Rabu, Januari 30, 2008

SKIL PIMPIN

Dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi, pemimpin perlu proaktif melalui aspek keberkesanan gaya kepimpinannya terhadap pekerja.

Seorang pemimpin tidak semestinya hanya seorang Pengarah ataupun seseorang yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi. Tetapi mereka yang mampu mempengaruhi organisasi ke arah pencapaian matlamat juga boleh diklasifikasikan sebagai pemimpin berasaskan kemampuan memimpin menggunakan kebijaksanaan, kemahiran, pengalaman, tahap senioriti dan sebagainya.

Kepimpinan memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Teori Kepimpinan Laluan Matlamat (Path Goal Theory) yang diperkenalkan oleh Robert House mencadangkan bahawa tingkah laku pemimpin seharusnya dilihat sebagai suatu tindakan yang boleh memotivasikan pekerja.

Seorang pemimpin perlu menguatkan hubungan di antara gaya kepimpinannya dengan perwatakan pekerja dan agenda tugas sesebuah organisasi. Dengan ini, pemimpin akan memahami bahawa pekerja akan termotivasi sama ada dalam keadaan merasa berkemampuan untuk mencapai sesuatu tugas yang diberikan; ataupun mereka dapat menjangkakan hasil kerja yang akan disiapkan; ataupun berkepercayaan tentang aspek penghargaan yang akan diberikan berkaitan hasilnya.

Justeru, adalah menjadi cabaran kepada seseorang pemimpin untuk menggunakan gaya kepimpinan terbaik bagi menemukan titik keperluan motivasi pekerja. Pemimpin perlu menyediakan elemen-elemen yang difikirkan dapat mengisi keperluan pekerja bagi mencapai matlamat organisasi.

Teori Laluan Matlamat menggariskan tentang empat gaya kepimpinan yang boleh dimanfaatkan untuk memotivasikan pekerja iaitu:

Pertama: Kepimpinan berorientasikan arahan (Directive Leadership)

Ia dikaitkan dengan gaya menyampaikan atau memberi penjelaskan kepada pekerja. Pemimpin memberikan arahan mengenai sesuatu tugas. Dengan menyertakan mengenai apakah harapannya berkaitan tugas tersebut. Pemimpin juga turut memberikan klu mengenai bagaimana tugas itu boleh disempurnakan dan juga penetapan waktu yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya. Arahan yang baik disampaikan kepada pekerja secara spesifik supaya pekerja mendapat gambaran awal dan kefahaman yang jelas untuk memulakan sesuatu tugasan yang diberikan.

Kedua: Kepimpinan berorientasikan sokongan (Supportive Leadership)

Ia merujuk kepada tingkah laku memberi pertimbangan kepada pekerja. Iaitu dengan gaya beramah mesra dan prihatin sebagai seorang pemimpin. Tingkah laku ini bertujuan untuk mewujudkan suasana kerja yang menyenangkan kepada pekerja. Di samping itu, seorang pemimpin melayan pekerja tanpa berdasarkan mobiliti sosial dan turut menghormati status kedudukan mereka. Gaya kepimpinan ini mampu mewujudkan suasana mesra agar pekerja termotivasi dengan penuh rela hati bagi melaksanakan sesuatu tugasan.

Ketiga: Kepimpinan berorientasikan penyertaan (Participative Leadership)

Gaya ini pula merujuk kepada pemimpin yang mengalu-alukan penyertaan pekerja untuk mereka berkongsi menetapkan sesuatu keputusan. Pemimpin membuka ruang untuk rundingan kepada pekerja agar mereka dapat menyumbang idea serta pandangan. Begitu juga dengan peluang untuk meningkatkan cadangan dalam sesuatu keputusan berdasarkan persetujuan organisasi.

Keempat: Kepimpinan berorientasikan pencapaian
(Achievement-Oriented Leadership)

Kepimpinan dengan gaya ini memberikan cabaran kepada pekerja untuk melaksanakan tugasan pada peringkat tertinggi kemampuan mereka. Pemimpin akan sentiasa mencari peningkatan dan pencapaian yang berkesinambungan. Ini melalui langkah menyatakan keyakinan yang tinggi bahawa pekerja mempunyai kemampuan untuk mencapai matlamat bagi cabaran tersebut.

Teori Laluan Matlamat tidak mengongkong seseorang pemimpin untuk menggunakan hanya satu gaya kepimpinan sahaja. Sebaliknya terbuka kepada penggunaan pelbagai gaya mengikut kesesuaian situasi. Cuma ia lebih tertumpu kepada pemberian motivasi kepada pekerja agar mereka lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas dengan sempurna.

Bagi merealisasikan setiap objektif organsasi aspek kepimpinan adalah elemen yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi atau jabatan. Pemimpin berperanan membentuk organisasi yang berkesan dari pelbagai sudut, terutamanya dalam memotivasikan pekerja. Motivasi pekerja perlu diperbaharui dari semasa ke semasa agar pencapaian tugasan dalam organisasi terus meningkat dan berkesinambungan. Kecemerlangan dalam pembangunan negeri adalah terhasil melalui kecemerlangan modal insan dalam setiap organisasi.

Setiap organisasi terutamanya jabatan-jabatan kerajaan perlu diperlengkapkan dengan pengetahuan mengenai gaya kepimpinan. Demikian agar persekitaran kerja yang kondusif dapat diwujudkan. Pencapaian dalam tugasan sesebuah organisasi juga akan lebih meningkat dengan pemantauan serta keprihatinan para pemimpin yang terdapat di dalam sesebuah organisasi.

