Cuti untuk menenangkan fikiran dan berseronok tak pernah ditetapkan bila buat seseorang pekerja tegar macam aku... yang pasti majalah santai di pasaran nampaknya banyak memaparkan artikel percutian di hujung-hujung tahun ini. Umi (isteri aku) pun nampaknya mempunyai mood bercuti sekarang... aku memberikan umi peluang membuat keputusan dan aku akan mengikutnya sahaja walaukemana pun macam janji zaman cinta-cinta dulu... anak-anak pasti akan mengikut sahaja... yang pasti kak long hanya akan kata nak jalan-jalan... hahaha... kebahagiaan seorang family men macam aku ialah bekerja sekuat tenaga dan diperabihkan untuk keluarga... nikmat betull... tetapi aku masih ada perancangan yang masih belum selesai dalam empat tahun ini... aku kena mengabiskan dahulu pengajian aku dan kuliah intensif sepenuh masa bermula hujung bulan hadapan sehingga hujung tahun. Ini bermakna aku perlu bercuti sebelum tarikh kelas bermula atau selepas itu... tetapi aku selalu bercuti sebenarnya... bercuti sambil bekerja sudah menjadi budaya di tempat aku bekerja... itu kelebihan kami yang bertugas di sini... tetapi cuti bagi aku hanya untuk meredakan tekanan berfikir tentang kerja hakiki untuk berfikir strategi-strategi baru... kadangkala cuti membuatkan aku lagi sibuk slepas itu... kerana ide-ide terbaru terpacul ketika itu... dan hujung-hujung tahun ini team gerek kami di pejabat ini telah merangcang beberapa trip lagi selepas trip x-tream di Langkawi bulan lepas... tadi abang Mat maklumkan pulak hujung minggu ini projek mendapatkan callsign akan bermula semula... hehehehe semakin sibuklah aku...congak punya congak budget tetap menjadi keutamaan. Walaupun aku antara segelintir manusia yang tak pernah bercakap tentang isu buget tetap merasa penangan gaji awal bulan lepas kerana cuti perayaan yang bersambung-sambung... Umi mula mencadangkan beberapa destinasi dan aku mula terfikir berapa pulak budget yang patut diperuntukkan.... anda ada cadangan...?
Ahad, Oktober 25, 2009
Isnin, September 07, 2009
DAAT @ NUZUL AL QURAN
Salam Nuzul Quran... hari ini kebanyakkan negeri bercuti tetapi bagi kami di utara ini tetap bertugas seperti biasa... ketika memulakan perjalanan pagi ini aku membuka radio mendengar celoteh DJ dengan pemanggil-pemanggilnya tentang pengalaman mengaji Al Quran ketika kecil-kecil dahulu... aku juga mempunyai pengalaman sendiri... emm... aku berazam aku sendiri yang akan mengajar anak-anakku sendiri mengaji.... macam ayah mengajar aku dahulu...
Adik... anak ke dua aku harijadinya hari ini kerana dia dilahirkan ketika Nuzul Quran tahun lepas... nampaknya dia menyambut harijadinya dengan demam dan selsema... aku yang agak risau sebenarnya... dan klinik swasta menjadi pilihan kerana memikirkan senak perut nak berbaris di klinik kerajaan musim-musim wabak la nie...
Tugasan seperti biasa.... tiada tugasan yang mengejar dateline lagi bulan puasa ini membuatkan segalanya seperti lambat nak bergerak... tetapi bos seperti biasa... mesyuarat tanpa henti-henti... dan kami semua mengeluh, dan semalam bos buat meting lagi... bahagian kami yang paling last... rakan-rakanku semua dah mengosok-gosok jam tangan bila jam hampir ke 4.45 petang dan bos masih rancak berbincang... aku? sekadar sms kepada isteri di rumah... kalau lewat maknanya masih meting lah k... dan mengeluh panjang memikirkan jalan yang pasti sesak menghampiri jalan nak masuk ke kawasan perumahan aku juga... biasalah pasar ramadhan...
...beginilah di dalam bulan ramadhan ini... amal ibadat perlu ditingkatkan dan dalam pada itu aku terkenangkan pula Allahyarham Abang Mi Persatuan Rekreasi di negeri ini yang dikira masih cergas telah kembali ke rahmatullah minggu lepas... masih muda dan sentiasa aktif merencana pelbagai aktiviti... tetapi apabila ajal sudah tiba pasti tidak terlewat walau sesaat... kita bagaimana...? bersediakah kita...?.
Puasa sudah semakin bergerak melepasi separuh ramadhan... tingkatkan azam... solat tarawih jangan dilepaskan... tadarus al quran dipertingkatkan... emmm... aku mengingatkan diri aku juga sebenarnya... anda bagaimana pula...?
Selasa, September 01, 2009
DAAT @ MERDEKA
Semalam atau kelmarin bahasa di utara ini... aku menyertai perhimpunan Hari Kebangsaan kali ke 52 ini yang diadakan dalam suasana berpuasa dan wabak H1NI yang semakin menular. Banyak yang berbeza cara sambutan bagi kali ini di seluruh negara... walaupun bagi aku, masih ramai generasi muda yang tetap tidak memahami erti perayaan ulang tahun kemerdekaan yang sejati. Generasi muda masih tetap bergembira di malam merdeka walau tanpa Sambutan Ambang Merdeka... yang bermotorsikal tetap merempit... willey dan wikang dijalanan... yang bercouple tetap berkepit dengan pasangan masing-masing... dan yang menjadi penghuni setia pusat hiburan tetap mencari rakan-rakan hayun kepala di situ... yang biasa-biasa mungkin memilih kedai mamak dan berbual kosong dengan disulami ketawa ria menanti waktu bersahur mungkin ! Itulah cara sambutan biasa oleh golongan muda saban tahun tanpa jemu... dan jika ada yang berkata sambutan tahun ini berbeza hanyalah retorik !!!
