemalangan berlaku ketika ini... ketika pelajar hendak mengambil minum malam... dengan kata lain... team tak solid ketika ini.... longgar... ini tak boleh disalahkan kepada sesiapa pun... kerana kita tidak menjangka kemalangan akan berlaku ketika ini... satu pengajaran yang baik untuk semua... Kemalangan yang berlaku pada kelemahan cerucuk jambatan gantung di luar kemampuan pelaksana kem... kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku dari dalam tanah.
H- Kita andaikan perkhemahan ini tidak bermasalah sehingga tamat Majlis Perasmian Penutup.
I-Peserta kem balik ke rumah masing-masing... di sini satu lagi risiko kemalangan boleh berlaku... kerana semua Jurulatih akan luss ketika ini. Penganjur utama tetap senak perut ketika ini... aku mempunyai banyak jugak pengalaman peribadi menghadapi masalah ketika tahap ini... pengalaman, kemahiran, dan pengetahuan amat membantu untuk tidak panik.... di sini sewajarnya Kem Komandan, dan Penganjur utama perlu untuk terus bersedia.
J-Peserta di rumah masing-masing... Kem Komandan, urusetia, jurulatih yang rapat dengan sebahagian peserta perlu menghubungi beberapa orang peserta untuk mengetahui keberkesanan program... mungkin ada yang demam-demam, sakit-sakit ringan yang tak ketara ketika di kem tetapi melarat bila sampai di rumah... selalunya kita bawak buah limau atau epal sahaja ketika melawat dan nasihatkan ibubapa bawa peserta ke hospital untuk dapatkan rawatan...
K- Program tamat sepenuhnya.
Apapun kita tunggu keputusan siasatan yang terperinci yang akan dikeluarkan oleh kerajaan ... satu pesanan... jika anda berani... sahut cabaran DAAT... Dunia Penuh Cabaran....

Isnin, Oktober 26, 2009

DAAT @ MOTIVASI

Kita sering disogokkan dengan program motivasi di media... baik di kaca televisyen, radio, surat khabar harian atau di majalah-majalah... tak cukup dengan itu, di tempat kerja kadangkala bos pun menambah lagi dengan kursus-kursus peningkatan prestasi, minggu kualiti dan sebagainya... tak cukup dengan itu di tempat tinggal kita kadangkala jawatankuasa masjid pun menganjurkan lagi ceramah-ceramah umum bagi meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita... masuk dalam kereta kadangkala lagu-lagu artis terkini diselang-selikan dengan kata-kata pujangga dari motivator terkenal... pendek kata di Malaysia ini kita hidup dengan budaya bermotivasi antara satu sama lain... tak tahulah anak-anak di sekolah atau di pusat pengajian tinggi berapa banyak program motivasi dilongokkan dan disogokkan kepada mereka... tak cukup motivasikah kita selama ini...? Persoalan yang perlu ditanya dan jawapannnya kita sendiri yang lebih tahu...
Akhirnya atas kajian aku program ini melahirkan tiga golongan...
Golongan pertama yang tak pernah berubah dan tetap tidak akan berubah... umpama mencurah air di daun keladi, daun pisang atau apa-apa daun pun... sama sahaja dan tak akan berubah... kenapa dan mengapa hanya mereka yang lebih tahu... mungkin masalah mereka perlu ditangani dengan pendekatan kaunseling pulak.... gamaknya...
Golongan kedua ialah golongan motivator yang bercambah-cambah dengan idea baru, pendekatan baru, konsep yang tak pernah kita dengar sebelum ini... mungkin golongan ini yang mengambil inisiatif atas dorongan yang mereka pernah dengar atas nasihat-nasihat sebelum ini... mencari kekayaan..? itulah kelebihan orang yang sentiasa bermotivasi dan mencari makan pula dengan sikap bermotivasi mereka itu...
Golongan ketiga ialah golongan yang bermotivasi dan fokus tentang apa yang telah dirancang bagi kehidupan mereka.... mereka tak peduli dengan apa orang lain kata... sama ada pujian atau kejian... yang penting matlamat telah ditetapkan dan strategi telah disusun sebaik mungkin...
Walaupun anda akan berkata terdapat golongan keempat iaitu sekejap bermotivasi sekejap tidak... golongan keempat menghampiri cara orang yang bermotivasi sekiranya dia terus diberi motivasi dan sanggup pula dirinya dimotivasikan...
Jadi anda di mana sekarang...?

