Semalam atau kelmarin bahasa di utara ini... aku menyertai perhimpunan Hari Kebangsaan kali ke 52 ini yang diadakan dalam suasana berpuasa dan wabak H1NI yang semakin menular. Banyak yang berbeza cara sambutan bagi kali ini di seluruh negara... walaupun bagi aku, masih ramai generasi muda yang tetap tidak memahami erti perayaan ulang tahun kemerdekaan yang sejati. Generasi muda masih tetap bergembira di malam merdeka walau tanpa Sambutan Ambang Merdeka... yang bermotorsikal tetap merempit... willey dan wikang dijalanan... yang bercouple tetap berkepit dengan pasangan masing-masing... dan yang menjadi penghuni setia pusat hiburan tetap mencari rakan-rakan hayun kepala di situ... yang biasa-biasa mungkin memilih kedai mamak dan berbual kosong dengan disulami ketawa ria menanti waktu bersahur mungkin ! Itulah cara sambutan biasa oleh golongan muda saban tahun tanpa jemu... dan jika ada yang berkata sambutan tahun ini berbeza hanyalah retorik !!!
Berbalik kisah sambutan semalam... aku hadir juga tanda komitmen yang tidak berbelah bagi... bahkan sejak bertugas... aku jarang miss dengan apa jua bentuk sambutan.. dari berkhemah di dalam hutan sehinggalah memimpin pasukan kawad di perbarisan kemerdekaan. Dahulu semasa kanak-kanak pun aku memang sanggup terpaku di depan peti telivisyen di ruang tamu rumah melihat perbarisan peringkat kebangsaan... emmm betapa skemanya aku ketika itu... dan ketika aku sudah mempunyai anak aku membiasakan anak-anakku dengan bendera Malaysia dan Laungan Merdeka... dan aku lihat anak sulungku agak bersemangat jika melihat dan mendengar laungan merdeka di telivisyen dan dia akan menyelongkar bekas mainannya mencari bendera yang aku belikan khas untuknya.
Jawatankuasa Kelam Kabut Kampung (JKKK) di tempat tinggal aku kini juga nampaknya bersemangat dengan membekalkan setiap rumah dengan sehelai bendera Malaysia... dan nampaknya meriah sungguhlah juga di setiap rumah dan kini apabila puasa masuk pertengahan bertambah-tambah meriah dengan kelipan lampu pelbagai warna-warni... dan ramai generasi muda tetap juga bermandikan cahaya di malam merdeka... yang di disko dengan kelipan lampu yang pelbagai bentuk... yang merempit memilih lampu jalan disepanjang laluan mereka... dan yang bercouple memilih cahaya-cahaya yang suram sesuai dengan aktiviti mereka... dan laungan merdeka semakin jauh dilupakan apabila september mula menjengah tiba.. emmm... begitulah setiap tahun... tiada apa yang berbeza!!!