Kesimpulannya, pemimpin perlu mengarah (directive) jika sesuatu tugasan yang dihadapi adalah kompleks; sekiranya tugasan bersifat kurang mendesak, gaya menyertai (participative) pula boleh digunakan; jika pekerja mempunyai keinginan ke arah kecekapan berganda, gaya berorientasikan pencapaian (achievement oriented) boleh dimanipulasikan; manakala gaya berasaskan penyertaan (participative) pula digunakan bagi pekerja yang memerlukan kawalan. Sesuaikan gaya kepimpinan anda!

Isnin, Januari 28, 2008

NAK HIDUP

Dalam membina kehidupan kadang-kadang ada kisah dan kejiwaan yang sukar dimengertikan oleh orang lain, kadangkala kepahitan dan rintangan perlu kita lalui seorang diri dan itulah yang terpaksa dilalui oleh seseorang yang cukup rapat dengan DAAT. Pemuda yang menjadi harapan untuk merintis jejak-jejak melayakkan dirinya digelar agen DAAT, latihan yang diperlukan bukan setakat ketahanan fizikal tetapi ketahanan mental yang kuat. Untuk mempermudahkan sesi pengenalan dalam ujikaji ini kita namakannya Agen X. Semasa DAAT bertungkus lumus mempersiapkan diri ketika Karnival Asyura yang lepas agen ini telah ditemuduga dengan sebuah korporat multinasional terkenal dan diminta melaporkan diri di Bandar Y 2020. Dengan kekuatan untuk merubah nasib diri, keluarga dan kepentingan masa hadapan, agen ini dengan kekuatan semangat yang dibina akhirnya sampai juga kedestinasi yang dituju. Mr Koordinator DAAT yang telah banyak pengalaman dalam membantu membina misi sebegini telah memperkenalkan agen x dengan seorang Agen DAAT yang kurang terkenal tetapi amat berpengaruh juga. Agen ini telah membantu agen X untuk mendapatkan rumah penginapan tetapi entah dimana silapnya akhirnya rundingan tersebut terbantut dan menjumpai jalan mati.
Secara tiba-tiba agen x buntu tanpa kenalan, tanpa sedara mara dan ditambah dengan kekurangan sumber. Mr Koordinator yang teringatkan bapa angkatnya di Perkampungan Y telah mengontactkan bapa angkatnya itu dan semalam adalah malam pertama buat agen X menetap di Perkampungan Z sebelum pagi ini melapor diri demi masa depan, cita-cita dan cinta. Begitulah kehidupan dan Mr Koordinator tersenyum ini bukan pengalaman pertama dan mungkin juga yang terakhir.

Jumaat, Januari 25, 2008

KUASA AKRAM

AKRAM

PROJEK BARU

Minggu lepas DAAT kembali mendapat projek terbaru di tahun baru ini, ditawarkan dari organisasi yang bukan asing lagi tetapi dari penguasa yang baru buat masa ini sebelum bertukar pemerintahan baru... yang menariknya diketuai oleh Agen Zahari dan Agen Nizam dan yang pasti Agen Chor pasti tidak dilupakan oleh kengkawannya itu. Mr Koordinator masih seperti dulu hanya memberikan sokongan dari luar dan masih terlibat secara pentadbirannya dan Mr CEO nampak seperti masih akan terlibat kerana merupakan rakan kongsi terbaik penguasa tersebut... apappun mungkin ini projek terbaru dan pasti prestasi DAAT akan kembali menyengat kerana buat masa ini beberapa projek masih terbengkalai kerana banyak perkara dari segi pentadbirannya masih belum dapat disiapkan.

Jumaat, Januari 18, 2008

KISAH BLOG

Umpama cendawan tumbuh selepas hujan.. mencabah dan membiak di ruang cyber ini.. mungkin ini kesan daripada kecelikkan IT yang diusahakan oleh Pemerintah kita 15 ke 20 tahun yang lepas.. atau mungkin juga sudah resmi kehidupan dunia yang baru pasti ada ikutan dan selepas itu akan mula dilupakan ataupun dikatakan ketinggalan zaman. Mungkin juga kerana teknologi pengkoputeran terlampau laju macam juga teknologi telefon bimbit yang terlalu laju untuk dikejar.. sekiranya kita membeli telefon bimbit yang paling canggih pada hari ini esok belum tentu ia paling termaju atau tercanggih lagi !!!. Sampai menjadi satu lawak bodoh di antara kami Agen-agen DAAT esok lusa keluar pula telefon bimbit dengan fungsi 'tool box' atau jex kereta... lucu bukan. Agen DAAT terutama Mr Penasihat IT memang tak boleh lawan tentang kecekapan dalam bidang ini... dia pun laju terutama di waktu malam dia boleh mengadap depan komputer sampai pagi.
Balik kepada blog, rata-rata mungkin ada yang menjadikan dairi harian dan ramai jugak yang menjadikan sebagai satu platform untuk menyampaikan sesuatu... terasa yang terbuku dari hati dan yang terfikir dek otak... ada yang bernada positif dan ada yang agresif... dan ia menjadi lebih terbuka dan amat hangat terutama tahun ini dikatakan tahun pilihanraya.. perang cyber sudah lama bermula dan apakah kesannya menyeluruh? itu belum pasti kerana masih ramai yang masih tidak ambil pusing terutama yang berada buta IT. Namun bagi pelajar (ada juga yang menggunakannnya hanya untuk chatting atau main games sahaja) sudah semestinya menjadi kewajipan... bahkan boleh dikatakan ketinggalan zaman jikalau tidak tahu menggunakan komputer. Mungkin kerana di sekolah-sekolah sudah ada mata pelajaran IT. Apa yang pasti ia tidak mampu disekat lagi... itu belum di masa hadapan hanya dengan telefon bimbit boleh mengagcess mana-mana laman web... dan yang menariknya kita semua akan lebih terbuka pemikiran atau mungkin juga hanyut dalam keseronokkan hiburan yang ditawarkan...

