Isnin, Mac 31, 2008

DAAT De BUNGA

Mandi bunga memang merupakan ritual orang Melayu yang mempunyai unsur-unsur yang sudah tersinkretis antara kepercayaan Dinamisme, Hindu-Buddha dan ‘Popular Islam’.
Dinamisme ialah kepercayaan adanya ‘tenaga tak berperibadi’ dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda hidup, perkataan yang diucap atau ditulis, dalam tanda-tanda yang dirakamkan dan sebagainya (O.K Rahmant S.H,1983:8). Dalam bidang antropologi, tenaga ini juga biasa disebut sebagai ‘mana’ dengan meminjam istilah rumpun suku Polynesia. Ia dikenali sebagai ‘sahala’ oleh orang Batak dan ‘kesakten’(kesaktian) oleh orang Jawa. Untuk orang Melayu, ‘mana’ dikenali sebagai ‘semangat’ (rujuk konsep ‘lemah semangat’ dan ‘kus semangat’). Di kalangan orang Melayu, ‘mana’ bagi raja-raja dikenali sebagai ‘daulat’ dan ‘tulah’ sedangkan bagi orang-orang ‘agama" (mulanya pawang dan dukun, kemudian sami dan ‘Tok Ca’, akhirnya alim-ulama’) dipanggil dengan ‘berkat’ dan ‘keramat’.

Dalam kepercayaan Hindu, tumbuh-tumbuhan mempunyai banyak kegunaan di dalam serba-serbi ritual yang dijalankan. Limau berfungsi mengusir hantu dan syaitan, sedangkan bentuknya yang bulat-bujur melambangkan dunia sebagai ‘chakra’ di sebuah makrokosmos di dalam falsafah occultisme Hindu. Saya pernah melihat ketika Thaipusam, salah satu varieti Kavadi yang dibawa dengan tujuan mahu bertaubat dan bersyukur kepada dewa-dewi, mencucuk bahagian-bahagian badannya dengan set cangkuk-cangkuk besi yang tajam. Satu set cangkuk terdiri daripada dua cangkuk dihubungkan dengan seutas tali khas. Satu cangkuk akan dibenamkan menembusi kulit dan daging pembawa kavadi sedangkan satu cangkuk lagi akan dibenamkan dengan buah limau nipis yang akan dibiarkan berjuntai sambil berat buah limau itu akan menambahkan ‘efek’ cangkuk yang dibenamkan ke dalam badan yang pertama tadi (mungkin lebih sakit dan lebih susah maka lebih banyak pahala dan keampunan dosa yang diberikan??). Sesiapa yang sempat meneliti koleksi poskad tentang tema seperti ‘Malaysian Festival’ atau ‘Penang’ Insya-Allah akan dapat melihat sendiri, kalaupun tidak mahu memerhati dengan lebih dekat akan perarakan di Batu Caves atau Pulau Pinang. Mandi juga merupakan salah satu ritual yang popular di kalangan penganut Hindu, misalnya mandi untuk menyucikan dosa-dosa di Sungai Ganges atau mandi minyak pada pagi Deepavali.

Unsur-unsur ‘Islam’ (‘Popular Islam as been understood’, bukan Islam yang berteraskan al-Qur’an dan Sunnah yang sahih) akan ketara apabila bacaan mantera akan dimasukkan lafaz basmalah, dan diakhiri dengan hamdalah dan syahadah (Haron Daud,2001). Orang yang mandi akan disuruh berselawat, membaca surah-surah tertentu, malah ada yang disuruh menghadap kiblat dan mandi ketika azan bergema. Semua ini lebih ketara apabila mandi bunga dianggap sebagai suatu wasilah kepada ‘ikhtiar dan tawakkal’. Lebih pening lagi apabila bomoh sendiri berpesan ‘Allah sahajalah yang menolong awak, saya cuma berikhtiar’(??). Mandi Bunga juga cuba dirasionalkan sebagai ‘agama’ sebagaimana mandi-mandi lain yang disyari’atkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih seperti mandi junub, mandi kerana menganut Islam, mandi sunnat hari jumaat, mandi sunnat Hari Raya, dan sebagainya.