Ahad, Oktober 25, 2009

DAAT @ REHAT

Cuti untuk menenangkan fikiran dan berseronok tak pernah ditetapkan bila buat seseorang pekerja tegar macam aku... yang pasti majalah santai di pasaran nampaknya banyak memaparkan artikel percutian di hujung-hujung tahun ini. Umi (isteri aku) pun nampaknya mempunyai mood bercuti sekarang... aku memberikan umi peluang membuat keputusan dan aku akan mengikutnya sahaja walaukemana pun macam janji zaman cinta-cinta dulu... anak-anak pasti akan mengikut sahaja... yang pasti kak long hanya akan kata nak jalan-jalan... hahaha... kebahagiaan seorang family men macam aku ialah bekerja sekuat tenaga dan diperabihkan untuk keluarga... nikmat betull... tetapi aku masih ada perancangan yang masih belum selesai dalam empat tahun ini... aku kena mengabiskan dahulu pengajian aku dan kuliah intensif sepenuh masa bermula hujung bulan hadapan sehingga hujung tahun. Ini bermakna aku perlu bercuti sebelum tarikh kelas bermula atau selepas itu... tetapi aku selalu bercuti sebenarnya... bercuti sambil bekerja sudah menjadi budaya di tempat aku bekerja... itu kelebihan kami yang bertugas di sini... tetapi cuti bagi aku hanya untuk meredakan tekanan berfikir tentang kerja hakiki untuk berfikir strategi-strategi baru... kadangkala cuti membuatkan aku lagi sibuk slepas itu... kerana ide-ide terbaru terpacul ketika itu... dan hujung-hujung tahun ini team gerek kami di pejabat ini telah merangcang beberapa trip lagi selepas trip x-tream di Langkawi bulan lepas... tadi abang Mat maklumkan pulak hujung minggu ini projek mendapatkan callsign akan bermula semula... hehehehe semakin sibuklah aku...congak punya congak budget tetap menjadi keutamaan. Walaupun aku antara segelintir manusia yang tak pernah bercakap tentang isu buget tetap merasa penangan gaji awal bulan lepas kerana cuti perayaan yang bersambung-sambung... Umi mula mencadangkan beberapa destinasi dan aku mula terfikir berapa pulak budget yang patut diperuntukkan.... anda ada cadangan...?