Berbalik kisah sambutan semalam... aku hadir juga tanda komitmen yang tidak berbelah bagi... bahkan sejak bertugas... aku jarang miss dengan apa jua bentuk sambutan.. dari berkhemah di dalam hutan sehinggalah memimpin pasukan kawad di perbarisan kemerdekaan. Dahulu semasa kanak-kanak pun aku memang sanggup terpaku di depan peti telivisyen di ruang tamu rumah melihat perbarisan peringkat kebangsaan... emmm betapa skemanya aku ketika itu... dan ketika aku sudah mempunyai anak aku membiasakan anak-anakku dengan bendera Malaysia dan Laungan Merdeka... dan aku lihat anak sulungku agak bersemangat jika melihat dan mendengar laungan merdeka di telivisyen dan dia akan menyelongkar bekas mainannya mencari bendera yang aku belikan khas untuknya.
Jawatankuasa Kelam Kabut Kampung (JKKK) di tempat tinggal aku kini juga nampaknya bersemangat dengan membekalkan setiap rumah dengan sehelai bendera Malaysia... dan nampaknya meriah sungguhlah juga di setiap rumah dan kini apabila puasa masuk pertengahan bertambah-tambah meriah dengan kelipan lampu pelbagai warna-warni... dan ramai generasi muda tetap juga bermandikan cahaya di malam merdeka... yang di disko dengan kelipan lampu yang pelbagai bentuk... yang merempit memilih lampu jalan disepanjang laluan mereka... dan yang bercouple memilih cahaya-cahaya yang suram sesuai dengan aktiviti mereka... dan laungan merdeka semakin jauh dilupakan apabila september mula menjengah tiba.. emmm... begitulah setiap tahun... tiada apa yang berbeza!!!
Ahad, Ogos 30, 2009
DAAT @ PUASA @ MERDEKA @ H1NI
SELAMAT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 52
Selasa, Ogos 18, 2009
DAAT@RAMADHAN

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1430
Khamis, Julai 02, 2009
DAAT @ Kroni
Isu ini pernah meletup sakan dulu... sehingga kini... akhirnya Parti yang membangkang seratus peratus dulu pun kini tak sangat lagi memainkan isu ini lagi... mungkin kerana mereka telah memerintah beberapa buah kerajaan negeri dan mungkin sedang memahami erti kroni... siapa boleh menidakkannya lagi...? hehehe... Bagi aku ini isu yang perlu dilihat dari pelbagai sudut... kalau dilihat dari negatif ia seakan macam sangat buruk... tapi jika dilihat dari segi positif ia bergantung kepada niat dan tindakan individu tersebut... Aku dah lama mempunyai kroniku sendiri.... dari zaman hidup di kampung... sapa tak kenal aku dan Gman... Kong, Pak Yeh, Anal n budak-budak suruhan yang lain... kami yang banyak mengaturkan aktiviti belia di kampung kami masa tuuu, Kong... Pengerusi dan aku Setiausaha... dan budak-budak kami macam balaci yang sama-sama tumpang tuah... projek terbesar kami ialah mengecat keseluruhan masjid kampung kami... luar dan dalam... macam tak percaya? tapi itulah kuasa dengan kroni-kroni yang terpilih... kalau tak ada klik yang sebegitu rasanya Ustaz Puad Pengerusi Masjid takkan percayakan kami... Pak Cik Hashim Tecklan yang memantau kami dah tentu menggelabah piai sebab kerja tak selesai... dan Pak Cik Brahim takan kan sanggup keluar modal membeli keperluan alatan kami... dan juga mungkin sedikit upah hehehe... Paling kami takut jika kerja tak selesai dah tentu dengan Pak Din Temen rumah paling dekat dengan masjid (aruah dah) yang dah tentu menghamput kami... Itulah kuasa kroni...
Bila aku bekerja dulu team aku juga yang terbaik... Chor, Lan, Nizam & Zahari ... individu terbaik yang pernah aku jumpa dengan kepakaran masing-masing... mudah berurusan dengan individu yang memahami kita bekerja... tambahan bekerja dengan aku yang sentiasa berubah dan sukar dijangka... mereka terbaik... kini aku merantau jauh di utara... masih tercari-cari kroni... akhirnya aku buat kesimpulan kroni terbaik aku kini ialah isteriku, kak long dan adik... kami berempat sahaja dan kemana pun aku bawak mereka jika berkesempatan waima aku tengah bertugas... kak long boleh berdikari... adik tak pernah meragam dan umi boleh memantau anak-anak kami... inilah kroni aku kini... nun jauh di lubuk kenangan aku dah jenuh hidup berkroni... buat apa nak takut... jika niatnya untuk kebaikkan...
Rabu, Julai 01, 2009
DAAT@SUNYI SEPI
Kawan-kawan semua bertanya... kenalan yang jauh dan dekat pun bertanya juga... kawan opis lama pun sms tanya jugak... jiran tetangga pun gagah menyoal itu ini... kroni dan puak lerak pun tumpang sibuk menyiasat... sibuk ker? sekarang di mana? tak nak balik kampung ker..? dan 1001 pertanyaan yang lebih kurang sama. Dan aku masih di sini... macam dulu-dulu jugak... tapi banyak jugak yang dah berubah... hidup perlu berubah sentiasa... aku tak boleh hidup statik... kalau tak takkanlah aku sengaja mencari tempat yang sunyi di sini... menukar kebiasaan biasa...
