Rabu, Disember 27, 2006

HIJRAH ITU FITRAH

"hijrah itu fitrah
dari alam roh ke rahim seorang ibu
hijrah itu fitrah
dari teriakan seorang ibu
ke alam yang fana ini
hijrah itu fitrah
dari dunia yang sementara
ke taman barzakh menuju hakiki

begitulah kehidupan
hijrah adalah fitrah...
akhir tahun ini kita berhijrah lagi
dunia yang bertambah
untuk sebuah kehidupan yang semakin sempit
mungkin kita berhijrah lagi...?
dari nafas yang percuma
ke alam yang lebih hakiki...

namun ditakdirkan kita berhijrah
katakan hijrah itu fitrah..."

nukilan rasa : ilmar inas

Selasa, Disember 26, 2006

OPS... CIKGU SYARIFAH

Orangnya taklah secantik mana pun, tapi suaranya memang menggetarkan... bak buluh perindu, macam Siti Nurhaliza atau segemersik tiupan seruling Mohram, tak hairanlah dia dijemput sebagai Juruacara pada Program Merakyatkan Seni di Hutan Rekreasi Kuala Woh hujung minggu lepas. Suara lantangnya kadangkala memecahkan kesunyian hutan yang disulam desiran angin dan deruan air terjun.
Ejen-ejen pengurusan kanan DAAT Mr Budi dan Ejen Rem yang sedang berpanas dan berpeluh melaksana sukaneka alias sukan tradisional untuk program tersebut. Ejen Chor hanya sempat datang pada hari sabtu sahaja kerana telah terpaksa bertugas di Tasik Raban sebagai jurulatih kayak. Ejen Lan juga tak sempat dijemput kerana masa yang semakin menekan... akhirnya ejen Rem terpaksa meminta bantuan ejen 007 yang sudah lama terlatih tetapi belum begitu digilap, mungkin kerana dia orang merantau... Ady namanya. Kini bertugas di Rawang ... bandar Country Homes... kebetulan dia balik kampung minggu tersebut... cuti yang panjang.
Mr Budi pula telah membawa seorang cicak man yang dah lama mengendeng untuk menyertai DAAT, tapi pengurusan kanan DAAT menolaknya kerana masih bawah umur sangat, tapi pepatah mengatakan kalau tak dapat gading bertuah, tanduk di hutan pun jadilah..., akhirnya dengan confidentnya beberapa acara telah dirancang pada minggu tersebut.
Acara paling glamour haritu pastinya Pertandingan Tarik Tali... antara lapan pasukan dan finalnya Jabatan Hutan 'B' menjadi Johan dengan mengalahkan Jabatan Hutan 'A'. Pasukan Wah Pos dari perkampungan orang asli Kuala Woh telah mendapat tempat ketiga.
Pernah dengar pertandingan tenteng lawi... Cikgu Syarifah dan group dari PEWARIS Negeri Perak yang menguruskannya sekali dengan acara galah panjang. Acara paling top juga hari itu ialah Boling kelapa... Ady yang uruskan kelapa ... katanya kelapa tua 10 biji siap buang sabut. Wakaka... Ejen Chor pecah perut haritu!
Untuk wanita acara khas ialah mengisi air dalam botol... dan Cik Nurul kebetulan berkhelah bersama keluarga pada hari tu telah menang.
Jam 5.00 petang, 24 Disember... Cikgu Syarifah lagi jeng!jeng!jeng!... Amuk!amuk!. Keturunan Panglima rupanya dia. Apa kisahnya...? Tunggu.....