Isnin, September 07, 2009

DAAT @ NUZUL AL QURAN

Salam Nuzul Quran... hari ini kebanyakkan negeri bercuti tetapi bagi kami di utara ini tetap bertugas seperti biasa... ketika memulakan perjalanan pagi ini aku membuka radio mendengar celoteh DJ dengan pemanggil-pemanggilnya tentang pengalaman mengaji Al Quran ketika kecil-kecil dahulu... aku juga mempunyai pengalaman sendiri... emm... aku berazam aku sendiri yang akan mengajar anak-anakku sendiri mengaji.... macam ayah mengajar aku dahulu...
Adik... anak ke dua aku harijadinya hari ini kerana dia dilahirkan ketika Nuzul Quran tahun lepas... nampaknya dia menyambut harijadinya dengan demam dan selsema... aku yang agak risau sebenarnya... dan klinik swasta menjadi pilihan kerana memikirkan senak perut nak berbaris di klinik kerajaan musim-musim wabak la nie...
Tugasan seperti biasa.... tiada tugasan yang mengejar dateline lagi bulan puasa ini membuatkan segalanya seperti lambat nak bergerak... tetapi bos seperti biasa... mesyuarat tanpa henti-henti... dan kami semua mengeluh, dan semalam bos buat meting lagi... bahagian kami yang paling last... rakan-rakanku semua dah mengosok-gosok jam tangan bila jam hampir ke 4.45 petang dan bos masih rancak berbincang... aku? sekadar sms kepada isteri di rumah... kalau lewat maknanya masih meting lah k... dan mengeluh panjang memikirkan jalan yang pasti sesak menghampiri jalan nak masuk ke kawasan perumahan aku juga... biasalah pasar ramadhan...
...beginilah di dalam bulan ramadhan ini... amal ibadat perlu ditingkatkan dan dalam pada itu aku terkenangkan pula Allahyarham Abang Mi Persatuan Rekreasi di negeri ini yang dikira masih cergas telah kembali ke rahmatullah minggu lepas... masih muda dan sentiasa aktif merencana pelbagai aktiviti... tetapi apabila ajal sudah tiba pasti tidak terlewat walau sesaat... kita bagaimana...? bersediakah kita...?.
Puasa sudah semakin bergerak melepasi separuh ramadhan... tingkatkan azam... solat tarawih jangan dilepaskan... tadarus al quran dipertingkatkan... emmm... aku mengingatkan diri aku juga sebenarnya... anda bagaimana pula...?

Selasa, September 01, 2009

DAAT @ MERDEKA

Semalam atau kelmarin bahasa di utara ini... aku menyertai perhimpunan Hari Kebangsaan kali ke 52 ini yang diadakan dalam suasana berpuasa dan wabak H1NI yang semakin menular. Banyak yang berbeza cara sambutan bagi kali ini di seluruh negara... walaupun bagi aku, masih ramai generasi muda yang tetap tidak memahami erti perayaan ulang tahun kemerdekaan yang sejati. Generasi muda masih tetap bergembira di malam merdeka walau tanpa Sambutan Ambang Merdeka... yang bermotorsikal tetap merempit... willey dan wikang dijalanan... yang bercouple tetap berkepit dengan pasangan masing-masing... dan yang menjadi penghuni setia pusat hiburan tetap mencari rakan-rakan hayun kepala di situ... yang biasa-biasa mungkin memilih kedai mamak dan berbual kosong dengan disulami ketawa ria menanti waktu bersahur mungkin ! Itulah cara sambutan biasa oleh golongan muda saban tahun tanpa jemu... dan jika ada yang berkata sambutan tahun ini berbeza hanyalah retorik !!!
Berbalik kisah sambutan semalam... aku hadir juga tanda komitmen yang tidak berbelah bagi... bahkan sejak bertugas... aku jarang miss dengan apa jua bentuk sambutan.. dari berkhemah di dalam hutan sehinggalah memimpin pasukan kawad di perbarisan kemerdekaan. Dahulu semasa kanak-kanak pun aku memang sanggup terpaku di depan peti telivisyen di ruang tamu rumah melihat perbarisan peringkat kebangsaan... emmm betapa skemanya aku ketika itu... dan ketika aku sudah mempunyai anak aku membiasakan anak-anakku dengan bendera Malaysia dan Laungan Merdeka... dan aku lihat anak sulungku agak bersemangat jika melihat dan mendengar laungan merdeka di telivisyen dan dia akan menyelongkar bekas mainannya mencari bendera yang aku belikan khas untuknya.
Jawatankuasa Kelam Kabut Kampung (JKKK) di tempat tinggal aku kini juga nampaknya bersemangat dengan membekalkan setiap rumah dengan sehelai bendera Malaysia... dan nampaknya meriah sungguhlah juga di setiap rumah dan kini apabila puasa masuk pertengahan bertambah-tambah meriah dengan kelipan lampu pelbagai warna-warni... dan ramai generasi muda tetap juga bermandikan cahaya di malam merdeka... yang di disko dengan kelipan lampu yang pelbagai bentuk... yang merempit memilih lampu jalan disepanjang laluan mereka... dan yang bercouple memilih cahaya-cahaya yang suram sesuai dengan aktiviti mereka... dan laungan merdeka semakin jauh dilupakan apabila september mula menjengah tiba.. emmm... begitulah setiap tahun... tiada apa yang berbeza!!!