DAAT De BOIKOT


Rabu, Mac 19, 2008

DAAT De PROFILE

Sebenarnya ini projek lama... GI Lan yang mendapat terus maklumat dari sebuah organisasi yang besar jua di sektor awam... namun kerana kekangan tugas yang melampau menyebabkan Mr Koordinator tidak dapat merancana atau memecah kepala memerah idea bagi dipersembahkan kepada CEO organisasi ini. Setelah hampir setahun terbengkalai akhirnya kembali dengan desakan daripada tuan punya kontrak akhirnya Mr Koordinator terpaksa mengambil cutidan berehat di kampungnya di Putrajaya bagi menghasilkan profile yang dikehandaki... GI-GI yang lain telah menyaport dengan memberikan idea, pandangan dan cadangan bagi diguna pakai. Semua GI-GI juga telah menzeroqkan sijil kelayakkan masing-masing yang tebal belaka untuk disteple bersama profile ini... Sehingga artikel ioni ditulis profile itu sudah 80% siap dan bila hendak menyiapkan lagi 20% panggilan tugas memanggil lagi... huhuhu... kesibukkan kembali melampau...

Selasa, Mac 18, 2008

DAAT De MEDIA

KENYATAAN MEDIA
DAAT sebagai satu organisasi yang berkomitmen dan mempunyai visi serta misi yang jelas di dalam pembangunan modal insan mengambil satu pendekatan di dalam suasana penyusunan kembali kerajaan di negara ini dengan menyakini kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Walaupun terdapat ketidak samaan parti politik yang mmemerintah di sesetengah negeri ini tidak bermakna pembangunan modal insan diketepikan. Sewajarnya di dalam tempoh masa kini kematangan berpolitik dan memahami konsep demokrasi berparlimen serta Raja berpelembagaan difahami sepenuhnya oleh semua pihak.
DAAT sebagai satu organisasi sedia membantu pihak kerajaan meneruskan agenda pembangunan modal insan kerana pembentukkan generasi muda yang akan terus mewarisi negara ini perlu diteruskan dan pertingkatkan lagi.
DAAT mengambil pendekatan berkecuali di dalam arena politik negara ini dan amat menghormati segala keputusan yang telah diberikan oleh rakyat negara ini di dalam pilihanraya yang baru berlalu.
DAAT berkomited dan akan meneruskan agenda ini... mana-mana kerajaan yang berminat mendapatkan kepakaran DAAT sila hubungi kami....

Isnin, Mac 10, 2008

DAAT De PASCA UNDI

PENGURUSAN DAAT MERAKAMKAN SEKALUNG TAHNIAH KEPADA WAKIL RAKYAT YANG BARU DILANTIK SEMOGA DAPAT MELAKSANAKAN SEGALA AMANAH YANG TELAH DIBERI OLEH RAKYAT. JAWATAN BUKAN SATU HAK DAN YANG TELAH DIBERI HAK PERLU MENUNAIKAN HAKNYA JIKA TIDAK HAKNYA ITU AKAN DITARIK BALIK OLEH RAKYAT PADA PILIHANRAYA YANG AKAN DATANG DAN DIBERIKAN KEPADA YANG LEBIH BERHAK KETIKA ITU.

Jumaat, Mac 07, 2008

DAAT De NGUNDI

MR CEO - Ipoh Timur... first time ke baru cukup umur sepatutnya dah 3 kali tapi biasalah tak pernah pegi pun.... esok kali pertama itu pun kalu tak lewat bangun tidur al maklum dok kat tempat lain ngundi tempat lain

MR KOORDINATOR - Pergi makan kenduri petang baru ngundi esoknya pi memancing

MR PENASIHAT KEWANGAN - Kerusi Taiping, sama lusa pi memancing

MR PENASIHAT IT - gundi pos... Lembah Pantai kerusi panas...