Khamis, Januari 17, 2008



NGIDUP API

Nak berkhemah memang mewajibkan diri sendiri dan team kita tu masak sendiri dengan resepi yang tak macam kedai mamak... kot ada yang bosan dah tidur dalam rumah dengan beralaskan dua bantal busuk dan satu bantal beruang besar di antara ke dua kaki diperturunkan tips nak ngidup api di dalam hutan.


1. Pastikan umpang api yg betul.( kalo gunakan daun, gunakan daun yg jenis terbakar dan bukan yg jenis berbara! )


2. Susunan kayu api yg sesuai, selalunya susunan jenis kon yg digunakan. Cara susunan adalah dengan meletakkan umpan dibawah sekali, dan di susun pula dengan ranting2, pastu yg besar sikit, besar lagi sikit, teori dia adalah, umpan bakar ranting, ranting bakar ranting yg besar sikit, ranting yg besar sikit bakar ranting yg lagi besar, ranting yg lagi besar, bakar dahan yg paling kecik, dahan yg paling kecik bukan dahan sederhana besar


3. susunan juga mestilah tidak menghalang laluan angin, kerana susunan kayu api yg padat, membuatkan oksigen kurang. susunan yg tidak mula dari kecil ke besar pula menyukarkan umpan membakar kayu2. bila dah ready, barulah nyalakan umpan dengan sebatang mancis.. pastikan arah angin dahulu, supaya angin tak memadamkan api mancis.


P/S : Kalau tak boleh hidup api tuu jugak sebelum masuk berkhemah singgah dahulu di kedai mamak yang berhampiran dan tapau sebungkus nasi beriani, dua ketul ayam goreng, sedikit kuah kurma ayam, sotong goreng dan sayur jelatah tambah kicap buat perisa tambahan... jangan lupa sirap limau untuk membasahkan tekak.

JOM BERKHEMAH



Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti luar dimana seseorang itu perlu berada dan tinggal buat sementara waktu di medan terbuka seperti di hutan, tepi pantai dan lain-lain kawasan. Semasa berkhemah setiap aktiviti perlu dilaksanakan secara bersendirian atau berkumpulan seperti penyediaan makanan, kebersihan tempat dan aktiviti-aktiviti lain.

PEMILIHAN TEMPAT

Pemilihan tempat untuk mendirikan khemah hendaklah dibuat satu jam sebelum hari gelap bagi kawasan terbuka di mana tanahnya rata dan 2-3 jam sebelum hari gelap di kawasan berbukit, tanah tinggi atau gunung.

CIRI-CIRI PEMILIHAN TEMPAT

a.Tanah rata supaya selesa berbaring.

b.Dekat dengan sumber air bagi memudahkan kerja-kerja memasak, mandi dan mencuci.

c.Mempunyai hubungan baik dengan trek supaya mudah bergerak sekiranya berlaku kecemasan.

d.Terdapat perlindungan daripada bukit atau pokok dan tidak terdedah kepada ancaman angin. Elakkan tebing-tebing bukit yang mungkin runtuh berpunca daripada hakisan.

e.Boleh mendapatkan sinaran matahari pada waktu pagi untuk mengeringkan udara lembap dalam khemah dan jugauntuk mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah.

f.Mempunyai pemandangan yang menarik supaya seronok dan lapang melihatnya.

g.Pastikan tempat yang dipilih tidak mempunyai kesan tapak kaki binatang buas, najis binatang atau sumber makanan binatang seperti kawasan buluh dan pokok pisang.

h.Jangan sesekali mendirikan khemah di kawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri khemah kita akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakaan denai tersebut.

PENYUSUNAN TAPAK PERKHEMAHAN

Penyusunan tapak perkhemahan penting untuk memberikan keselesaan dan ianya mengambil kira faktor keadaan mukabumi kawasan tersebut. Bagi kawasan yang sempit dan memanjang, mendirikan khemah dalam satu barisan dianggap sesuai. Walaubagaimanapun jika kawasan itu agak lebar, dua barisan perkhemahan adalah lebih baik. Untuk kawasan yang lapang, system bulatan merupakan susunan yang paling sesuai sedangkan bagi kawasan yang tidak menentu keadaan tapaknya, perkhemahan secara berselerak bolehlah dibuat mengikut keadaan tempat tersebut.

Rabu, Januari 16, 2008

TARGET BARU

Hari ini umpama tahun baru bagi semua agen-agen DAAT kerana ada beberapa sebab antaranya DAAT kembali mendapat mandat daripada beberapa organisasi untuk kekal menjadikan DAAT perunding untuk aktiviti mereka. Mungkin projek tersebut tidaklah terlalu besar hingga mencecah jutaan ringgit seperti projek-projek wilayah koridor yang dilancarkan oleh kerajaan tetapi tetap menguntungkan. Mr CEO telah menunjukkan jalan yang begitu teliti dan penuh perancangan dengan konsep 'up jadi' kurangkan bercakap dan yang penting bertindak... !!! Beliau yang terkenal dengan konsep pelaburan 100% telah terpaksa mengorbankan tugas hakiki untuk memastikan projek pelaburan di sebuah kawasan pelaburan di tempat paling strategik untuk memantapkan kedudukkan ekonomi tahun ini (lokasi terpaksa terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan). Maka dua hari berturut-turut beliau dengan mem besar beliau bertungkus-lumus menceburkan diri di projek pertama tahun ini. Mr Koordinator yang kesunyian dan kesepian pada awal-awal tahun disebabkan opisnya umpama diserang garuda telah menjebakkan dirinya ke lokasi yang paling ketat kawalannya itu untuk sama-sama memantau projek pelaburan tersebut sambil merasai keenakkan nasi lemak dan white coffea di sebuah Kopitiam berhampiran.