Kita balik ke persoalan asal... kini aku dah jauh berubah... sekarang dah jadi mahasiswa... mencari pengalaman sebagai pelajar U... jauh lagi... dan sedang mencari-cari taiming terbaik... assingment dan tugasan yang bukan anak kerojenya... komitmen masa yang semakin padat... aghhh... masa tetap sama cuma terpulang kepada kita sahaja yang mengaturkannya.... kini aku asyik membelek buku-buku pengurusan masa, motivasi diri, kaedah belajar, dan apa sahaja yang berbentuk meningkatkan keupayaan diri... dan istilah zaman sekarang yang paling tepat... aku menjadikan diri aku poyo... mat skema... dan macam bagus... tapi itu bukan masalah sangat sebenarnya... bukankah itu dulu adalah watak aku juga...? hehehehe... dan isteri yang tercinta masih menjadi pengkritik setia yang menyedarkan aku tentang sesuatu... aku masih mempunyai komitmen lain dengannya... kehendak dan impian seorang isteri dan anak-anak yang semakin membesar dengan keletah maisng-masing... kak long dengan daya ingatannya yang semakin tajam... aku rasa dia dah boleh dihantar ke sekolah tahun depan... tapi aku rasa mungkin Uminya sendiri boleh mengajar... kini isteriku banyak melatih kak long bercakap... dan antaranya... duit diistilahkan dengan 'duit raya'... akibatnya kak long dah pandai mintak duit raya nak membelanja di kedai... dan pantang nampak orang jual air tepi jalan... mesti dia mintak duit raya nak beli air 'nyioq'... dan kami berdua suami isteri mengekek besar.... Adik...? Baru pandai berdiri... dan bila ketawa nampak gigi atas bawah yang dah tumbuh... adik pun tumbuh gigi atas dulu... macam kak long juge... kata isteriku itu tanda orang cakap besar.... entahlah... yang pasti adik pun banyak akai la nie... macam kak long jugak...
Kerja..? macam biasa... tiada istilah hujung minggu dan bersantai di hari cuti bahkan kadangkala menjadi semakin kelam kabut dengan jemputan ceramah, memantau program, wakil bos merasmikan itu ini... dan mesyuarat yang tak henti-henti... mesyuarat tiga beradik... mesyuarat pengurusan, mesyuarat program, mesyuarat kewangan, mesyuarat bahagian... dan 1001 mesyuarat lagi...
... kini aku sengaja mencari pasal lagi... amik kelas radio amatur dan sedang menunggu keputusan peperiksaan yang baru lepas... kalau lulus tambah lagi satu dunia aku.... dan baru minggu lepas kawan opis ajak pergi menyelam pulak... lagi pun ada lesen kalau tak dipraktikkan pun tak ada guna jugak...emmm.... dalam berjalan di pasar malam... aku terjumpa keset kelas tarannum... agghhh payahnya nak kuasai ilmu tarannum ni... aku impikan dari zaman remaja lagiii... tapi di sini aku tak jumpa gurunya lagii... mungkin akan jumpa juga... dan masa terus berlalu... harapnya aku masih boleh terus mencapai impian... banyak lagi dalam list hehehe... oh ya... hujung minggu nie perjumpaan pertama untuk assgiment kajian group kami... mungkin ada sesuatu yang sedang menunggu dengan rakan-rakan baru nie...
Isnin, Mac 02, 2009
DAAT @ Melayu
Saya melayu... anda juga mungkin melayu... atau kangkawan anda melayu... pasangan anda melayu... jiran anda, pak cik goreng pisang di kawasan perumahan anda melayu, driver bas sekolah anak anda melayu... dan Perdana Menteri kita juga melayu... sultan dan Raja kita sudah pastilah melayu. Bangsa utama di Malaysia adalah melayu... dan melayu mesti beragama islam ... Islam dan melayu amat sinonim... amat janggal jika kita dengar melayu bukan beragama islam... kecuali anda berada di Indonesia mungkin ada melayu beragama Kristian atau Hindu...
Kini melayu hidup aman damai dengan lain-lain bangsa Cina, India, Sing, Serani, Kedazan, Iban, Bidayuh, Orang asli dan pelbagai suku kaum yang lain. Dalam melayu ada pelbagai lagi suku kaum dan semangat kenegerian yang mempelbagaikan melayu itu sendiri. Kaum banjar tak sama dengan kaum jawa, rawa, minangkabau, batu bara, pane dan bugis. Orang Kelantan berbeza loghat dengan orang kedah. Orang melayu di Parit Buntar berbeza dengan orang melayu Pengkalan Hulu... tak percaya pergilah ke tempat tersebut.
Ramai orang menyangka orang Kelantan amat payah nak berkawan rapat dengan melayu negeri lain... sebenarnya dalam pemerhatian aku bukan salah orang kelantan.. mereka bukan bersemangat kenegerian sangat... sebenarnya mereka susah nak bercakap dengan melayu negeri lain... lawak mereka tak difahami dan kadangkala mereka tergagap-gagap tapi sesama Kelantanis mereka amat mudah mesra walau baru berkenalan... buktinya? tak perlu... masa bujang dahulu aku duduk serumah dengan dua orang kelantanis dan adik ipar aku juga berasal dari sana.
Namun kelebihan aku bila duduk di utara ini.. aku mempunyai pelbagai kelebihan berbahasa melayu mengikut loghat... duduk di sebelah Kodiang nie mana nak sama bercakap dengan orang Muar di Johor, atau Gong Badak di Terengganu atau Pasir Mas di Kelantan...
Untuk mudah mengkaji melayu tak perlu susah-susah ke Perpustakaan Negara atau berjumpa Profesor Kajian Melayu di Universiti cukup hanya dengan menonton filem P. Ramlee (kecuali anda sedang buat tesis PhD kenalah pegi sana). P. Ramlee seorang insan melayu yang dalam karyanya menyentuh hampir keseluruhan budaya, sikap dan perangai bangsa melayu... hampir tepat!!! Jika nak tengok melayu berbini lebih dari satu tontonlah Madu tiga, Melayu yang jadi askar Sarjan Hassan, melayu pengamal ilmu hitam.. Sumpah Orang Minyak... melayu peniaga... Tiga Abdul... kaum bangsawan... Antara Dua Darjat, melayu merapu tengok Bujang Lapok atau Doremi , melayu kuli... Labu labi, melayu kaya... Penarik Beca, melayu dan keluarga Ibu Mertuaku... melayu jati... Semerah Padi... sampai masa kecik-kecik dulu aku menyangka P Ramlee itulah sebenarnya Hang Tuah hehehe...
