Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.
Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkangabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.
Jenis-jenis orienteering
Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering
Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O
yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :-
Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
Orienteering Malam (Night Orienteering)
Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
Norwegian Event
TERMINOLOGI DAN ALATAN
Titik kawalan (Control point)
• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh
peserta.
• Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.
Penanda kawalan (Control marker)
• Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai
tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
• Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod
Kawalan.
Kad kawalan (Control card)
• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara
sebagai bahan bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan
tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan
masa penamat.
Peta utama (Master map)
• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan
kawalan.
• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.
Keterangan kawalan (Control description)
• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan
berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan
keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam
bentuk kod/gambarajah.
Landasan (Course)
• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke
titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta
utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
• Tanda yang berkenaan landasan adalah :-
- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
- Titik kawalan dengan tanda bulatan.
- Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
- ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.
Kompas (Compass)
• Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
• Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.