Agen -agen DAAT yang lain semacam sudah lama kekeringan darah di keris masing-masing seperti tidak sabar memulas trotal pada tahun ini untuk menunjukkan skil seperti tahun-tahun lepas dan seperti biasa strategi demi srategi telah disusun sambil disulami roti canai dan teh tarik, barli ais dan kopi 'o' mengikut selera masing-masing di kedai mamak yang terpaksa dirahsiakan lokasinya juga atas sebab penjimatan kos semangku(kot-kot ada yang nak tumpang semankuk). Resolusi yang terbesar dihasilkan dalam perbincangan tersebut ialah melancarkan 'MISI RM 2000.00' pada 19 & 20 Januari 2007 ini yang akan dilaksanakan oleh anak-anak seredin yang sedang ditarbiah untuk menjadi pelapis DAAT. Satu misi yang diketuai oleh Saudara Abrar yang berpeluh mendapatkan RM 1000.00 hadiah pertandingan Futsal hujung minggu ini di bandar Diraja dan satu misi lagi RM 1000.00 hadiah pertandingan Karnival Asyura yang dikepalai oleh Saudara Faez di Bandar Kedamaian abadi. Mr Koordinator dengan dibantu Agen Nizam dan Agen Chor akan menurunkan ilmu sepanjang bertugas untuk menjayakan misi RM 2000.00 pada hujung minggu ini. Sekiranya hanya berjaya memperolehi RM 1500.00 atau RM 1300.00 projek ini akan diistiharkan gagal dan pasti tindakan haragiri (seperti samuari Jepun yang membunuh diri jika gagal)akan diambil.


Mr Penasihat Kewangan yang kembali mengganas telah menceburkan diri di dalam projek pemasangan awning dan pelamin dengan rakan kongsi beliau saudara Atan yang masih dihantui kenangan dibaling telur mentah ketika sambutan harijadi beliau tahun lepas. Mr Penasihat Kewangan seperti biasa hanya dapat dihubungi ketika sakit kembali tidak lekat duduk rumah ketika sihat dan dipercayai menjadikan highway Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) susur keluar Jelapang - Kuala Kangsar - Changkat Jering sebagai laluan biasa bila beroperasi.


Mr Penasihat IT pula yang diam-diam memasuki era merah di negeri di hujung Negara ini pula telah ditembak oleh Mr CEO dan Mr Koordinator yang telah berjaya menghidu misi tersebut tetapi beliau akhirnya telah mengistiharkan misi tersebut ditangguhkan telah kembali berjinak-jinak dengan tugas hakiki setelah tahun lepas dipenuhi dengan aktiviti tidur disiang hari dan bekerja di malam hari.


Semoga tahun ini akan memberikan keceriaan dan kecemerlangan bagi semua agen DAAT yang terkenal dengan sikap tidak boleh duduk diam dan mungkin kepanasan bahang pilihanraya seperti yang war-warkan oleh parti-parti politik sekarang akan menjadikan pengalaman yang amat menterujakan bagi semua agen DAAT yang pertama kali menghadapi susana tersebut sejak ditubuhkan.

Jatidiri kanak-kanak... agenda DAAT 2008

Selasa, Januari 15, 2008

HARI ASYURA


Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda:


"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".


Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?".


Maka berkata Rasulullah S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!".


Jumaat, Januari 11, 2008

KORPORAT CONTOH

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mahu rakyat berbilang kaum supaya sentiasa mengutamakan perpaduan, persefahaman, tolak ansur, kerjasama serta berbaik sangka bagi menjadikan Malaysia negara yang aman dan damai. Seri Paduka bertitah, rakyat juga perlu sentiasa mengambil berat sesama anggota masyarakat serta berusaha memastikan keamanan yang dinikmati terus terpelihara. "Pada masa sama, hendaklah dijauhi daripada wujudnya suasana tegang, tidak menghormati sesama sendiri dan mengelak melakukan perkara sensitif atau tidak mematuhi undang-undang," titah baginda.


Seri Paduka bertitah demikian pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1429 Hijrah/2008 Masihi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam. Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah. Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin.


Pada majlis itu, tokoh korporat terkemuka dan dermawan, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56, dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1429H.

Rabu, Januari 09, 2008

MAAL HIJRAH
















Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala, dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan keselamatan serta berbahagia di dunia dan di akhirat.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas limpah kurnia-Nya telah melanjutkan usia kita sekali gus memberi peluang kepada kita untuk menemui Tahun Baru Hijrah 1429. Walaupun peristiwa Hijrah telah lama berlalu namun ia masih tetap disambut dengan meriah lagi gembira oleh seluruh umat Islam di dunia setiap kali menjelangnya bulan Muharam.


Ini kerana tahun Hijrah merupakan simbol di sebalik satu kisah sejarah yang agung di mana kita harus sentiasa mengingatinya iaitu peristiwa hijrahnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Hijrah bererti berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dalam konteks kelakuan manusia pula, bolehlah didefinasikan hijrah ini seperti berubah dari kelakuan buruk kepada kelakuan dan kehidupan yang lebih baik. Apabila disebut perkataan Hijrah, kita telah menyingkap kembali peristiwa yang berlaku ke atas junjungan Nabi s.a.w. . Hijrah Nabi dan pengorbanan beliau bersama-sama sahahatnya Abu Bakar As-Siddik, telah menyebabkan tersebarnya agama Islam. Setelah 13 tahun beliau menyampaikan dakwahnya di Mekah, pelbagai tentangan diterima, akhirnya Nabi diwahyukan untuk berhijrah.



Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa bermuhasabah diri, berjuang untuk menegakkan kebenaran di atas muka bumi Allah s.w.t, menjadikan hukum Allah sebagai undang-undang dan kedaulatan di dalam negara kita. Lihatlah dan perhatikan keadaan di dalam negara kita sendiri, jika segala kemungkaran dan kemaksiatan tidak dapat dicegah, maka kita hendaklah berhijrah dan bertukar kepada pemerintahan yang lebih baik.







Firman Allah dalam SurahAs-Saf ayat 10-11 maksudnya :



"Wahai orang-orang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu peniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab sekasa yang tidak terperi sakitnya?, Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)".




Dan ketabahan Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam itu yang telah menjadi dorongan dan penyuntik semangat kepada umat Islam yang lain untuk turut sama berhijrah ke Madinah. Tanpa rasa kesal mereka pun meninggalkan apa yang dimiliki kerana di hati mereka telah tumbuh perasaan kasih dan cinta yang sangat mendalam kepada Allah Subhanahu Waatala dan Rasul-Nya.



Telah jelas terbukti bahawa hijrah memerlukan pengorbanan dan ketabahan. Dari kisah dan peristiwa hijrah tersebut dapatlah kita mengambil contoh akan bagaimana sikap Baginda Rasulullah dan para sahabat pada ketika itu yang tidak sayangkan harta duniawi.
Bahkan mereka juga mempunyai semangat waja dan kegigihan yang kuat serta memiliki tahap kesabaran yang tinggi terhadap keperitan dari kezaliman dan penyeksaan yang dilakukan ke atas diri mereka. Dan yang paling istimewa ialah sikap kaum Muslimin pada ketika itu yang tidak memandang harta, darjat, pangkat dan keturunan sebagai ukuran sebagai bersaudara. Kaum Muhajirin dan Ansar hidup dalam keadaan harmoni dan bersatu padu di bawah pimpinan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Tidak ada permusuhan, dengki- mendengki, buruk sangka dan sebagainya.


Oleh kerana itu, kita perlu merenung kembali dan mencontohi bagaimana cara kehidupan beragama dan bermasya-rakat yang diamalkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabatnya. Jadilah kita masyarakat Islam yang sebenar. Kita teladani bagaimana sikap umat Islam pada zaman Rasulullah, di mana kaum Muhajirin dan Ansar bersatu padu dalam apa pun jua keadaan. Malahan mereka juga mengasihi saudara-saudara mereka sama seperti mengasihi diri sendiri. Perasaan inilah yang ditanamkan oleh Rasululah Sallallahu Alaihi Wasallam di hati orang-orang Islam bagi menwujudkan sebuah masyarakat yang padu dan berkasih sayang antara satu sama lain sehingga akhirnya menjadilah umat Muhammad sebagai sebuah keluarga yang besar di bawah pegangan satu agama yang agung iaitu agama Islam.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Hujaraat ayat 10 :
"Sebenar orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertelingkah itu. Dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."


Selasa, Januari 08, 2008

MODAL INSAN

Bab5 : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

MEMBANGUNKAN MODAL INSAN


PENGENALAN


5.01 Aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan adalah penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Bersesuaian dengan kehendak industri serta pasaran semasa dan masa hadapan, pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing, sepadan dan mencukupi dengan keperluan negara pada 2020.
5.02 Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.
5.03 Tugas KPM adalah untuk menyediakan generasi muda Malaysia dengan seluas-luas peluang bagi memperkembangkan potensi diri, melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (bacaan lanjut ) http://www.moe.gov.my/

Isnin, Januari 07, 2008

YURAN SEKOLAH

Dalam awal-awal tahun ini isu yang menjadi perdebatan adalah isu yuran sekolah. Bagi agen-agen DAAT yang anak mereka bersekolah mungkin juga boleh memberikan komen, bagi teman yang masih belum mempunyai anak di bangku sekolah hanya mendengar komen dan komentar di dada-dada akhbar, televisyen, radio dan di internet aje.... cuma kita hanya boleh membuat penilaian tetapi semua pihak ada rasional masing-masing, ibubapa kerana masih terbelenggu dengan kekangan kewangan, guru-guru dengan bebanan tugas yang kadangkala melampau (kata sesetengah nyalah), pihak pengurusan (PPD, JPN DAN KPM) dengan tuntutan budaya cemerlang dan pelajar/murid sekolah macam biasa datang sekolah, rehat pegi kantin dan yang untung mak cik kantin, ibubapak berparang dengan cikgu... lapar... dua-dua pergi kantin, pegawai pendidikan datang sekolah melawat suasana panas pun menjamu selera di kantin sekolah... dan wartawan yang datang buat liputan pun tumpang 'semangkuk' kena mee kari semangkuk di kantin sekolah... tapi kemana hala tuju pendidikan negara kita seterusnya? Budaya cemerlang dalam peperiksaan tetapi hancus jatidiri? dan pihak pengurusan DAAT semacam nampak peluang ekonomi dihadapan mata ini.... mungkin kita akan menganjurkan program-program di peringkat sekolah dan PIBG pulak selepas ini.... tetapi agen DAAT yang mempunyai anak bersekolah masih tergaru-garu kepala nampaknya... bukan senang lima orang anak bersekolah sekaligus seperti Agen Nizam, Agen Chor dan Mr CEO jugak bukan senang walaupun nampak macam senang... hayatilah pakej-pakej yuran sekolah di bawah untuk renungan sehingga anak-anak tamat tingkatan lima kahkahkah...



















































Pakej A membabitkan sekolah yang berada dalam kawasan sosioekonomi tinggi dengan majoriti ibu bapanya kumpulan peniaga besar atau kakitangan awam kumpulan profesional.Bagi sekolah rendah dalam kategori ini, paras siling bayaran tambahan yang ditetapkan oleh kementerian ialah sebanyak RM38.50, manakala bagi sekolah menengah pula sebanyak RM55.50.