Selasa, Disember 19, 2006

NGABISKAN CUTI TAHUN

Catatan Ejen Rem : Satu Perjalanan Abadi...
14.12.2006
Masa sibuk-sibuk kat pejabat teringat pulak cuti ganti sukan vateran aritu yang tak ambil lagi apa lagi beduk 2 hari jumaat n isnin. Adik pulak datang rumah dari Sabah baru lepas SPM. Sampai jer dengan bas senja khamis tu terus bawak dia pi makan di D Polo Restoran.. ada lagilah warga Ipoh yang tengah berjogging, Ejen Chor pulak melaporkan beliau nak ke Perlis isnin nie kerana bincang modul rekreasi.. maklumlah orang kuat persatuan.
16.12.2006
Sabtu pagi ejen selepas megepos adik iparke Pengkalan Hulu... rumah mak sedara (anaknya akad nikah pagi isnin dengan orang Perlis). Langkahan diteruskan ke Pantai Remis... sampai2 mak mertua ajak makan kenduri... petang pulak balik ke sungai wangi sebab road tax mati esok.
Petang tu jumpa ejen Lan yang sedang mengexjes projek di Archery Camp. Beliau sedang 'mengdeal' dengan Perbadanan Perpustakaan Negeri Perak untuk satu program khas seperti PLKN jugak tapi objektifnya untuk menggalakkan belia / remaja minat membaca. Ejen Lan kata selepas program PJKN aritu ejen Zahari dan ejen Nizam diam membisu mungkin sedang mencari projek jugak. Cadang nak ajak Mr Budi bincang sama kebetulan beliau ada di Kampung Selabak Teluk Intan kerana merasmikan majlis penutup Program Desa Wawasan IPTA. Last beliau terpaksa lari balik ke Giant Ipoh kerana pekerjanya mintak cuti emergency pulak. Teringat pulak jemputan buat pameran Mr Fahmi Penasihat IT DAAT di Kampung Gajah tapi dah bercuti terpaksa dilupakan...
18.12.2006
Isnin pagi masih cuti, pagi-pagi lari ke Bank mintak geran kereta lepas tu lari ke JPJ Manjung buat road tax. Lepas makan tengahari terus shoot balik Ipoh. Sampai di Ipoh Mr Budi ngajak ke Taiping jumpa Penasihat Kewangan DAAT Mr Wan Cik, rupanya beliau ada appoitment dengan kak Liza kakak Wan Cik yang baru balik dari Sabah untuk menjadi ejen mutiara Sabah. Cantik! dan terbanglah RM 350.00 malam itu sebagai deposit...
Selepas perbincangan yang disulam dengan Teh 'O' dan bahulu, kami n family masing-masing terus lajak ke Bukit Merah Lake Town Resort kerana Mr Budi ada baucer penginapan percuma. Kami tidur di Culture Zone malam tu dan esok pasti cuti akan diambil lagi.
19.12.2006
Pagi-pagi bangun terus lari ke Pekan Gunung Semanggol mencari roti canai untuk keluarga yang lapar kerana roti canai di Bukit Merak taklah mahal sangat cuma RM 3.00 sekeping sahaja!!!. Dalam pembelian itu, Mr Budi telah berjumpa dengan member lamanya tapi agak vateran jugak seorang kaki penganjur expo yang terkemuka jugak.. maka berbincanglah di tepi jalanraya tentang projek khas 2007, tapi projek rahsia dulu sebab baru nak deal. Walaumanabagai pun semua ejen DAAT takkan dilupakan bila projek ini berjalan nanti. Oh lupa pulak nama timangan brader tadi ialah Lie Spekok!!
Selepas Check Out ejen pengurusan kanan DAAT pusing-pusing ke Taman Tema Bukit Merah, tengok orang, tengok tasik, tengok chalet, tengok Ikan Arowana, cadang nak pi naik bot ke Pulau Orang Utan tapi sebab sekepala RM 15.00 niat terpaksa dilupakan. Teringat pulak Abang Sarjan Retired Mail Jurulatih PKSN Mr Budi di Telaga Nenas Tahun 2002 dulu, dia bekerja di sini sebagai Jurulatih Outdoor tapi bila ditanya kengkawannya rupaya dia off pulak hari nie. Dalam perjalanan itu, terjumpalah pulak opis SNR Adventure di Taman Tema tersebut. Mungkin DAAT boleh mencontohi mereka nanti.
Masa tengahari nganjak ke petang perut pulak lapar Mr Budi ngajak berhenti makan di kedai makan luar maklumlah kat dalam tu jenuh nak membayarnya. Terus tiba-tiba teringat Penasihat Kewangan DAAT Mr Wan Cik ada kat Tasik Raban apa lagi lepas menjamu selera terus shoot melalui jalan Selama-Redang Panjang-Kampung Masjid-Kampung Sumpitan-Lenggong. Di pertengahan jalan teringat pulak Air Terjun Air Ibol berentilah pulak mandi!! Mr Budi pulak telah berkenan dengan rumah rehat peninggalan seorang jutawan di situ.. memang menarik untuk projek DAAT katanya, dalam penyiasatan kami telah berjumpa dengan penjaga rumah tersebut Pak Lias di Kampung Sumpitan. Mungkin jadi? Tunggu masa yang akan menentukan.
Hari dah hampir senja, perut lapar balik, apa lagi singgah di Tasik Raban pekena ABC dengan Mee Rebus, Mr Budi order Laksa! Pandangan yang mengasyikkan di Tasik Raban petang itu. Mr Wan Cik pulak telah balik ke Taiping kerana urusan kayaknya, maka melepas peluang nak jumpa dia petang itu.
Dalam perjalanan balik, Mr Budi telah mengantuk benar dan sebagai second pilot aku telah mengambil alih stering dengan kelajuan yang sederhana menuju Ipoh Bandaraya Bourgenvilla!!!
Begitulah percutian ejen-ejen DAAT sambil bercuti sambil cari projek!!!