Namun kini melayu gila berpolitik sampai naik jemu tengok dalam surat khabar atau berita... bergaduh tentang nak guna bahasa apa untuk pengajaran Matematik atau Sains di sekolah... dan bangsa lain pun pelik kenapa melayu dah jadi begini... tapi aku masih melayu yang sedang memerhati kaumnya sendiri... dan mungkin anda juga begitu...
Selasa, Februari 17, 2009
DAAT @ kaki bodek
Bila kita bekerja tak kira di sektor apa pun bos dan pekerja adalah dua individu yang paling penting dalam mengepalai organisasi masing-masing. Apabila kita menjadi bos kita dianggap berkuasa, dan arahan kita mesti dipenuhi by hook or by crook dan pekerja adalah insan yang sentiasa menurut perintah dengan penuh tanggungjawab, berintergriti dan jujur sejujurnya.
Pekerja pula adalah operator utama dalam organisasi dan biasanya mempunyai posisi masing-masing, sama ada di bahagian pentadbiran, kewangan, pengeluaran, pemasaran dan 1001 bahagian lagi mengikut kepentingan operasi organisasi masing-masing.
Tapi sebagai pekerja kita sedia maklum tentang itu semua...
Namun antara dua watak itu ada lagi bayangan yang menyakitkan sesiapa yang terinaya antara kedua posisi itu adalah kaki bodek @ pengampu bos @ batu api @ talam dua muka !!!.
Ada sebab tertentu yang melahirkan manusia jenis begitu.. untuk kepentingan pribadi atau bos yang lemah untuk menilai... walaupun biasa kita jumpa manusia jenis ini kadangkala ia umpama virus yang menghantui jiwa orang yang terseksa...
kini nilaikan diri kita sendiri? siapa kita di tempat kerja...
Pekerja pula adalah operator utama dalam organisasi dan biasanya mempunyai posisi masing-masing, sama ada di bahagian pentadbiran, kewangan, pengeluaran, pemasaran dan 1001 bahagian lagi mengikut kepentingan operasi organisasi masing-masing.
Tapi sebagai pekerja kita sedia maklum tentang itu semua...
Namun antara dua watak itu ada lagi bayangan yang menyakitkan sesiapa yang terinaya antara kedua posisi itu adalah kaki bodek @ pengampu bos @ batu api @ talam dua muka !!!.
Ada sebab tertentu yang melahirkan manusia jenis begitu.. untuk kepentingan pribadi atau bos yang lemah untuk menilai... walaupun biasa kita jumpa manusia jenis ini kadangkala ia umpama virus yang menghantui jiwa orang yang terseksa...
kini nilaikan diri kita sendiri? siapa kita di tempat kerja...
Isnin, Januari 12, 2009
DAAT @ Fesyen
Apabila masuk tahun baru, maka pengamal-pengamal fesyen berlumba-lumba mewar-warkan trend berpakaian di tahun tersebut... maka majalah-majalah dan bual bicara santai di media massa galak juga memaparkan trend tahun baru tersebut... maka pencinta fesyen di kalangan masyarakat kita yang obses dengan trend akan berlumba-lumba memenuhkan koleksi pakaian mereka... ini terutama kaum wanita... dan juga mungkin kaum lelaki yang kononnya metroseksual!!!
Sejak dahulu aku memang berminat dengan trend tersebut... tapi tidaklah terlampau mengikut sangat trend tersebut... mungkin masalah budget kot hehehe... Namun setelah sekian lama akhirnya aku sedar ini hanyalah strategi perniagaan bagi pengamal-pengamal feyen... mereka sendiri yang menciptanya, merekabentuk, di tambah dengan aksesori dan solekan maka akhirnya masyarakat akan berkata inilah trend !!! Sesiapa yang tidak mahu mengikut dikatakan kolot dan old fesyen... kekampungan dan tidak tahu berfesyen...
Kini aku ingin bebas berpakaian mengikut citarasa dan mungkin mengambarkan jawatan yang aku sandang dan kematangan umurku kini... kemas, dan nampak eksekutif walaupun mungkin tidak semahal mana... ini dibantu oleh pengkritik fesyenku yang utama iaitu isteriku sendiri yang banyak membantu... tetapi di tahun 2009 ini isteriku meminta pula dibeli tudung Ekin sempena perkahwinannya dengan Mawi dan baru kusedar di pasar malam atau nat dah banyak orang jual dan pakai tudung ini termasuklah di pejabat ku ini... alahai makcik oiii...
Sejak dahulu aku memang berminat dengan trend tersebut... tapi tidaklah terlampau mengikut sangat trend tersebut... mungkin masalah budget kot hehehe... Namun setelah sekian lama akhirnya aku sedar ini hanyalah strategi perniagaan bagi pengamal-pengamal feyen... mereka sendiri yang menciptanya, merekabentuk, di tambah dengan aksesori dan solekan maka akhirnya masyarakat akan berkata inilah trend !!! Sesiapa yang tidak mahu mengikut dikatakan kolot dan old fesyen... kekampungan dan tidak tahu berfesyen...
Kini aku ingin bebas berpakaian mengikut citarasa dan mungkin mengambarkan jawatan yang aku sandang dan kematangan umurku kini... kemas, dan nampak eksekutif walaupun mungkin tidak semahal mana... ini dibantu oleh pengkritik fesyenku yang utama iaitu isteriku sendiri yang banyak membantu... tetapi di tahun 2009 ini isteriku meminta pula dibeli tudung Ekin sempena perkahwinannya dengan Mawi dan baru kusedar di pasar malam atau nat dah banyak orang jual dan pakai tudung ini termasuklah di pejabat ku ini... alahai makcik oiii...