Pakej B iaitu sekolah yang berada dalam kawasan sosioekonomi sederhana dengan majoriti ibu bapa terdiri daripada kumpulan peniaga sederhana atau kakitangan awam kumpulan sokongan pula menetapkan paras siling pada RM30.50 bagi sekolah rendah dan RM44.50 bagi sekolah menengah.

Sekolah yang dikategorikan Pakej C pula ialah yang berada dalam kawasan sosioekonomi rendah dengan majoriti ibu bapa terdiri daripada kumpulan peniaga kecil, bekerja sendiri, pekerja ladang atau kakitangan awam kumpulan sokongan II, sekolah kawasan pedalaman dan sekolah kurang murid (SKM).
Untuk pakej berkenaan, paras siling bayaran yang ditetapkan ialah RM23.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah. Pihak sekolah diminta memilih salah satu pakej pembayaran tersebut dengan mengambil kira persekitaran sekolah, pandangan guru-guru serta PIBG.

Berdasarkan pekeliling garis panduan tersebut, setiap sekolah perlu menubuhkan Jawatankuasa Khas Penentuan Bayaran Tambahan yang dianggotai oleh wakil guru-guru, ibu bapa dan dipengerusikan oleh pengetua atau guru besar untuk memilih pakej yang sesuai.

Jumaat, Januari 04, 2008

HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

TEORI UJIAN

Dalam dunia pendidikan, pencapaian sesuatu objektif pengajaran boleh dilihat dari pada beberapa sudut seperti bidang kognitif, afektif dan psikomotor. Kebanyakan ujian yang dijalankan dalam sistem persekolahan kita menitik beret kepada aspek kognitif. Walau bagaimanapun aspek afektif dan psikomotor juga wajar diberikan pertimbangan bagi memastikan selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ujian yang termasuk dalam domain kognitif yang lazim dijalankan seperti kuiz, ujian bulanan atau penggal.

Dalam konteks domain afektif pula, kita barangkali pernah mendengar tentang pandangan guru terhadap murid-murid seperti murid kurang personaliti yang baik, kurang minat atau tumpuan untuk belajar serta tinak menunjukkan minat terhadap sesuatu mata pelajaran tertentu. Ini mungkin dibuat secara tidak formal melalui pemerhatian guru berkenaan. Serentak dengan perkembangan pendidikan kini memperlihatkan wujudnya instrumen yang boleh digunakan oleh guru untuk menilai aspek dalam domain afektif. Misalnya ujian personaliti yang dibentuk oleh Cattel atau Eyenseck.

Dari aspek psikomotor pula, penekanan lebih kepada pergerakan fizikal seperti kemampuan berlari, melompat, bertutur dan lain-lain. Ujian aspek psikomotor ini banyak dikendalikan dalam mata pelajaran pendidikan jasmani.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, ujian atau penilaian adalah komponen utama yang tidak boleh dikesampingkan dalam putaran proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan sesuatu topik baru, mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid berhubung sesuatu topik, mengenal pasti tahap pencapaian, bakat yang dimiliki pelajar dan sebagainya. Berdasarkan tujuan-tujuan tersebut, ujian diklasifikasikan kepada beberapa jenis seperti yang akan dibincangkan seterusnya.


Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari. Ujian pencapaian boleh dijalankan dalam bentuk membuat perbandingan dengan pelajar lain dalam sesuatu bilik darjah (rujukan norma) atau membuat rujukan tertentu bagi sesuatu aras dalam topik (rujukan kriteria) sesebuah dalam kurikulum. Kebanyakan pembinaan ujian pencapaian serta penskoran adalah berteraskan ujian rujukan norma. Ujian pencapaian boleh digunakan untuk mengukur aspek pencapaian akademik, aptitud, siasah, minat, sikap dan sebagainya. Ujian pencapaian akademik dapat mengukur kebolehan, pengetahuan serta kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Ujian ini dibina oleh guru dan pada peringkat institusi seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Penggubalan pada peringkat perseorangan dikenali ujian di bilik darjah. Manakala bagi pencapaian peringkat pusat dikenali sebagai PMR, SPM, STPM dalam sebagainya.


Ujian Kecerdasan

Ujian kecerdasan dikenali juga ujian mental. Ujian ini cuba mengukur perbezaan di antara individu. Ujian ini banyak mengalami perubahan serentak dengan perkembangan bidang psikologi. Sejarah ujian ini bermula sejak tahun 1796. Ujian ini mula berkembang sejak Galton pada tahun 1969 apabila beliau cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental serta pencapaian intelektual di antara pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam mengukur aspek mental termasuklah Wundt, Cattell d n Binet (Abu Bakar, 1986). Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah skala Binet-Simon.

Bagi kanak-kanak ujian kecerdasan tidak menekankan aspek kebahasaan. Ujian ini mencerminkan pengalaman pada peringkat kanak-kanak. Ujian kecerdasan memberikan bukti secara tidak langsung tentang potensi yang ditunjukkan murid-murid berdasarkan prestasinya. Ujian ini kerap kali digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain seperti Ujian IQ, Skala Stanford-Binet, Weschler, Ujian Lorge-Thorndike dan lain-lain.