Khamis, Disember 14, 2006

TAK BOLEH DUDUK DIAM

Petang kelmarin Mr Budi dengan ejen Ram telah ke Tapah kerana bermesyuarat Sukan Tradisional Program Merakyatkan Seni pada 23 hingga 24 di Kuala Woh. Selepas itu, mereka telah bergerak ke Bidor pulak kerana urusan tugas di sana.
Pada semalam hari, Mr Budi dengan Ejen Rem telah lari pula ke Parit Buntar mengambil barang pameran tempoh hari yang ditinggalkan di Pejabat Belia dan Sukan Kerian. Pegawai -pegawai di sana telah menjamu selera dan mata di Libra Coffee House... makan pun sedap!!
Selepas itu, ketika balik melalui jalan Bagan Serai mereka singgah sebentar ke Bandar Taiping kerana mengambil barang di kedai Wak Enterprise. Ketika hendak pulang Mr Budi telah mengajak singgah di rumah 'puak leraknya' di Pokok Asam. Rupa-rupanya semua ahli keluarganya ada di sana kerana menziarahi keluarga tersebut yang sakit.
Dalam perjalanan balik ahli keluarga Mr Budi telah 'mengepau' dengan mengajaknya makan kuetiaw di Jalan Air Kuning. Tapi Mr Budi yang sedang kukuh bursa sahamnya ketika ini telah menjelaskan bil tersebut dengan senyuman serta menyeluk poket seluar sebelah kiri sahaja. Mereka cuba juga mengontact Penasihat Kewangan DAAT Mr Wan Chik tetapi beliau sedang membaiki motorsikalnya di kedai motor. Jadi melepaslah peluangnya untuk menjamu selera bersama pada petang itu.
Pada malam hari, Mr Budi sekeluarga telah datang ke datang ke rumah ejen Rem untuk berbincang strategi baru tetapi ejen Rem hanya membekalkan roti kering sahaja itu pun kepada anak-anak Mr Budi sahaja... untuk makluman biskut kering itupun adalah hamper ejen Chor yang menang pada Majlis LKTF kelmarin. Pasti bursa saham ejen Rem sedang tenat ketika ini.. ataupun sedang mengumpul untuk projek yang seterusnya... siapa yang tahu?

Selasa, Disember 12, 2006

PERAYAAN HUJUNG TAHUN YANG GILANG GEMILANG


Haji Hata Ex Bos yang sentiasa menyokong...



Sampai penuh dewan...



Majlis Perasmian sedang berlangsung...



VIP Sedang merasmikan majlis konvo tersebut...



Mr Nizam dan En Lan menyokong dari belakang...



Persembahan yang cemerlang dengan bantuan
penari-penari Kelab Bandaraya Ipoh



Umur masih muda... cantik serta handsome belaka



Mr Budi dengan Juruacara yang cemerlang juga,
siapa lagi kalau bukan Tuah Zulkarnain kira pelakon yang gelamour jugaklah...



Tetamu tak berkelip mata menyaksikan
persembahan kebudayaan...



Antara tetamu yang hadir... makan pun sedap!!



Juruacara boleh diketengahkan lagi... Syabas!!

Seperti yang dijangka, program Penyampaian Sijil LKTF 2006 yang telah diadakan pada 11 Disember semalam telah berjalan dengan cemerlang dan gemilang sekali. Majlis tersebut yang telah berjaya dilaksanakan di Dewan Kompleks Silveritage Gelaria Medan Gopeng, Ipoh. Tetamu jemputan yang menyempurnakan majlis tersebut ialah Tuan Haji Makhruzi bin Haji Iksan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.

