Khamis, April 17, 2008

DAAT De ORIENTEERING

Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.
Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkangabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.
Jenis-jenis orienteering

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering
Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O
yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :-

􀂉 Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
􀂉 Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
􀂉 Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
􀂉 Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
􀂉 Orienteering Malam (Night Orienteering)
􀂉 Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
􀂉 Norwegian Event

TERMINOLOGI DAN ALATAN

􀂉 Titik kawalan (Control point)
• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh
peserta.
• Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.

􀂉 Penanda kawalan (Control marker)
• Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai
tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
• Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod
Kawalan.

􀂉 Kad kawalan (Control card)
• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara
sebagai bahan bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan
tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan
masa penamat.

􀂉 Peta utama (Master map)
• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan
kawalan.
• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.

􀂉 Keterangan kawalan (Control description)
• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan
berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan
keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam
bentuk kod/gambarajah.

􀂉 Landasan (Course)
• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke
titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta
utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
• Tanda yang berkenaan landasan adalah :-
- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
- Titik kawalan dengan tanda bulatan.
- Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
- ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.

􀂉 Kompas (Compass)
• Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
• Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.

Khamis, April 10, 2008

DAAT De BULETIN

Ketika entry ini dicatat kepimpinan kerajaan di semua negeri hampir selesai dengan perlantikkan exco. Kini masanya untuk bekerja dan memenuhi harapan rakyat yang memilih mereka. Kini bukan lagi masa untuk mengukuhkan kedudukan politik sehingga mengkambing hitamkan orang lain. Kini rakyat telah memilih dan pilihan itu harus dipatuhi dengan memberikan hasil kerja yang terbaik.
Bagi DAAT perubahan nampaknya juga melanda dengan agak drastik dan sesuatu yang pasti bilik gerakan kini pasti beralih tangan. Mr Koordinator yang agak lama mengatur srategi akhirnya mendapatkan kepakaran secara langsung dari MR CEO yang mula menjalankan tugas di daerah yang sama dengan agen-agen yang lain. GI Lan yang bersara dari tugas lamanya di bandar Diraja akan kembali ke daerah ini dan menumpukan sepenuhnya tugas sebagai GI DAAT yang berkepakaran di dunia rekreasi darat dan air. Mr Nizam yang secara solo bergerak sebagai GI rasmi DAAT yang 100% bergerak bersama Mr Koordinator pasti dapat rakan tugas lama ketika perang dunia pertama lagi. GI Zahari yang sentiasa sibuk dengan projek pertanian dan penternakkannya kini beralih arah ke penternakkan ikan keli di dalam kanvas yang menarik minat pengurusan DAAT untuk melabur, massyukkk... Agen Chor pula telah menerobos ke Institut Pengajian Tinggi Awam yang agak terkenal dan ketika ini rundingan sulit bawah tanah berjalan lancar dengan dipantau oleh Mr Koordinator. Mr Penasihat IT Mr Fahmi pula telah mendapat perkhabaran yang menggembirakan apabila dipilih sebagai salah seorang pekerja cemerlang di organisasi tempat beliau bertugas, beliau yang kini dalam latihan untuk mengfitkan fizikal dan mental untuk pemilihan ke Kalapatar iaitu Base camp Gunung Everest mungkin tersenyum lebar dan mungkin akan menopentable untuk semua agen-agen DAAT. Mr Penasihat Kewangan yang kini kembali kukuh telah menunjukkan strategi beliau bagi mendapatkan dana yang diperlukan, kini projek DAAT tidak akan mengalami masalah kewangan lagi apabila beliau dengan kacangnya telah membeli hampir semua kepentingan saham dan ekuiti di organisasi tempat beliau bertugas.
Namun di dalam perubahan semasa itu juga nampaknya perubahan yang paling drastik berlaku juga kepada Mr Koordinator yang akan memasuki Unit Komando Elit di organisasi beliau bertugas dan akan melapor pula di unit lain dan kemungkinan besar bertukar negeri. Apa perancangan selepas ini tidak dapat diputuskan lagi dan mungkin DAAT dibubarkan....? Hanya masa yang menentukan....

Selasa, April 08, 2008

DAAT De CINTA


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.


Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.


Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.


Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.


Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.


Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.



Adakah kisah cinta kita juga seperti itu..? (gambar hiasan)