Ujian Prestasi

Ujian prestasi memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai tambahan kepada menjawab soalan. Penekanan yang diberikan tertumpu kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu tugasan yang diberi berbanding hanya menjawab soalan sahaja. Hal ini kerana maklumat personaliti seseorang tidak bernilai jika dia menyedari bahawa dia sedang dinilai. Dengan itu dia akan melakukan dengan sebaik yang mungkin. Dalam konteks ujian prestasi, tidak ada gerak balas boleh dianggap sebagai `baik’. Misalnya tidak ada ukuran baik atau buruknya minat seseorang itu pada dunia perladangan. Individu yang berminat boleh meneruskan ladang dan sebaliknya boleh memilih bidang lain yang bersesuaian dengan minatnya.

Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Guru bebas menggunakan apa sahaja kaedah seperti pemerhatian atau laporan kendiri untuk mendapatkan maklumat pelajar. Pemerhatian boleh dilaksanakan semasa murid melaksanakan tugas yang diberikan, misalnya perbincangan kumpulan, peranan murid dalam aktiviti. Manakala melalui laporan kendiri pelajar sendiri menilai diri sendiri melalui soal selidik tertentu yang menilai peribadi diri.


Ujian Diagnostik

Ujian ini mengenal pasti sesuatu perkara atau masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran dan menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah berkenaan berlaku. Pentadbiran ujian ini bertujuan untuk menentukan kedudukan murid dalam pelajarannya dan mengenal pasti sebab-sebab berlakunya kelemahan murid dalam pembelajarannya. Apabila sesuatu sebab dapat dikenal pasti maka tindakan selanjutnya dalam merancang dan memulihkan keadaan yang berlaku dapat dilaksanakan.

Ciri-ciri ujian diagnostik termasuklah ujian tidak memberikan skor atau gred kepada murid. Disebabkan ujian ini untuk memperbaiki kelemahan tertentu, maka ujian ini dilaksanakan pada masa pengajaran dan pembelajaran masih berjalan bukan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat daripada ujian dalam ujian ini diterjemahkan dalam bentuk profil individu berasaskan skor tentang aspek-aspek pembelajaran. Profil yang dibuat dapat memperlihatkan kepada guru tentang aspek yang belum dikuasai sepenuhnya oleh murid-murid. Contoh ujian diagnostik seperti ujian menilai bacaan murid yang bertujuan mengenal pasti kemahiran murid untuk mengenal huruf dan menyebut huruf.

Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan ini memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan langkah pemulihan kepada murid-murid berkenaan. Di samping mengadakan secara formal iaitu melibatkan pensel dan kertas, ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab, inventory, pemerhatian dan tugasan dari semasa ke semasa.


Ujian Kecekapan

Ujian kecekapan ialah ujian yang digunakan oleh seseorang guru untuk menguji kebolehan atau kecekapan seseorang murid atau calon dalam melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti yang diberikan. Lazimnya ujian ini melibatkan penggunaan instrumen yang konkrit seperti penggunaan gambar dan radas serta tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan pensel-kertas melainkan sewaktu mendapatkan arahan. Contoh ujian kecekapan seperti ujian pada peringkat pra-persekolahan dengan meminta murid mencantum-cantumkan perkataan dengan gambar yang diberikan atau membina semula gambar dengan lengkap daripada potongan-potongan gambar yang diberi atau menjalankan uji kaji menggunakan radas tertentu.


Ujian Bakat

Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon. Suatu waktu dahulu bakat dikenal sebagai kebolehan istimewa semulajadi yang dimiliki oleh seseorang individu. Pada umumnya ujian bakat dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu: (i) ujian bakat yang berasaskan kajian secara besar-besaran. Misalnya pada tahun 1930, kajian yang dijalankan oleh Universiti Minnesota tentang bakat mekanikal; dan (ii) ujian bakat yang berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dijalankan bagi keperluan tertentu.

Pada umumnya, ujian ini memberikan maklumat asas dalam membuat telahan prestasi masa depan calon. Ujian ini lazimnya digunakan untuk pemilihan calon melakukan pekerjaan tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya. Contoh ujian bakat seperti ujian kemasukan ke maktab perguruan (UKELP). Ujian ini juga digunakan bagi tujuan mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehan calon atau individu.


Ujian Personaliti

Ujian personaliti ialah ujian yang disediakan untuk mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang yang diukur melalui alat-alat (instrumen psikologi) yang berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks. Contoh ujian personaliti seperti Ujian Keirsey Temperament.

JOM BELAJAR

1.Pelajar Dan Pembelajaran
Pelajar perlulah mengetahui apakah tujuan mereka belajar iaitu sama ada untuk mendapatkan ilmu dan kecermerlangan ataupun belajar kerana mengikut rakan-rakan sahaja. Dengan ini para pelajar akan sedar tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar.

2.Pengurusan Diri
Para pelajar mestilah boleh menguruskan diri sendiri serta menyesuaikan diri dengan persekitaran persekolahan dan pembelajaran yang stabil. Pelajar perlu menjadikan sekolah sebagai tempat yang menyeronokkan untuk menuntut ilmu.

3.Mengurus Masa
Pelajar mesti berupaya menjadualkan masa untuk belajar, beriadah, bergiat dalam kegiatan ko-kurikulum, menonton televisyen dan sebagainya. Pelajar juga mestilah berkebolehan mengingati sesuatu dalam jangka masa yang lebih panjang.

4.Kemahiran Merancang
Kemahiran merancang semua aspek hidup amat penting, misalnya pelajar mestilah tahu apa yang telah dan akan dilakukan. Oleh itu, pelajar mestilah mempunyai arah dan tujuan yang positif.

5.Kemahiran Berfikir
Untuk menjadi pelajar yang berjaya, pelajar mesti berfikiran secara kritis dan positif. Kemahiran berfikir ini harus dipelajari dan dipraktikkan.