GI ZAHARI - Bertugas ngundi di Ijok ngundi di Manjung berkejaranlah esok

GI NIZAM - Undi pos lah pulak... baik bertugas masyuukk sikit

GI LAN - Esok balik kampunglah ngundi... Lumut

GI CHOR - Dok rumah tengahari pi ngundi Sungai Siput...

Selasa, Mac 04, 2008

DAAT De TOK SAKAH

Kem Tok Sakah bukanlah satu tempat yang asing bagi semua agen-agen Daat bahkan tempat itu sudah seperti kampung halaman sendiri. Mr Koordinator sendiri sejak dari dahulu lagi sering membawa kroni dan bala tenteranya berkhemah di situ... dengan pemandangan yang indah di tepi pantai yang berhadapan dengan Pulau Pangkor.. di belakangnya hutan simpan Segari yang banyak menyimpan misteri sehingga berjaya mencuit hati penerbit Misteri Nusantara TV3 membuat liputan kemisterian tempat tersebut. Bagi agen Nizam dan agen Zahari pula tempat tersebut amat rapat dengan jiwa mereka kerana mereka pernah berkhidmat di kem tersebut sebagai jurulatih... lama sebelum menyertai DAAT lagi dan pernah terpampang kisah di Harian Metro pun kerana kedegilan peserta melanggar aturan dan akibatnya tidurlah mereka semalam di hutan tersebut. Agen Lan pula walaupun tidak pernah terlibat secara langsung terlibat dengan kem tersebut tetapi banyak kali juga bersama Mr Koordinator memerah keringat mengendalikan beberapa aktiviti di situ... beberapa tahun yang lalu. Mr CEO pula dalam merancang aktiviti perkhemahan yang dipinta oleh pelanggan-pelanggan DAAT sering tidak meninggalkan kem ini... sesuai untuk apa sahaja aktiviti cuma lalat-lalatnya saja yang jinak-jinak belaka!!!. Cuma agak malang agen Chor saja yang tak pernah ke kem ini tapi taklah menghairankan kerana beliau bukanlah menetap di daerah ini.

Seperti digamit kenangan silam akhirnya semua agen DAAT bertemu untuk merealisasikan satu impian oleh pelanggan kali pertama yang meminta kepakaran DAAT... ramai juga pesertanya melebihi 100 orang anak-anak seredin yang baru nak aqil baligh... masih banyak main, disiplin yang berterabur, degil, dan tahan maki... emmm... budak-budak sekarang.
Setelah mendapat penerangan ringkas dari Pegawai Bertanggungjawab iaitu Madam J agen DAAT telah menyusun strategi bagaimana hendak mengendali peserta kem yang ramai itu dengan kekuatan yang terhad sehingga berjaya mencapai sepenuhnya objektif dan matlamat kem ini dianjurkan....





Penyerahan peserta kepada Kem Komandan mampuslah koa orang...















Apahal tido dulu kumpul tenaga...















Cari remis nak bagi bebudak ni makan malam nie...




















"Kita letak bebudak tuu ke sini pastu kita balik tido nak...?"



















Tak larat nak jerit dah...
















Ikat jangan tak ikat...

















"Mana lah pegi bebudak nie..."
















"Cepat sikit ramai lagi yang tak lepas niee..."
















Jurulatih DAAT yang bersemangat
waja, wira dan persona...


Opppsss...