Isnin, April 07, 2008

DAAT De KEPIMPINAN

Ramai orang berangan-angan ingin menjadi pemimpin. Mereka membayangkan apabila mereka menjadi pemimpin mereka dapat memimpin ramai orang lain. Mereka juga membayangkan mereka akan menjadi orang yang dihormati, disanjung dan dikagumi oleh ramai orang. Tidak kurang juga yang membayangkan dengan menjadi pemimpin mereka berpeluang menikmati kehidupan yang mewah daripada segi kebendaan.
Walaupun ramai orang yang ingin menjadi pemimpin, tetapi jumlah mereka yang berjaya menjadi pemimpin yang berkesan adalah sangat kecil. Kenyataan ini mendorong kita tertanya-tanya apakah faktor-faktor yang menyebabkan hanya segelintir orang sahaja yang berjaya menjadi pemimpin yang berkesan manakala kebanyakan orang gagal menjadi pemimpin yang berkesan.
Lazimnya orang mengatakan para pemimpin adalah mereka yang bergiat di dalam aktiviti politik. Memang ramai ahli politik yang mempunyai ciri-ciri pemimpin tetapi ramai juga orang-orang yang tidak bergiat di dalam bidang politik yang juga mempunyai bakat pemimpin sebagai contoh ramai tokoh usahawan dan tokoh-tokoh korporat yang mempunyai bakat-bakat kepimpinan yang amat tinggi. Malah bakat kepimpinan juga boleh didapati di kalangan ahli-ahli sukan.
Banyak kajian telah dijalankan oleh pakar-pakar psikologi untuk mengenal dengan pasti ciri-ciri yang dimiliki oleh mereka yang menjadi pemimpin-pemimpin yang berkesan. Kajian-kajian terbaru mendapati ada bukti-bukti yang menunjukkan terdapat aspek-aspek yang berbeza antara ciri-ciri pemimpin dan mereka yang dipimpin. Perbezaan-perbezaan itu juga boleh diukur. Para pengkaji menyimpulkan bahawa ciri-ciri peribadi tertentu bersama-sama dengan faktor-faktor lain mempengaruhi keber-kesanan seseorang pemimpin, terutama di dalam dunia perniagaan. Jadi lihat dalam diri kita terlebih dahulu pemimpinkah kita ini?

Khamis, April 03, 2008

DAAT De PERDANA LEADERSHIP FOUNDATION

Perdana Leadership Foundation was set up in 2003 with the aim of preserving, developing and disseminating materials by and on Malaysia’s past Prime Ministers. Believing that past leadership can yield valuable insights for future development, the Foundation’s objective is to increase awareness and appreciation of Malaysia’s rich intellectual heritage.Objectives of Perdana Leadership Foundation are:

To research, document, disseminate and publicise the intellectual legacies of Malaysia’s past prime ministers.

To elucidate and illuminate the contribution of Malaysia’s past Prime Ministers in the social, economic and political development of the nation.

To create awareness of the development process of the nation and serve as a platform for future development.

To be a resource centre of policies, strategies and initiatives that were adopted under Malaysia’s various prime ministers which may be used and adapted as models for the development of other nations.

The Foundation’s broader objective is to promote global understanding by providing a channel for scholars and thinkers to undertake research and idea-sharing for lasting, peaceful resolutions.The Foundation operates a physical and electronic library, the Perdana Library which provides direct access to a wealth of information on Malaysia’s past Prime Ministers. The library collects, organizes preserves and disseminates materials by and about Malaysia’s national leaders and events connected to them, and outlines the policies, strategies and initiatives they adopted. In line with the Foundation’s objective of disseminating information on Malaysian leadership, these materials are digitised and are made available to the public through the website.

Rabu, April 02, 2008

DAAT De HANTU?








Misteri... DAAT mendapat projek menguruskan Malam Mesra Hantu... benar !!! bukan citer tipu atau lawak bodoh kebenarannnya anda saksikan sendiri aksi-aksi yang sempat diambil menggunakan teknologi 6G iaitu teknologi terkini untuk mengambil gambar-gambar hantu... Walaupun agak terkebelakang dalam arus dunia realiti hantu-hantu juga sering mengadakan program belia seumpama ini rupanya, jadi kepada manusia biasa yang malas nak join mana-mana aktiviti luar rupanya lebih teruk dari hantu-hantu.... Jadi apa lagi jangan buang masa sertai sekarang mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh banyak agensi kerajaan, pihak sekolah, pihak swasta atau persatuan-persatuan belia !!!

Selasa, April 01, 2008

DAAT De AF6

Akademi Fantasia Musim 6 adalah suatu rancangan realiti televisyen yang diadakan pada tahun 2008 Berbeza dengan tahun-tahun sudah, kali ini Akademi Fantasia terbuka kepada warganegara Malaysia 18 – 45 tahun berbeza dengan dahulu yang terbuka kepada peserta yang belum berkahwin berumur 18 – 29. Ujibakat telah diadakan di 5 buah bandar utama di seluruh Malaysia dan juri-juri memilih 25 daripada mereka yang paling terserlah dan sesuai untuk diambil sebagai calon pelajar Akademi Fantasia. Kemudian, terdapat satu kursus bina diri yang dianjurkan untuk mendidik dan menonjolkan disiplin calon sebelum pemilihan 14 orang daripada mereka untuk diserap sebagai pelajar Akademi Fantasia musim ke-6. Seperti tahun sebelum ini, Akademi Fantasia diadakan pada bulan Mac hingga Mei berbanding Mei hingga Ogos pada awal-awal penerbitan rancangan hiburan realiti ini.