Ahad, Januari 04, 2009
DAAT @ Palestin
Kita sebenarnya lemah atau lebih tepat amat lemah... kerana iman dan amal kita juga lemah... fizikal bertambah-tambah lagi... minda kita juga lemah akibat sudah lama dijajah dan ditentukan oleh orang lain tanpa kita sedari...akhirnya hidup kita sebenarnya ditentukan oleh orang lain... contoh yang mudah... jika kita bangun tidur dan mahu bersarapan di sebuah restoran... bolehkah kita meminta menu yang lain dari disediakan...? mungkin orang kata kita mengada-ngada atau biol... tapi itulah petanda awal hidup kita telah ditentukan... akhirnya kita tidak mampu membantu apa-apa pun saudara kita di Palestin... semuanya di atur... gencatan senjata, mesyuarat, resolusi, demontrasi atau kecaman di media... mungkin semuanya diatur, mungkin...... lalu saudara kita terusan berdarah dan kita masih sama... bersarapan sepinggan roti sardin dan teh gelas besar di restoran berbumbung dan berkipas sambil menonton berita dunia melaporkan... demontrasi dan kecaman serata dunia untuk rakyat Palestin ....dan Yahudi terus mengebom tanpa henti!!!
Selasa, Disember 30, 2008
DAAT@Al Asr
Tahun baru Hijrah baru bermula dan tahun masehi hampir berakhir... begitulah masa begitu laju meninggalkan kita... sebenarnya tidak !!! masa tetap sama.... masih 24 jam... masih seminggu 7 hari... dan masih sama tidak ada apa yang berubah, namun mengapa kita rasakan ia begitu cepat benar...? mungkin perasaan kita sahaja atau tuntutan kehidupan seharian menjadikan ia begitu... Mari kita renungi firman tuhan dalam Al Asr " Demi masa. Sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian...".
Dalam kecanggihan kita pada hari ini, kebanyakkan lampu isyarat utama di bandar besar mempunyai sistem kiraan sebelum bertukar dari lampu merah ke lampu hijau... itulah inovasi yang kita boleh fikirkan bagaimana kita hanya membuang masa melihat angka-angka semikin mengecil sebelum memecut semula. Dalam tempoh itu apa lagi yang boleh dibuat selain melihat sahaja angka-angka itu berubah... memerhati orang sekeliling yang semacam kita juga... dengan 1001 urusan masaing-masing.
Apabila orang di hadapan lambat maka maki hamun akan terpancul di benak atau lebih teruk di mulut masing-masing. Hendak menelefon mungkin tak berapa sempat atau hanya menghantar sms mungkin... Apabila lampu hijau kita terus berlalu tanpa berfikir kita membuang masa berapa lama jika dikira sepanjang hayat menunggu lampu bertukar hijau di 'traffic light' ...itu pun kalau kita bukan pemandu bas atau membawa lori tangki minyak... kalau tak berapa lama lagilah kita hanya mengira angka-angka berwarna merah...
Dalam kecanggihan kita pada hari ini, kebanyakkan lampu isyarat utama di bandar besar mempunyai sistem kiraan sebelum bertukar dari lampu merah ke lampu hijau... itulah inovasi yang kita boleh fikirkan bagaimana kita hanya membuang masa melihat angka-angka semikin mengecil sebelum memecut semula. Dalam tempoh itu apa lagi yang boleh dibuat selain melihat sahaja angka-angka itu berubah... memerhati orang sekeliling yang semacam kita juga... dengan 1001 urusan masaing-masing.
Apabila orang di hadapan lambat maka maki hamun akan terpancul di benak atau lebih teruk di mulut masing-masing. Hendak menelefon mungkin tak berapa sempat atau hanya menghantar sms mungkin... Apabila lampu hijau kita terus berlalu tanpa berfikir kita membuang masa berapa lama jika dikira sepanjang hayat menunggu lampu bertukar hijau di 'traffic light' ...itu pun kalau kita bukan pemandu bas atau membawa lori tangki minyak... kalau tak berapa lama lagilah kita hanya mengira angka-angka berwarna merah...
Isnin, Disember 29, 2008
DAAT@1430
(Bicara jiwa di Tahun Baru 1430 Hijrah)
Salam Maal Hijrah, tahun baru yang lebih tepat jika hendak mengira bilakah umur baligh seorang remaja lelaki... biarlah dalam media diperdebatkan perbandingan tahun baru Hijrah dan tahun baru Masehi... kita sendiri yang menciptanya... kita sendiri yang mengalaminya... itu hanyalah angka-angka yang akan terus berubah sehingga dunia in ini ditamatkan hayatnya oleh yang empunya segala hak... Allah rabbul jalil.
Aku terus disini memikirkan tentang diri... perlukah berazam lagi tahun baru ini..? aku tak pernah berazam di tahun baru sebenarnya... berazam bila-bila pun boleh hehehe... Pencapaian tahun ini amat cemerlang... aku dinaikkan pangkat.. dapat anak lelaki sulung di samping kakak yang sudah pandai berdikari... disisiku isteri tercinta untuk berkongsi apa saja... cuma ayahku agak uzur dan amat uzur sebenarnya... dan keluarga yang besar dikampung yang sentiasa dihubungi.
Aku telah berhijrah lebih awal nun di sini jauh di utara... tiada keluarga terdekat, kawan-kawan sekepala, dan tiada kroni!!!. Membina hidup baru... meninggalkan kehijauan sawit dan diganti kehijauan bendang... tapi ohhh!!! aku tak boleh melupakan laut... laut jiwaku dan di sini ada Langkawi dan Sayak menggantikan Pangkor dan Mentagor... Kampung masih tersimpan di jiwaku... tapi aku membina desa baru di sini... bersama keluarga angkat yang telah macam keluarga sendiri... ukuran macam keluarga sendiri? Mudah saja... bila kita mengangkat tudung saji dan jamah saja tanpa malu dan segan hahaha... dan mindaku di sini memikirkan sesuatu di tahun baru ini.... cukupkah amalan jika ditarik umur yang ada.... itu lebih penting dari berazam....