Selasa, Februari 26, 2008

DAAT De IRAU

Setelah bersusah payah merancang, melaksana dan memecah kepala menghadapi beberapa krenah brokrasi akhirnya XPDC Menawan Gunung Irau dan Gunung Berinchang akhirnya terlaksana juga. Projek pendakian yang diketuai oleh GI Zahari di bantu GI Nizam dan dipandu arah oleh GI Chor akhirnya misi menghabis masa lapang hujung minggu ini tercapai juga. Anak-anak seredin yang sudah jemu duduk rumah telah menyerahkan diri untuk dikorbankan dan didera sepanjuang perjalanan yang mencabar itu. Berbekalkan kekuatan semangat, duit tambang yang ditanggung oleh ibubapa sendiri dan beg Akademi Fantasia akhirnya membuktikan tanpa latihan insentif pun boleh sampai juga walaupun dah macam nak tercabut kepala lutut. Gunung Berinchang yang ketinggiannya 6666 dari paras laut telah dipilih sebagai lokasi perkhemahan sebelum menghenjut diri ke Anak Irau sebelum shoot terus ke Puncak Irau... Pengalaman yang menterujakan terutama dengan 'Night Walknya...'

Irau dan anaknya dari puncak Menara Berinchang...













Pernah menonton Filem Puteri Gunung Ledang? Disinilah lokasi pengembaraannya...
















GI yang berkepakaran darat, laut dan udara....
















Jemu dok makan masakan emak...



















Makan dulu sebelum mendaki...



















Sejuk niiii...














Base Camp...

















Sarjan Sounders dalam pembikinan...




Pasukan sokongan...

suami isteri minat yang sama...












Anak Buluh Betong yang turut nak bergambar

hehehe...








9 darjah celcius....

Khamis, Februari 21, 2008

DAAT De ERA



Hari semalam yang penuh ketegangan akibat beberapa konflik yang berlaku telah menyebabkan Mr Koordinator terpaksa memanggil persidangan tergempar yang disertai oleh Mr Nizam di sebuah kedai roti canai terkemuka di tepi jalan penginapan Mr Nizam. Hidangan roti sardin dan kopi Radix yang terhidang menyebabkan perut masing-masing kekeyangan. Akibat perbincangan tersebut melepasi waktu maghrib menyebabkan Mr Koordinator telah bergegas balik untuk mengikuti Buletin Utama pula yang di jangka menarik dengan perkhabaran calon-calon YB di sesetengah negeri. Dalam keasyikkan menonton tersebut satu panggilan telah diterima dari Mr CEO yang dalam perjalanan ke daerah operasi DAAT. Mr Koordinator yang meminta isterinya menghidangkan milo o dan roti kering telah ditolak mentah-mentah oleh Mr CEO yang kebulur belum makan. Akhirnya Restoran Mapple Era menjadi destinasi persinggahan untuk memenuhi tuntutan perut dan akibatnya hidangan malam semalam dipenuhi dengan daging kambing, telur dadar dan pelbagai hidangan sampingan yang lain.
Seperti biasa kedatangan Mr CEO mesti dipenuhi dengan pelbagai strategi perniagaan dan semalam dua orang tokoh terkemuka korporat telah menemui dan membentang strategi perniagaan masing-masing, satu dalam bidang telekomunikasi dan satu lagi dalam bidang kejuruteraan. Mr CEO yang ditemani adiknya seorang tokoh terkemuka di 'Gerbang Malam' Bandaraya Bourgunvilla telah menunjukkan minat yang amat mendalam dan memungkinkan pelaburan yang dijangka akan mencecah jutaan ringgit. Setelah berbincang panjang lebar Mr CEO telah mengopakkan dirinya dengan bersetuju untuk membayar semua bil jamuan malam tersebut dan Mr Koordinator pulang dengan kekeyangan sehingga ke pagi.....

Selasa, Februari 19, 2008

DAAT De MEETING

Agen-agen DAAT semalam bertemu dalam kerangka membentuk strategi untuk melaksanakan beberapa misi di awal tahun ini. Agen Chor yang telah diminta untuk jangan turun akhirnya telah menjalankan misi lari dari tugas sejauh 80km untuk turun bersama Agen Nizam dan Agen Zahari yang baru kembali dari misi di Cherating, Pahang Darul Makmur. Akhirnya Mr Koordinator DAAT telah mengopakkan dirinya dengan membelanja semua agen-agen di kedai Mapple Era yang menjadi pot utama DAAT buat masa kini.
Topik perbincangan banyak berkisar di sekita XPDC mendaki gunung pada minggu ini dan Kursus Kepimpinan Pengawas sekolah pada minggu hadapan. Topik pilihanraya juga dibincangkan. Akhirnya pada sebelah petang Agen Zahari kembali ke tempat projek pertaniannya dan Agen Chor kembali ke bandaraya Bourgunvilla dengan keazaman yang tinggi. Mr CEO pula tidak henti-henti menelefon perkembangan terkini di pusat pentadbiran DAAT kini. Mr Koordinator pula dalam senyap telah menerima panggilan misteri yang memungkinkan beliau akan berhijrah kembali... Benarkah? Masa juga akan menentukan....