6.Kemahiran Belajar
Belajar bukanlah sesuatu yang mudah tetapi bukanlah sesuatu yang sukar. Untuk menjadikan belajar itu mudah, para pelajar mestilah menguasai kemahiran belajar yang sistematik.

7.Kemahiran Membaca
Boleh dikatakan semua pelajar boleh membaca tetapi tidak ramai yang boleh membaca dengan pantas, dan dalam masa yang sama dapat memahami dan mengingati apa yang dibaca.Oleh itu, para pelajar mestilah menguasai kemahiran membaca dengan sebaik mungkin.

8.Kemahiran Membuat Nota
Terdapat pelbagai cara dan kaedah membuat nota, tetapi yang penting, nota yang anda buat mestilah memudahkan anda memahaminya. Jika kita hanya membaca atau menyelidik tanpa mencatatnya di dalam buku nota, kesannya tidak akan sampai ke mana dan tidak bertahan lama.

Khamis, Januari 03, 2008

BUKAK SEKOLAH

Hari ini adalah hari pertama sekolah sesi baru bermula, semuanya serba serbi baru, baju baru kasut baru, seluar/kain baru dan ada yang bertukar di sekolah yang baru, rumah teman berdekatan dengan sebuah sekolah rendah kebangsaan yang besar jugak di daerah ini, pagi ini penuh kereta dari dalam kawasan sekolah sampai ke luar. Ibubapa yang menghantar anak yang ke sekolah hari pertama barangkali... atau yang mungkin baru berpindah, tahun dua ke atas mungkin dah biasa... dan tahun enam tahun ini ada pepeperiksaan UPSR... penuh azam gamaknya murid-murid nie... Tapi anak teman lambat lagi bersekolah 2013 baru tahun satu, itupun Uminya telefon tadi dah ambil Dina balik sekolah ker... hehehe mengigau apa, tapi pagi tadi memang masa temah bersiap nak pergi kerja teman suruh anak teman siap sama nak pegi sekolah... hehehe.


Agen DAAT ramai yang sibuk hari nie kecuali teman, Agen Lan & Mr Penasihat Kewangan yang masih membujang... Agen Nizam paling sibuk rasanya... kelmarin hari orentasi anak bongsunya, semalam hantar anak sulung balik ke asrama, hari ini semua anak-anak bersekolah pulak. Agen Chor dua orang jer anaknya yang bersekolah dah penuh pengalaman sebab bukan di Tahun satu. Agen Zahari nampaknya sudah boleh bertenang anak-anak semua di IPT sekarang. Mr Penasihat IT ada pengalaman baru, anaknya dah bersekolah mulai hari ini... Dania namanya bijak masa tadika dan teman tahu mulutnya memang ramah dan menampakkan ciri seorang pemimpin dan teman tak terkezut kalu dia dilantik jadi ketua kelas hari ini. Mr CEO macam biasa dua orang nak mula bersekolah hari ini, bagaimanana lah lagak Si Aiman mula bersekolah hari ini, kakaknya Anis dah di tahun Dua dan orangnya memang ramah tamah tetapi dah bertukar slang Utara... kalau sampai tahun enam mahu pekat lidahnya nanti hilanglah slang Ipoh malinya tuuu...





Ohyaa... selepas merayau-rayau dalam ruang cyber nie terjumpalah beberapa tips bagi yang mempunyai anak yang bersekolah hari pertama hari ini


* Berikan kesan positif tentang sekolah. Ceritakan pada mereka tentang kenangan-kenangan indah yang Anda rasakan ketika bersekolah. Ajaklah si kecil main sekolah-sekolahan, Anda boleh berperanan sebagai guru yang baik dan menyenangkan.

* Dorong si kecil untuk siapkan diri sendiri perlahan-lahan, ajar si kecil untuk melakukan sesuatu sendiri, mulailah dengan hal-hal seperti mencuci tangan sendiri, mengancingkan baju atau mengikat tali kasutnya.

* Biasakan dengan sekolah beberapa hari sebelum masuk sekolah atau tadikanya, ajak si kecil mengunjungi sekolahnya dan masuk ke ruang kelasnya. Beri tahu siapa nama guru yang akan mengajarnya, jika memungkinkan Anda boleh menceritakan sedikit tentang mereka.

* Bangunlah lebih awal dari biasa, Saat hari pertama, bangunlah lebih awal. sehingga Anda tidak terburu-buru mempersiapkan perlengkapan sekolahnya, memakaikan pakaian seragam dan mengantarnya ke sekolah.

* Cuti satu hari, Jika memungkinkan mintalah cuti pada alasan pada hari pertama si kecil masuk sekolah, meski Anda tidak harus menunggunya seharian di kelas, tapi Anda boleh berjaga-jaga jika reaksi si kecil di luar dugaan. Jika Anda tidak boleh meninggalkan pejabat, pastikan ada anggota keluarga lain yang akan menunggu dan menjemputnya pulang dari sekolah.

* Dengarkan ceritanya. Pulang dari sekolah, ajak si kecil membicarakan hari pertamanya. Tetapi jangan heran jika ia tidak bercerita, boleh jadi ia merasa letih.

* Bantu ia belajar, Tanyakan kesulitan-kesulitan yang ia hadapi pada hari-hari sekolahnya. Bantulah ia mengerjakan tugas-tugas dari sekolah. Jangan lupa untuk memberinya kesempatan untuk bermain dan melakukan aktiviti yang menyenangkan di luar waktu mengerjakan tugas sekolahnya. Dengan bermain, anak-anak akan mendapatkan kesimbangan antara pertumbuhan fizikal, mental dan emosinya.