Salam Maal Hijrah, tahun baru yang lebih tepat jika hendak mengira bilakah umur baligh seorang remaja lelaki... biarlah dalam media diperdebatkan perbandingan tahun baru Hijrah dan tahun baru Masehi... kita sendiri yang menciptanya... kita sendiri yang mengalaminya... itu hanyalah angka-angka yang akan terus berubah sehingga dunia in ini ditamatkan hayatnya oleh yang empunya segala hak... Allah rabbul jalil.
Aku terus disini memikirkan tentang diri... perlukah berazam lagi tahun baru ini..? aku tak pernah berazam di tahun baru sebenarnya... berazam bila-bila pun boleh hehehe... Pencapaian tahun ini amat cemerlang... aku dinaikkan pangkat.. dapat anak lelaki sulung di samping kakak yang sudah pandai berdikari... disisiku isteri tercinta untuk berkongsi apa saja... cuma ayahku agak uzur dan amat uzur sebenarnya... dan keluarga yang besar dikampung yang sentiasa dihubungi.
Aku telah berhijrah lebih awal nun di sini jauh di utara... tiada keluarga terdekat, kawan-kawan sekepala, dan tiada kroni!!!. Membina hidup baru... meninggalkan kehijauan sawit dan diganti kehijauan bendang... tapi ohhh!!! aku tak boleh melupakan laut... laut jiwaku dan di sini ada Langkawi dan Sayak menggantikan Pangkor dan Mentagor... Kampung masih tersimpan di jiwaku... tapi aku membina desa baru di sini... bersama keluarga angkat yang telah macam keluarga sendiri... ukuran macam keluarga sendiri? Mudah saja... bila kita mengangkat tudung saji dan jamah saja tanpa malu dan segan hahaha... dan mindaku di sini memikirkan sesuatu di tahun baru ini.... cukupkah amalan jika ditarik umur yang ada.... itu lebih penting dari berazam....
Rabu, Disember 17, 2008
DAAT@Hijrah
Ramai kengkawan yang bertanya tentang blog ini, senyap sunyi dan tiada khabar berita... mungkin benar... semenjak meninggalkan 'kehidupan' yang streotaip aku sengaja meninggalkan kelaziman dam cuba membina 'kehidupan' aku yang baru bersama keluarga... dan rakan-rakan yang baru dikenali. Aku sebenarnya taklah bertujuan nak meninggalkan semua yang telah dibina bersama rakan-rakan seperjuangan dan orang-orang kuat yang sudah lama bersama aku... sebenarnya mereka dulu yang telah meninggalkan aku... itupun atas dorongan aku sendiri buat mereka... ada yang di Jeb Bi.. Key Ell... dan ada juga yang nun jauh di hulu hutan yang orang lain tak boleh tembus kerana orang kuat ku ituu telah pun berkhidmat dengan jayanya dengan pasukan keselamatan... moga mereka semua sukses... kadang-kadang bercerita tentang mereka membuatka isteriku cemburu.... aku rasa ribuan ringgit abis aku taburkan buat mereka yang ketika itu masih menggangur belum ada kerja... kenangan itu sukar dilupakan bagi aku... itulah kebahgiaan kerana dapat membentuk mereka menjadi 'manusia'... emmm kini semuanya sudah ada anak dan berkeluarga sendiri.... Namun setelah semuanya aku rasakan macam dulu-dulu tiada perubahan aku tinggalkan semuanya... nie jauh di utara... negeri jelapang padi aman damai dan aku membina hobi baru disini... memancing puyu di bendang... dan ohhh... lapangnya jiwa melihat kehijauan ini... tapi nun jauh di hati aku masih menanti orang-orang kuat aku kembali bersama...
Khamis, November 20, 2008
DAAT @ Diam
Mendiamkan diri tidak bermakna kerja tak jalan... aku selalu menyangka begitu.. walaupun kerja kita seorang jurucakap... macam selesman, motivator atau penjual tiket bas... kerana banyak cakap memang seringkali kita akan terbabas teranyam ketupat dan sudah semestinya gosip-gosip panas yang tak berapa betul dan akhirnya hanya menambah dosa ajerrr... tapi kadangkala diam selalu menyebabkan orang kata kita sombong atau lebih tepat bodoh sombong!!! betul kah begitu... bagi aku semenjak menjangkau 30an ini diam lebih baik... hingga aku selalu bercita-cita menjadi seorang pendiam... pelikkan...!!! tapi itulah kenyataannya...
Banyak cakap merisikokan kita berkata perkara yang banyak tak betul... menambah dosa, mengurangkan pahala... dan akhirnya ke neraka... nauzubillah. dulu aku memilih perkataan mula-mula yang akan diucapkan setiap pagi.... doa bangun tidur mungkin.. senyum dan mengucapkan salam pada isteri dan anak-anak... tapi kadangkala dalm dunia realiti ia jadi sebaliknya... bangun pagi terlewat, kalut mandi dan akhirnya menempik mencari baju dan seluar nak pakai ke tempat kerja... kesannya pagi yang damai ituuuu jadi kelam-kabut dan anak yang tak berdosa pun menangis... dan isteri menta tak tentu pasal... emmm salah kita memilih perkataan yang mula nak diucapkan pagi tersebut.