DAAT De FAMILY DAY

Pada hujung tahun yang lepas Pengurusan DAAT menyertai Hari Keluarga yang dianjurkan oleh Kelab Sukan ditempat mereka bertugas, tempat pemilihan Hari Keluarga ini bandar L yang tidaklah begitu asing bagi semua agen-agen DAAT. Maklumlah di daerah Permai ini jugak. Setiap keluarga yang menyertainya dimestikan membayar RM 20.00, eemm.... tidaklah membebankan kalau nak dibandingkan dengan makan minum, penginapan dan aktiviti yang dijalankan... Mr CEO yang amat terkenal dengan semangat kekeluargaan telah memenangi Anugerah Paling Romantis pada malam BBQ, manakala Mr Pakar IT telah memenangi beberapa hadiah cabutan bertuah yang meriah pada malam tersebut yang dikendalikan oleh sahabat baik semua agen DAAT keturunan Kublai Khan dari Ulu Negeri... Mr Koordinator pula telah membolot hadiah sukaneka pada sebelah petangnya sehingga menjelouskan orang lain.
Lain halnya dengan Mr Penasihat Kewangan yang asyik dengan aktiviti ranjaunya al maklum belum mempunyai keluarga yang hendak di bawa... Namun dalam kegembiraan itu, Big Boss yang amat dihormati seperti diraikan perpisahannya dan ketika entry ini ditulis berita itu telah pun menjadi kenyataan... Namun keseluruhannya Hari Keluarga tersebut amat berjaya... dan kolam renang di resort tersebut menjadi saksi aktiviti berkubang semua pengurusan tertinggi DAAT.














BBQ di sebuah resort yang terkenal di Bandar L.....




















Acara Sukaneka


















Sambut belon...



















Minum jangan tak minum...



















MR IT nyuap tembikai ke mulut MR CEO


















Beselemoih...

Khamis, Februari 14, 2008

DAAT de ASYURA

DAAT kembali mendapat mandat dari organisasi utama mereka untuk membawa misi RM 1,000.00 iaitu untuk menjadi johan Karnival Asyura Rakan Muda Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di bandar Kedamaian Abadi. Mr Koordinator DAAT dan Agen Nizam yang telah memegang jawatan Pegawai Operasi DAAT kini telah melaksanakan satu tugasan yang cemerlang apabila mencatatkan kejuaraan yang dicemburui oleh setiap team besar yang lain. Walaupun melatih anak-anak seredin yang tak tau apa-apa lagi namun strategi yang disusun telah berjaya digapai walaupun cuba disabotaj oleh pihak-pihak yang tidak dikenali , namun secara moralnya johan tetap johan. Mr Koordinator telah menghantar anak-anak seredin yang menjadi teras ini ke acara amal di surau kampungnya bagi melatih tubi bagaimana hendak mengacau bubur asyura walaupun telah menjadi isu dengan siak di kampungnya. Namun dengan bermatlamatkan serampang dua mata akhirnya beliau berjaya meminjam segala peralatan di surau tersebut dengan tanpa dikenakan bayaran. Dengan bermodalkan sedikit kewangan peruntukkan Agen Nizam yang melaksana misi tersebut akhirnya mengapai kejayaan yang terus menyerlahkan kemampuan DAAT dalam mengalas misi yang diamanahkan...!!!


















