Khamis, November 30, 2006

Di Mana Bermulanya DAAT


Pada asalnya Mr Budi selaku CEO DAAT telah mendapat mesej dari sahabat lamanya Mr Malau yang bertugas di Kolej Ungku Omar di Universiti Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim. Mr Malau telah memberikan satu projek beliau kepada Mr Budi. Ketika itu Mr Budi sedang menanggung bebanan tugas yang amat banyak dan jarang berada di opis kerana sentiasa 'Out Station'. Selaku orang kepercayaan bos Mr Budi telah 'mengcontact' Ustaz Rem menceritakan projek tersebut. Ustaz Rem yang ketika itu sedang mencari-cari erti kehidupan telah menghubungi rakan-rakan lamanya ketika Perang Vietnam Vekong dahulu yang masih ada. Dalam pencarian itu kira lebih kurang macam filem Hollywood jugak terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan halangan seperti kesempitan ongkos, masa yang mendesak, dan faktor keje yang sampai mati tak abis-abis.

Setelah menjumpai rakan-rakan lamanya dan kesediaan mereka untuk bekorban jiwa dan raga, Mr Budi dan Ustaz Rem telah menghadapi kesukaran mencari tempat projek akan dilaksanakan. Dalam pencarian itulah akhirnya menemukan mereka dengan Cikgu Taridi bekas cikgu dema jugak yang dah terlabur hampir RM 4,000, 000.00 untuk membina Kem PLKN. Namun dengan duit saja tak dapat membantu akhirnya mereka telah 'mengdeal' dgn cikgu tersebut dengan bayaran cagaran sebanyak RM 2000.00.

Dipendekkan cerita, manusia merancang tuhan juga menentukan akhirnya tempahan tersebut terpaksa dibatalkan kerana beberapa masalah bebangkit seperti jauhlah, lalatlah dan pelbagai kerenah lagi akhirnya tempat yang dipilih ialah Kompleks Rakan Muda Kampar.
Di Kamparlah pertemuan utama yang tak dapat dilupakan bagi kami semua ejen DAAT.



Mesyuarat Pengurusan DAAT



Mr Budi selaku CEO DAAT bersama Mr Malau dari UPSI dalam mesyuarat pengurusan


Program ini adalah merupakan program DAAT yang pertama dan titik permulaan kepada perkenalan dan usaha sama jurulatih-jurulataih DAAT. Jurulatih DAAT memiliki kepakaran masing-masing yang telah dilatih dalam TLDM, Pasukan Sukarela Wataniah, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan TOT Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Jurulatih sedang haru biru dengan perbincangan informal di pentas, bebudak peserta di bawah pentas (tiada dalam gambar).

oleh : ejen DAAT 007