Tapi isteri aku selalu cakap kalau kita tak cakap apa-apa kita faham sendiri ajerr... orang lain tak tahu apa-apa!!! akhirnya salah faham akan berlaku. Bergaduh lagi... Akhirnya pejabat agama akan kalut kerana ramai yang datang menuntut cerai kerana tiada sefahaman.... dan mahkamah akan menetukan segalanya... terpaksa juga bercakap luar kain hingga ke dalam kain... Abis kita nak pilih yang mana...? banyak cakap atau pendiam...? Akhirnya aku memilih menjadi pendiam kerana dalam dunia realiti kini penyampaian tak semestinya dengan lisan sahaja... body languange mungkin, menulis blog... atau mengenyit mata sajer... yang penting... Kurangkan bercakap buat sajer kerja...!
Khamis, Oktober 09, 2008
DAAT @ Adab1 Syawal
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.
2) Menjamah makanan sebelum keluar dari rumah.
3) Memperbanyakkan Takbir.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.
5) Memakai pakaian terbaik yang ada; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)
7) Berziarah dan merapatkan silaturahimi sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.
2) Menjamah makanan sebelum keluar dari rumah.
3) Memperbanyakkan Takbir.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.
5) Memakai pakaian terbaik yang ada; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)
7) Berziarah dan merapatkan silaturahimi sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.
DAAT @ Khutbah Aidil Fitri
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، مَا تَعَاقَبَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ،
اللهُ أَكْبَرُ، مَا خَلَقَ مِنَ الشُّمُوْسِ وَاْلأَقْمَارِ،
اللهُ أَكْبَرُ، مَا خَفِيَتْ مِنَ اْلأَشْيَاءِ وَمَا ظَهَرَتْ بِاْلأَبْصَارِ،
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ.
اَلْحَمْدُ للهِ الْوَاحِدِ اْلقَهَّارِ، اَلْمَنَّانُ عَلَى عِبَادِهِ اْلمُخْلِصِيْنَ اْلأَبْرَارِ، أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ اْلعَزِيْزُ اْلغَفَّارُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَناَ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اْلمُخْتَارُ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ اْلأَخْيَار.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ، وَمَنْ يَتَّقِ اللهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا، وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبْ.
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ
MUSLIMIN-MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN
HARI INI ADALAH HARI AIDIL FITRI, HARI KEMENANGAN, HARI KESERONOKAN, HARI UNTUK MENGUMANDANGKAN TAKBIR, MENGAGUNG DAN MEMBESARKAN NAMA ALLAH. ISLAM TELAH MENENTUKAN KEHIDUPAN KITA INI SENTIASA DALAM SUASANA TAKBIR IAITU MEMBESARKAN ALLAH AZZAWAJALLA. PADA HARI AIDIL FITRI SEPERTI SAAT INI, KITA DIANJURKAN UNTUK MENGUMANDANGKAN TAKBIR:
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ
ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BESAR, TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN ALLAH ALLAH YANG MAHA BESAR, ALLAH YANG MAHA BESAR BAGI ALLAH SEGALA KEPUJIAN.
HARI INI KITA TIDAK LAGI BERPUASA DAN KITA BERGEMBIRA SEPERTI KEGEMBIRAAN ORANG YANG SEDANG BERBUKA PUASA. SETERUSNYA KITA SEDANG MENUNGGU SAAT KEGEMBIRAAN YANG LEBIH BESAR LAGI IAITU SAAT BERSUA DENGAN ALLAH, SEPERTI YANG DIGAMBARKAN OLEH RASULULLAH SAW MELALUI SABDANYA:
﴿ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا اِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفَطْرِهِ وَاِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ ﴾
MAKSUDNYA: “BAGI ORANG YANG BERPUASA ITU ADA DUA KEGEMBIRAAN YANG MENGEMBIRAKAN, IAITU KETIKA BERBUKA PUASA IA BERGEMBIRA DENGAN MAKANANNYA DAN DI SAAT BERJUMPA TUHANNYA, DIA BERGEMBIRA DENGAN PUASANYA”.
RAMADHAN AL-MUBARAK TELAH BERLALU, BEGITU JUGA BULAN-BULAN YANG LAIN. TAHUN BERLALU DAN BERGANTI TAHUN BERIKUTNYA, HINGGA MENGIKIS SISA-SISA UMUR KITA. KITA BERGEMBIRA DENGAN BERAKHIRNYA RAMADHAN DAN BERMULANYA SYAWAL, TANPA MENYEDARI BAHAWA BULAN INI SEUMPAMA LEMBARAN HIDUP KITA YANG DILIPAT SATU DEMI SATU SEHINGGA HABIS LIPATAN TERSEBUT. KETIKA ITU BARULAH KITA SEDAR BAHAWA TEMPOH HIDUP KITA DI DUNIA INI SUDAH TAMAT. DALAM HAL INILAH HASAN AL-BASRI PERNAH BERKATA:
“WAHAI ANAK ADAM, SESUNGGUHNYA ENGKAU ADALAH KUMPULAN HARI-HARI. SETIAP KALI SATU HARI BERAKHIR, MAKA SATU BAHAGIAN DARI HIDUPMU/UMURMU JUGA TURUT LENYAP.”
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ
MUSLIMIN, MUSLIMAT RAHIMAKUMULLAH
MENYINSINGNYA FAJAR SYAWAL PADA PAGI INI TELAH MENGGAMIT KITA SEKELIAN MEMULAKAN AGENDA AIDIL FITRI DENGAN BERKUMPUL UNTUK BERSAMA-SAMA BERTAKBIR, BERTASBIH, BERTAHMID, MENGERJAKAN SOLAT SUNAT AIDIL FITRI, MENDENGAR DUA KHUTBAH SERTA DAPAT BERSILATURRAHIM SESAMA KITA UMAT RASULULLAH S.A.W. BEGINILAH CARANYA KITA DISURUH UNTUK MELAHIR DAN MENJURUSKAN RASA SYUKUR DAN KEGEMBIRAAN KITA MENGIKUT KERANGKA DAN PANDUAN ILAHI.