Bahan-bahan yang digunakan dalam aktiviti mengacau


















Aksi oleh pencabar terdekat


















Hasil Asura Andaman Kasih

Rabu, Februari 13, 2008

DAAT de TOUR

Kerajaan akan terus menganjurkan perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) jika ia dapat memberikan manfaat kepada sukan pelancongan tetapi juga kepada perkembangan sukan tersebut di peringkat akar umbi.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan mengambil alih penganjuran tersebut demi untuk menarik minat dan mengembangkan lagi sukan berbasikal di negara ini.

Menurut beliau, penganjuran Le Tour de Langkawi hanya semata-mata mencari keuntungan tidak memadai jika sukan berbasikal tidak dapat menarik minat di peringkat akar umbi.

‘‘Walaupun banyak pihak mengkritik penganjuran perlumbaan ini yang masuk tahun ke-13 tetapi bagi kementerian ia mempunyai kelebihan tertentu.
‘‘Sehubungan itu saya mahu Le Tour de Langkawi yang diuruskan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) membuktikan ia dapat merealisasikan hasrat kerajaan,’’ ujarnya.



Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan logo, imej, laman web dan pejabat urusetia Le Tour de Langkawi 2008 di Pusat Akuatik Nasional, Kompleks Sukan Bukit Jalil, semalam.
Le Tour de Langkawi 2008 yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 17 Februari tahun depan menampilkan penyertaan 25 pasukan.
Sejumlah 15 pasukan ProTour termasuk dari Eropah, Amerika Syarikat dan Asia akan menyertai perlumbaan edisi ke-13 ini.
Azalina juga turut menyarankan kepada MNCF untuk mengurangkan perbelanjaan pada edisi 2008 selepas tahun lalu kos yang dibelanjakan mencecah RM20 juta.
‘‘Ini adalah ujian penting untuk MNCF dan mereka harus menguruskannya dengan baik.
‘‘Peluang ini kerajaan berikan semata-mata ingin melihat sejauh mana kemampuan dan keupayaan persatuan menganjurkan perlumbaan berprestij dunia,’’ katanya



















Selasa, Februari 12, 2008

DAAT de Iklan

De Andka Adventures Team (DAAT)
Managed by De Andka Marketing

Memerlukan seorang yang berdedikasi, sanggup bekerja tanpa seliaan dan mempunyai kelayakkan seperti yang diperlukan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut ;

Jawatan : EKSEKUTIF PEMASARAN (Operasi)
Kelayakkan (Minimum) : DIPLOMA SAINS SUKAN (Rekreasi)
Gaji : RM xxx.xx + komisyen

Berpengalaman sebagai jurulatih rekreasi dan jualan langsung adalah satu kelebihan.

Sediakan resume dan e-mel di : daat3036@yahoo.com.my

Rabu, Januari 30, 2008

SKIL PIMPIN

Dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi, pemimpin perlu proaktif melalui aspek keberkesanan gaya kepimpinannya terhadap pekerja.

Seorang pemimpin tidak semestinya hanya seorang Pengarah ataupun seseorang yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi. Tetapi mereka yang mampu mempengaruhi organisasi ke arah pencapaian matlamat juga boleh diklasifikasikan sebagai pemimpin berasaskan kemampuan memimpin menggunakan kebijaksanaan, kemahiran, pengalaman, tahap senioriti dan sebagainya.

Kepimpinan memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Teori Kepimpinan Laluan Matlamat (Path Goal Theory) yang diperkenalkan oleh Robert House mencadangkan bahawa tingkah laku pemimpin seharusnya dilihat sebagai suatu tindakan yang boleh memotivasikan pekerja.

Seorang pemimpin perlu menguatkan hubungan di antara gaya kepimpinannya dengan perwatakan pekerja dan agenda tugas sesebuah organisasi. Dengan ini, pemimpin akan memahami bahawa pekerja akan termotivasi sama ada dalam keadaan merasa berkemampuan untuk mencapai sesuatu tugas yang diberikan; ataupun mereka dapat menjangkakan hasil kerja yang akan disiapkan; ataupun berkepercayaan tentang aspek penghargaan yang akan diberikan berkaitan hasilnya.