Ahad, Ogos 30, 2009

Selasa, Ogos 18, 2009

Khamis, Julai 02, 2009

DAAT @ Kroni

Isu ini pernah meletup sakan dulu... sehingga kini... akhirnya Parti yang membangkang seratus peratus dulu pun kini tak sangat lagi memainkan isu ini lagi... mungkin kerana mereka telah memerintah beberapa buah kerajaan negeri dan mungkin sedang memahami erti kroni... siapa boleh menidakkannya lagi...? hehehe... Bagi aku ini isu yang perlu dilihat dari pelbagai sudut... kalau dilihat dari negatif ia seakan macam sangat buruk... tapi jika dilihat dari segi positif ia bergantung kepada niat dan tindakan individu tersebut... Aku dah lama mempunyai kroniku sendiri.... dari zaman hidup di kampung... sapa tak kenal aku dan Gman... Kong, Pak Yeh, Anal n budak-budak suruhan yang lain... kami yang banyak mengaturkan aktiviti belia di kampung kami masa tuuu, Kong... Pengerusi dan aku Setiausaha... dan budak-budak kami macam balaci yang sama-sama tumpang tuah... projek terbesar kami ialah mengecat keseluruhan masjid kampung kami... luar dan dalam... macam tak percaya? tapi itulah kuasa dengan kroni-kroni yang terpilih... kalau tak ada klik yang sebegitu rasanya Ustaz Puad Pengerusi Masjid takkan percayakan kami... Pak Cik Hashim Tecklan yang memantau kami dah tentu menggelabah piai sebab kerja tak selesai... dan Pak Cik Brahim takan kan sanggup keluar modal membeli keperluan alatan kami... dan juga mungkin sedikit upah hehehe... Paling kami takut jika kerja tak selesai dah tentu dengan Pak Din Temen rumah paling dekat dengan masjid (aruah dah) yang dah tentu menghamput kami... Itulah kuasa kroni...
Bila aku bekerja dulu team aku juga yang terbaik... Chor, Lan, Nizam & Zahari ... individu terbaik yang pernah aku jumpa dengan kepakaran masing-masing... mudah berurusan dengan individu yang memahami kita bekerja... tambahan bekerja dengan aku yang sentiasa berubah dan sukar dijangka... mereka terbaik... kini aku merantau jauh di utara... masih tercari-cari kroni... akhirnya aku buat kesimpulan kroni terbaik aku kini ialah isteriku, kak long dan adik... kami berempat sahaja dan kemana pun aku bawak mereka jika berkesempatan waima aku tengah bertugas... kak long boleh berdikari... adik tak pernah meragam dan umi boleh memantau anak-anak kami... inilah kroni aku kini... nun jauh di lubuk kenangan aku dah jenuh hidup berkroni... buat apa nak takut... jika niatnya untuk kebaikkan...