DALAM SUASANA KEGEMBIRAAN INI JANGANLAH SEKALI-KALI IANYA MELUPAKAN KITA UNTUK TURUT MERASAI KEPERITAN, KEPAHITAN, KESUSAHAN, KESEKSAAN YANG SEDANG DIALAMI OLEH SAUDARA SEAQIDAH KITA DI MANA SAHAJA DI BUMI ALLAH INI. SAUDARA-SAUDARA KITA YANG SEDANG MENGHADAPI TEKANAN, PENINDASAN SERTA PEMBUNUHAN DARI MUSUH-MUSUH ALLAH DAN MUSUH-MUSUH UMAT ISLAM. AGENDA MUSUH-MUSUH ISLAM INI SAMA ADA BERNAMA NASORO MAHUPUN YAHUDI ADALAH DISEBABKAN KITA BERIMAN DAN MENTAUHIDKAN ALLAH RABBUL JALIL SEMATA-MATA. PERKARA INI TELAH DISEBUT OLEH ALLAH SWT DALAM SURAH AL-BURUJ AYAT 8
MAKSUDNYA: ”DAN MEREKA TIDAK MARAH DAN MENYEKSA ORANG-ORANG YANG BERIMAN ITU MELAINKAN KERANA ORANG-ORANG ITU BERIMAN KEPADA ALLAH YANG MAHA KUASA LAGI MAHA TERPUJI”.
MARILAH KITA MENYEMARAKKAN SEMULA SEMANGAT JIHAD YANG SUDAH MULA MALAP. KITA SOROTI SEMANGAT BADAR AL-KUBRA. KITA CANANGKAN SUNTIKAN RAMADHAN YANG MERUPAKAN BULAN JIHAD AGAR DENGAN ITU MUSUH KITA AKAN BERFIKIR BERATUS KALI SEBELUM MEMBUAT APA-APA TINDAKAN KE ATAS UMAT ISLAM.
BAGI KITA YANG DIBERIKAN KESEMPATAN UNTUK MELALUI RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SYAWAL YANG PENUH KEBERKATAN INI, MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMPERBANYAKKAN BEKALAN DENGAN MENJADIKAN DETIK-DETIK KEHIDUPAN KITA SELANJUTNYA DIWARNAI OLEH AMAL-AMAL SOLEH SEBAGAI KESINAMBUNGAN DARI AMALAN SEPANJANG RAMADHAN YANG BARU BERLALU. MOGA-MOGA IANYA DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T SEBAGAI AMALAN YANG DIREDHAINYA.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
﴿ وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَآ إِلَى اللهِ وَعَمِلَ صَـلِحًا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ الْمُسْلِمِينَ ﴾
MAKSUDNYA: ”DAN TIDAK ADA YANG LEBIH BAIK PERKATAANNYA DARIPADA ORANG YANG MENYERU KEPADA (MENGESAKAN DAN MEMATUHI PERINTAH) ALLAH, SERTA IA SENDIRI MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH, SAMBIL BERKATA: "SESUNGGUHNYA AKU ADALAH DARI ORANG-ORANG ISLAM (YANG BERSERAH BULAT-BULAT KEPADA ALLAH)".
بَارَكَ اللهُ لِى وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ. وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ، إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا وَأَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.
DAAT @ Jamuan Raya
Kita masih di bulan syawal dan bermakna masih di bulan raya. Bermaafan dan kunjung-mengunjung dan sudah pasti jemputan ke rumah terbuka masih banyak undangan. Kadangkala tak terpergi kerana terlalu banyak dan kita boleh memilih mana yang hendak pergi. Mungkin ke rumah kawan rapat, sedara mara atau rakan tempat kerja. Dan kita akan dihidangkan dengan aneka jamuan yang berkonsepkan hari raya, lemang, nasi himpit, sate, aneka jenis mee dan kueh mueh.
Ada yang mengadakannya di rumah sendiri, hotel, dewan serbaguna atau lain-lain premis. Kita pun pergi dengan keluarga, kawan-kawan dan sedara mara. Berjumpa tuan rumah dan bersalaman, ...anak-anak dan adik-adik kecil gembira dapat duit raya lagi. Yang bekeluarga melayan sibongsu yang 'buas' berlari ke hulu ke hilir, dan yang bujang tersenyum kambing melihat gadis ayu yang masih cantik berbaju raya yang entah ke berapa pasang... dan kita pun makan, ketawa, makan, tambah air, dan makan lagi... lalu pulang ke rumah... dan esok masih ada jamuan di rumah terbuka si YB yang nak bertanding lagi dengarnya dalam pemilihan akan datang atau ke rumah bos yang baru renuvation ... dan dah tentu kena pergi !!!.
Kita pun berbincang dengan isteri, ibu bapa atau yang bujang dengan kawan-kawan hendak buat juga jamuan rumah terbuka cuti hujung minggu ini... menu dirancang... agak sederhana tapi meriah kerana budget dah semakin ciput... tempah canopy, susun kerusi meja dan hidangan pun siap. Kawan-kawan telefon dah nak sampai mintak siapkan kerusi VIP hahahaha... semua ketawa panjang, Pak Teh, Pak Ngah, Mak Usu dan kaum kerabat pun datang ada yang tersesat jalan, ada yang terus ke dapur, dan ada yang terus nak makan.. kita pun kalut melayan dan anak buah mintak duit raya lagi!!!
Selesai semuanya lalu semua pun pulang... dan kita pun gembira... dan tahun depan tahun depan mungkin buat lagi jamuan raya.... on TV... emmm letupan bommm 13 maut dan 36 parah dalam siri letupan bom di ohhh... berita luar negara... dan kita pun terlena kerana letih melayan dan pinggan mangkuk pun tak habis cuci lagi... dan tv terus ter 'On' dengan siri letupan yang lain pula...
Selasa, September 09, 2008
DAAT @ Berpuasa
Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.
Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."
(Rujuk: Al-Targhib II:206)
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
Langgan:
Catatan (Atom)