Justeru, adalah menjadi cabaran kepada seseorang pemimpin untuk menggunakan gaya kepimpinan terbaik bagi menemukan titik keperluan motivasi pekerja. Pemimpin perlu menyediakan elemen-elemen yang difikirkan dapat mengisi keperluan pekerja bagi mencapai matlamat organisasi.

Teori Laluan Matlamat menggariskan tentang empat gaya kepimpinan yang boleh dimanfaatkan untuk memotivasikan pekerja iaitu:

Pertama: Kepimpinan berorientasikan arahan (Directive Leadership)

Ia dikaitkan dengan gaya menyampaikan atau memberi penjelaskan kepada pekerja. Pemimpin memberikan arahan mengenai sesuatu tugas. Dengan menyertakan mengenai apakah harapannya berkaitan tugas tersebut. Pemimpin juga turut memberikan klu mengenai bagaimana tugas itu boleh disempurnakan dan juga penetapan waktu yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya. Arahan yang baik disampaikan kepada pekerja secara spesifik supaya pekerja mendapat gambaran awal dan kefahaman yang jelas untuk memulakan sesuatu tugasan yang diberikan.

Kedua: Kepimpinan berorientasikan sokongan (Supportive Leadership)

Ia merujuk kepada tingkah laku memberi pertimbangan kepada pekerja. Iaitu dengan gaya beramah mesra dan prihatin sebagai seorang pemimpin. Tingkah laku ini bertujuan untuk mewujudkan suasana kerja yang menyenangkan kepada pekerja. Di samping itu, seorang pemimpin melayan pekerja tanpa berdasarkan mobiliti sosial dan turut menghormati status kedudukan mereka. Gaya kepimpinan ini mampu mewujudkan suasana mesra agar pekerja termotivasi dengan penuh rela hati bagi melaksanakan sesuatu tugasan.

Ketiga: Kepimpinan berorientasikan penyertaan (Participative Leadership)

Gaya ini pula merujuk kepada pemimpin yang mengalu-alukan penyertaan pekerja untuk mereka berkongsi menetapkan sesuatu keputusan. Pemimpin membuka ruang untuk rundingan kepada pekerja agar mereka dapat menyumbang idea serta pandangan. Begitu juga dengan peluang untuk meningkatkan cadangan dalam sesuatu keputusan berdasarkan persetujuan organisasi.

Keempat: Kepimpinan berorientasikan pencapaian
(Achievement-Oriented Leadership)

Kepimpinan dengan gaya ini memberikan cabaran kepada pekerja untuk melaksanakan tugasan pada peringkat tertinggi kemampuan mereka. Pemimpin akan sentiasa mencari peningkatan dan pencapaian yang berkesinambungan. Ini melalui langkah menyatakan keyakinan yang tinggi bahawa pekerja mempunyai kemampuan untuk mencapai matlamat bagi cabaran tersebut.

Teori Laluan Matlamat tidak mengongkong seseorang pemimpin untuk menggunakan hanya satu gaya kepimpinan sahaja. Sebaliknya terbuka kepada penggunaan pelbagai gaya mengikut kesesuaian situasi. Cuma ia lebih tertumpu kepada pemberian motivasi kepada pekerja agar mereka lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas dengan sempurna.

Bagi merealisasikan setiap objektif organsasi aspek kepimpinan adalah elemen yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi atau jabatan. Pemimpin berperanan membentuk organisasi yang berkesan dari pelbagai sudut, terutamanya dalam memotivasikan pekerja. Motivasi pekerja perlu diperbaharui dari semasa ke semasa agar pencapaian tugasan dalam organisasi terus meningkat dan berkesinambungan. Kecemerlangan dalam pembangunan negeri adalah terhasil melalui kecemerlangan modal insan dalam setiap organisasi.