Rabu, Julai 01, 2009

DAAT@SUNYI SEPI

Kawan-kawan semua bertanya... kenalan yang jauh dan dekat pun bertanya juga... kawan opis lama pun sms tanya jugak... jiran tetangga pun gagah menyoal itu ini... kroni dan puak lerak pun tumpang sibuk menyiasat... sibuk ker? sekarang di mana? tak nak balik kampung ker..? dan 1001 pertanyaan yang lebih kurang sama. Dan aku masih di sini... macam dulu-dulu jugak... tapi banyak jugak yang dah berubah... hidup perlu berubah sentiasa... aku tak boleh hidup statik... kalau tak takkanlah aku sengaja mencari tempat yang sunyi di sini... menukar kebiasaan biasa...
Kita balik ke persoalan asal... kini aku dah jauh berubah... sekarang dah jadi mahasiswa... mencari pengalaman sebagai pelajar U... jauh lagi... dan sedang mencari-cari taiming terbaik... assingment dan tugasan yang bukan anak kerojenya... komitmen masa yang semakin padat... aghhh... masa tetap sama cuma terpulang kepada kita sahaja yang mengaturkannya.... kini aku asyik membelek buku-buku pengurusan masa, motivasi diri, kaedah belajar, dan apa sahaja yang berbentuk meningkatkan keupayaan diri... dan istilah zaman sekarang yang paling tepat... aku menjadikan diri aku poyo... mat skema... dan macam bagus... tapi itu bukan masalah sangat sebenarnya... bukankah itu dulu adalah watak aku juga...? hehehehe... dan isteri yang tercinta masih menjadi pengkritik setia yang menyedarkan aku tentang sesuatu... aku masih mempunyai komitmen lain dengannya... kehendak dan impian seorang isteri dan anak-anak yang semakin membesar dengan keletah maisng-masing... kak long dengan daya ingatannya yang semakin tajam... aku rasa dia dah boleh dihantar ke sekolah tahun depan... tapi aku rasa mungkin Uminya sendiri boleh mengajar... kini isteriku banyak melatih kak long bercakap... dan antaranya... duit diistilahkan dengan 'duit raya'... akibatnya kak long dah pandai mintak duit raya nak membelanja di kedai... dan pantang nampak orang jual air tepi jalan... mesti dia mintak duit raya nak beli air 'nyioq'... dan kami berdua suami isteri mengekek besar.... Adik...? Baru pandai berdiri... dan bila ketawa nampak gigi atas bawah yang dah tumbuh... adik pun tumbuh gigi atas dulu... macam kak long juge... kata isteriku itu tanda orang cakap besar.... entahlah... yang pasti adik pun banyak akai la nie... macam kak long jugak...
Kerja..? macam biasa... tiada istilah hujung minggu dan bersantai di hari cuti bahkan kadangkala menjadi semakin kelam kabut dengan jemputan ceramah, memantau program, wakil bos merasmikan itu ini... dan mesyuarat yang tak henti-henti... mesyuarat tiga beradik... mesyuarat pengurusan, mesyuarat program, mesyuarat kewangan, mesyuarat bahagian... dan 1001 mesyuarat lagi...
... kini aku sengaja mencari pasal lagi... amik kelas radio amatur dan sedang menunggu keputusan peperiksaan yang baru lepas... kalau lulus tambah lagi satu dunia aku.... dan baru minggu lepas kawan opis ajak pergi menyelam pulak... lagi pun ada lesen kalau tak dipraktikkan pun tak ada guna jugak...emmm.... dalam berjalan di pasar malam... aku terjumpa keset kelas tarannum... agghhh payahnya nak kuasai ilmu tarannum ni... aku impikan dari zaman remaja lagiii... tapi di sini aku tak jumpa gurunya lagii... mungkin akan jumpa juga... dan masa terus berlalu... harapnya aku masih boleh terus mencapai impian... banyak lagi dalam list hehehe... oh ya... hujung minggu nie perjumpaan pertama untuk assgiment kajian group kami... mungkin ada sesuatu yang sedang menunggu dengan rakan-rakan baru nie...

