Jumaat, April 30, 2010

DAAT@1 Mei

Esok adalah cuti Hari Pekerja bagi seluruh warga pekerja di negara kita ini... bagi kami di utara dan sebelah pantai Timur terutama Kelantan dan Terengganu suasana cuti sudah bermula pada hari ini kerana hari ini juga adalah cuti umum. Aku pun sebenarnya tak berapa pasti cuti ini untuk apa sebenarnya. Adakah hanya untuk melepak di rumah atau membolehkan para majikan meraikan pekerjanya atau hanya cuti-cuti yang akan turus dibazirkan oleh warga kita sepanjang hidup... Bagi aku cuti tersebut hanyalah untuk berehat dari pergi ke pejabat tetapi tak bermakna boleh cuti dengan tidur di rumah. Semenjak bertugas di organisasi ini, hujung minggu hanyalah ilusi semata-mata kerana pada ketika itulah kami akan 'mula bertugas sebenarnya'. Hanya bagi kami sahaja yang memahami situasi ini. Esok aku akan bertugas menjalankan promosi 'Kayuhan Jelapang Padi. Isteri dan anak-anak aku sudah memahaminya... tetapi aku akan menyelitkan perjalanan aku dengan berkelah untuk menceraiakan anak-anak dan bershopping untuk menceriakan isteriku... sambil menyelam sambil minum air!!!. Selamat Hari Pekerja semua...

Selasa, April 27, 2010

DAAT@Befday

Umur hanyalah angka-angka yang akan terus bergerak selagi kita bernyawa. Mungkin ada yang akan menyambutnya dengan pelbagai sambutan... majlis-majlis harijadi sinonim dengan pencandu-pencandu yang teruja dengan sambutan sebegini... ada juga yang akan dikenakan oleh pasangan, ahli keluarga atau sahabat-handai... selalunya balingan telur dan tepung gandum menjadi acara sambutan yang agak meriah. Namun bagi aku... esok adalah ulangtahun keseterusnya... masih seperti tahun-tahun terdahulu, aku akan menyambutnya dengan menghadapi peperiksaan lagi... masih ada dua paper yang belum diselesaikan... aku berazam menangguhkan sambutan selagi belum berjaya menamatkan pelajaran... tapi keluarga perlu diraikan jugak... anak-anak yang seronok... itulah hadiah yang sangat istimewa bagi aku membesarkan anak-anak di depan mata...
Kerja juga semakin sibuk... tapi oleh kerana aku sering cuti waktu ambil periksa mungkin prestasi agak kurang cemerlang sedikit tetapi tidaklah di bawah aras negatif... masih berada di landasan sebenar... minggu hadapan mungkin semuanya akan kembali seperti biasa... tambahan pula aku mempunyai aktiviti-aktiviti sendiri sempena Hari Belia tahun ini, Program Pemimpin Belia Berkaliber 8 siri, Kayuhan Jelapang Padi dan uhhh banyak lagi.
Bagi aku selagi masih bernyawa tidak ada apa yang terlewat... cubalah sesuatu yang baru anda pasti menikmatinya... Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran... (bagi yang sama tarikhnya dengan aku)...

Selasa, April 06, 2010

DAAT @ Kursus

Aku baru balik kursus lagi... kali nie agak kurang lama bagi aku, bagi yang jarang berkursus mungkin senak perut mendengarnya... tapi bagi aku yang 'kaki pergi kursus' apalah sangat kursus dua minggu jika dibandingkan dengan dua bulan dulu... kursus paling lama yang pernah aku hadiri... mungkin orang lain ada pengalaman yang lebih lama lagi... setahu aku kawan aku dulu dalam tentera pernah kursus senjata berat 3 bulan... pegawai2 PTD kursus 6 bulan... nak naik ke JUSA pun kursus... lama jugak...
Apa kelebihan orang 'kaki kursus'?. Bagi aku macam-macam... kelebihan utama isteri dan anak-anak dah biasa... macam pergi kerja pagi balik petang sajer... Kak Long anak aku yang sulung hanya akan berkata 'Apalah babah nie keje pejabat tak balik-balik rumah..." huhuhu... sedihnya... tapi dia jugak dah biasa... Adik... anak lelaki aku pun dah biasa... paling-paling pun dia memeluk aku sekejap selepas itu semuanya akan kembali normal?. Umi mereka @ isteri aku? Pun dah biasa... cuma bekalan kena cukup... segala-galanya... hahahhaa... selepas balik jangan lupa bawak balik ole-ole... walaupun barangan paling cokia... aku pernah beli barang kedai runcit dekat simpang nak masuk ke rumah ajer selepas balik dari kursus... itu tak penting... yang penting ingatan... walaupun ingatan hanya selepas nampak bumbung rumah... tapi balasannya hujung minggu jangan kedekut nak labur apa-apa yang patut... bawaklah ke pasaraya... tak beli pun tak apa janji dapat tengok, belek-belek dan sengeh-sengeh... kalau kita terus bayar... itu lagi baik!
Ilmu ketika berkursus? Sememangnya amat banyak... semasa mendengar ceramah, latihan dalam kumpulan, ice breaking, pembentangan kumpulan, pengucapan awam, borak-borak kosong ketika makan minum dan banyak lagi... tetapi bila yer nak guna ilmu yang banyak tu?
Emmm... mungkin diperlukan ilmu itu akan keluar... walaupun di dengar lain yang dipraktik lain itu bukan menjadi soalnya...
Jadi selamat berkursus bagi yang sedang berkursus... yang takut-takut nak kursus ikut macam saya... layan ajer...