Setiap organisasi terutamanya jabatan-jabatan kerajaan perlu diperlengkapkan dengan pengetahuan mengenai gaya kepimpinan. Demikian agar persekitaran kerja yang kondusif dapat diwujudkan. Pencapaian dalam tugasan sesebuah organisasi juga akan lebih meningkat dengan pemantauan serta keprihatinan para pemimpin yang terdapat di dalam sesebuah organisasi.

Kesimpulannya, pemimpin perlu mengarah (directive) jika sesuatu tugasan yang dihadapi adalah kompleks; sekiranya tugasan bersifat kurang mendesak, gaya menyertai (participative) pula boleh digunakan; jika pekerja mempunyai keinginan ke arah kecekapan berganda, gaya berorientasikan pencapaian (achievement oriented) boleh dimanipulasikan; manakala gaya berasaskan penyertaan (participative) pula digunakan bagi pekerja yang memerlukan kawalan. Sesuaikan gaya kepimpinan anda!

Isnin, Januari 28, 2008

NAK HIDUP

Dalam membina kehidupan kadang-kadang ada kisah dan kejiwaan yang sukar dimengertikan oleh orang lain, kadangkala kepahitan dan rintangan perlu kita lalui seorang diri dan itulah yang terpaksa dilalui oleh seseorang yang cukup rapat dengan DAAT. Pemuda yang menjadi harapan untuk merintis jejak-jejak melayakkan dirinya digelar agen DAAT, latihan yang diperlukan bukan setakat ketahanan fizikal tetapi ketahanan mental yang kuat. Untuk mempermudahkan sesi pengenalan dalam ujikaji ini kita namakannya Agen X. Semasa DAAT bertungkus lumus mempersiapkan diri ketika Karnival Asyura yang lepas agen ini telah ditemuduga dengan sebuah korporat multinasional terkenal dan diminta melaporkan diri di Bandar Y 2020. Dengan kekuatan untuk merubah nasib diri, keluarga dan kepentingan masa hadapan, agen ini dengan kekuatan semangat yang dibina akhirnya sampai juga kedestinasi yang dituju. Mr Koordinator DAAT yang telah banyak pengalaman dalam membantu membina misi sebegini telah memperkenalkan agen x dengan seorang Agen DAAT yang kurang terkenal tetapi amat berpengaruh juga. Agen ini telah membantu agen X untuk mendapatkan rumah penginapan tetapi entah dimana silapnya akhirnya rundingan tersebut terbantut dan menjumpai jalan mati.
Secara tiba-tiba agen x buntu tanpa kenalan, tanpa sedara mara dan ditambah dengan kekurangan sumber. Mr Koordinator yang teringatkan bapa angkatnya di Perkampungan Y telah mengontactkan bapa angkatnya itu dan semalam adalah malam pertama buat agen X menetap di Perkampungan Z sebelum pagi ini melapor diri demi masa depan, cita-cita dan cinta. Begitulah kehidupan dan Mr Koordinator tersenyum ini bukan pengalaman pertama dan mungkin juga yang terakhir.

Jumaat, Januari 25, 2008

KUASA AKRAM

AKRAM

PROJEK BARU

Minggu lepas DAAT kembali mendapat projek terbaru di tahun baru ini, ditawarkan dari organisasi yang bukan asing lagi tetapi dari penguasa yang baru buat masa ini sebelum bertukar pemerintahan baru... yang menariknya diketuai oleh Agen Zahari dan Agen Nizam dan yang pasti Agen Chor pasti tidak dilupakan oleh kengkawannya itu. Mr Koordinator masih seperti dulu hanya memberikan sokongan dari luar dan masih terlibat secara pentadbirannya dan Mr CEO nampak seperti masih akan terlibat kerana merupakan rakan kongsi terbaik penguasa tersebut... apappun mungkin ini projek terbaru dan pasti prestasi DAAT akan kembali menyengat kerana buat masa ini beberapa projek masih terbengkalai kerana banyak perkara dari segi pentadbirannya masih belum dapat disiapkan.