Isnin, Mac 02, 2009

DAAT @ Melayu

Saya melayu... anda juga mungkin melayu... atau kangkawan anda melayu... pasangan anda melayu... jiran anda, pak cik goreng pisang di kawasan perumahan anda melayu, driver bas sekolah anak anda melayu... dan Perdana Menteri kita juga melayu... sultan dan Raja kita sudah pastilah melayu. Bangsa utama di Malaysia adalah melayu... dan melayu mesti beragama islam ... Islam dan melayu amat sinonim... amat janggal jika kita dengar melayu bukan beragama islam... kecuali anda berada di Indonesia mungkin ada melayu beragama Kristian atau Hindu...
Kini melayu hidup aman damai dengan lain-lain bangsa Cina, India, Sing, Serani, Kedazan, Iban, Bidayuh, Orang asli dan pelbagai suku kaum yang lain. Dalam melayu ada pelbagai lagi suku kaum dan semangat kenegerian yang mempelbagaikan melayu itu sendiri. Kaum banjar tak sama dengan kaum jawa, rawa, minangkabau, batu bara, pane dan bugis. Orang Kelantan berbeza loghat dengan orang kedah. Orang melayu di Parit Buntar berbeza dengan orang melayu Pengkalan Hulu... tak percaya pergilah ke tempat tersebut.
Ramai orang menyangka orang Kelantan amat payah nak berkawan rapat dengan melayu negeri lain... sebenarnya dalam pemerhatian aku bukan salah orang kelantan.. mereka bukan bersemangat kenegerian sangat... sebenarnya mereka susah nak bercakap dengan melayu negeri lain... lawak mereka tak difahami dan kadangkala mereka tergagap-gagap tapi sesama Kelantanis mereka amat mudah mesra walau baru berkenalan... buktinya? tak perlu... masa bujang dahulu aku duduk serumah dengan dua orang kelantanis dan adik ipar aku juga berasal dari sana.
Namun kelebihan aku bila duduk di utara ini.. aku mempunyai pelbagai kelebihan berbahasa melayu mengikut loghat... duduk di sebelah Kodiang nie mana nak sama bercakap dengan orang Muar di Johor, atau Gong Badak di Terengganu atau Pasir Mas di Kelantan...
Untuk mudah mengkaji melayu tak perlu susah-susah ke Perpustakaan Negara atau berjumpa Profesor Kajian Melayu di Universiti cukup hanya dengan menonton filem P. Ramlee (kecuali anda sedang buat tesis PhD kenalah pegi sana). P. Ramlee seorang insan melayu yang dalam karyanya menyentuh hampir keseluruhan budaya, sikap dan perangai bangsa melayu... hampir tepat!!! Jika nak tengok melayu berbini lebih dari satu tontonlah Madu tiga, Melayu yang jadi askar Sarjan Hassan, melayu pengamal ilmu hitam.. Sumpah Orang Minyak... melayu peniaga... Tiga Abdul... kaum bangsawan... Antara Dua Darjat, melayu merapu tengok Bujang Lapok atau Doremi , melayu kuli... Labu labi, melayu kaya... Penarik Beca, melayu dan keluarga Ibu Mertuaku... melayu jati... Semerah Padi... sampai masa kecik-kecik dulu aku menyangka P Ramlee itulah sebenarnya Hang Tuah hehehe...
Namun kini melayu gila berpolitik sampai naik jemu tengok dalam surat khabar atau berita... bergaduh tentang nak guna bahasa apa untuk pengajaran Matematik atau Sains di sekolah... dan bangsa lain pun pelik kenapa melayu dah jadi begini... tapi aku masih melayu yang sedang memerhati kaumnya sendiri... dan mungkin anda juga begitu...

Selasa, Februari 17, 2009

DAAT @ kaki bodek

Bila kita bekerja tak kira di sektor apa pun bos dan pekerja adalah dua individu yang paling penting dalam mengepalai organisasi masing-masing. Apabila kita menjadi bos kita dianggap berkuasa, dan arahan kita mesti dipenuhi by hook or by crook dan pekerja adalah insan yang sentiasa menurut perintah dengan penuh tanggungjawab, berintergriti dan jujur sejujurnya.

Pekerja pula adalah operator utama dalam organisasi dan biasanya mempunyai posisi masing-masing, sama ada di bahagian pentadbiran, kewangan, pengeluaran, pemasaran dan 1001 bahagian lagi mengikut kepentingan operasi organisasi masing-masing.

Tapi sebagai pekerja kita sedia maklum tentang itu semua...

Namun antara dua watak itu ada lagi bayangan yang menyakitkan sesiapa yang terinaya antara kedua posisi itu adalah kaki bodek @ pengampu bos @ batu api @ talam dua muka !!!.
Ada sebab tertentu yang melahirkan manusia jenis begitu.. untuk kepentingan pribadi atau bos yang lemah untuk menilai... walaupun biasa kita jumpa manusia jenis ini kadangkala ia umpama virus yang menghantui jiwa orang yang terseksa...

kini nilaikan diri kita sendiri? siapa kita di tempat kerja...

Isnin, Januari 12, 2009

DAAT @ Fesyen

Apabila masuk tahun baru, maka pengamal-pengamal fesyen berlumba-lumba mewar-warkan trend berpakaian di tahun tersebut... maka majalah-majalah dan bual bicara santai di media massa galak juga memaparkan trend tahun baru tersebut... maka pencinta fesyen di kalangan masyarakat kita yang obses dengan trend akan berlumba-lumba memenuhkan koleksi pakaian mereka... ini terutama kaum wanita... dan juga mungkin kaum lelaki yang kononnya metroseksual!!!

Sejak dahulu aku memang berminat dengan trend tersebut... tapi tidaklah terlampau mengikut sangat trend tersebut... mungkin masalah budget kot hehehe... Namun setelah sekian lama akhirnya aku sedar ini hanyalah strategi perniagaan bagi pengamal-pengamal feyen... mereka sendiri yang menciptanya, merekabentuk, di tambah dengan aksesori dan solekan maka akhirnya masyarakat akan berkata inilah trend !!! Sesiapa yang tidak mahu mengikut dikatakan kolot dan old fesyen... kekampungan dan tidak tahu berfesyen...

Kini aku ingin bebas berpakaian mengikut citarasa dan mungkin mengambarkan jawatan yang aku sandang dan kematangan umurku kini... kemas, dan nampak eksekutif walaupun mungkin tidak semahal mana... ini dibantu oleh pengkritik fesyenku yang utama iaitu isteriku sendiri yang banyak membantu... tetapi di tahun 2009 ini isteriku meminta pula dibeli tudung Ekin sempena perkahwinannya dengan Mawi dan baru kusedar di pasar malam atau nat dah banyak orang jual dan pakai tudung ini termasuklah di pejabat ku ini... alahai makcik oiii...

Ahad, Januari 04, 2009

DAAT @ Palestin

Kita sebenarnya lemah atau lebih tepat amat lemah... kerana iman dan amal kita juga lemah... fizikal bertambah-tambah lagi... minda kita juga lemah akibat sudah lama dijajah dan ditentukan oleh orang lain tanpa kita sedari...akhirnya hidup kita sebenarnya ditentukan oleh orang lain... contoh yang mudah... jika kita bangun tidur dan mahu bersarapan di sebuah restoran... bolehkah kita meminta menu yang lain dari disediakan...? mungkin orang kata kita mengada-ngada atau biol... tapi itulah petanda awal hidup kita telah ditentukan... akhirnya kita tidak mampu membantu apa-apa pun saudara kita di Palestin... semuanya di atur... gencatan senjata, mesyuarat, resolusi, demontrasi atau kecaman di media... mungkin semuanya diatur, mungkin...... lalu saudara kita terusan berdarah dan kita masih sama... bersarapan sepinggan roti sardin dan teh gelas besar di restoran berbumbung dan berkipas sambil menonton berita dunia melaporkan... demontrasi dan kecaman serata dunia untuk rakyat Palestin ....dan Yahudi terus mengebom tanpa henti!!!