Ejen-ejen DAAT yang terlibat banyak membantu CEO DAAT iaitu Mr Budi selaku Pegawai Projek dan yang lebih cemerlang ialah ejen Chor yang terus mengungguli cabutan bertuah dengan kemenangan dua hamper serta set cawan kenduri kahwin. Tahniah kepada Chor dengan strategi beliau menyapu hampir 30 keping cabutan bertuah dari kotak Urusetia!!!.

Ejen Rem selaku 'Stage Menager' akhirnya pada malam selepas Program tersebut telah 'mengepau' Mr Budi dengan memintanya membelanjanya dan seluruh ahli keluarga dengan jamuan makan beradab di Restoran Ciku-ciku Jalan Ulu Chepor. Ini menurutnya pada majlis tersebut beliau tidak sempat makan kerana sibuk dan buat-buat sibuk dengan tugasnya yang perlu ke hulu ke hilir!!!.

Ahad, Disember 10, 2006

PROJEK EVEREST 2007


Mr Fahmi yang digelar 'Orang Gunung Sejati'




Sebagaimana sedia maklum, gunung Everest telah pun berjaya ditakluki oleh 2 orang anak melayu iaitu Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin dan Ahmad Reduan Rozali pada 2004 yang lalu. Ekoran daripada kejayaan itu, kami bekas AJK dan pendaki sokongan Demi Negara Ke Everest 2004 telah menubuhkan Persatuan Kembara Negara (NAA) berhasrat untuk mengikuti jejak langkah yang sama untuk mendaki puncak yang tertinggi di dunia itu pada April hingga Jun 2007.




Gunung ... perjalanan penuh ranjau...

Hasrat untuk mendaki gunung Everest ini adalah kerana ianya merupakan gunung yang tertinggi di dunia. Cabaran dan halangan untuk mendaki gunung Everest ini tidak perlu dipertikaikan lagi berikutan dengan suhu yang mencecah 30º C hingga 60º C di bawah paras beku, ruang udara yang nipis dan pelbagai cabaran lain telah menjadikan gunung ini merupakan idaman para pendaki untuk menaklukinya.
Selaras dengan motto “Malaysia Boleh” dan semangat “Harimau Malaya” adalah diharapkan dengan penganjuran ekspedisi ini akan melahirkan lebih ramai remaja dan juga belia yang lebih aktif dalam bidang sukan dan juga rekreasi di peringkat antarabangsa untuk merealisasikan kecemerlangan Malaysia dalam apa jua bidang selaras dengan hasrat pihak kerajaan sendiri yang kini begitu serius dalam melahirkan remaja dan juga belia yang berbakat dalam bidang sukan di samping mengamalkan budaya bersukan secara keseluruhannya
.


Makan di tengah belantara antara nikmat pendakian....






Sumber : Persatuan Kembara Malaysia

MISTERI DI BELANTARA


Dua orang Ejen DAAT yang menyimpan pelbagai kisah misteri belantara


Kisah Sang KelembaiSang Kelembai (SK) begitu sinonim dengan masyarakat kampung dan orang asli suku kaum Batek dan Semelai di Kuala Tahan. Sejak berdekad, kisah Sang Kelembai (seorang manusia berbadan besar dan tinggi dipercayai boleh sampai ke Terengganu dari Pahang dengan hanya beberapa langkah sahaja) menjadi santapan kisah hiburan dongeng di Kuala Tahan. Sama ada kisah ini benar atau hanya dongengan semata, ianya terus menjadi misteri.Terdapat beberapa versi kisah SK di Kuala Tahan.

Ejen GI Chor tengah melabun bebudak... (gambar hiasan)



Menurut cerita orang-orang tua di sana (seperti yg diceritakan kepada saya sendiri), SK gemar naik turun Gunung Tahan. Tempat yang paling digemari beliau ialah kawasan Air Terjun 4 Tingkat (4 step waterfall) dan sebuah taman yang kini digelar sebagai 'Wray's Camp'. Ini kerana, SK menganggap bahawa kedua-dua tempat itu adalah yg paling indah di Rangkaian G. Tahan (benar, bukan?). Malah, beliau pernah menanam jasad anak lelakinya yang meninggal dunia di kawasan air terjun 4 tingkat itu (kisah kematian anak SK ini akan saya ceritakan di bawah).Di puncak G.Tahan, terdapat satu batu yang terdapatnya kesan tapak kaki sebelah kanan dipercayai kaki SK. menurut orang tua-tua, tapak kaki sebelah kirinya pula ada di negeri Terengganu. Saya sebagai seorang pelajar litologi berpendapat, jika benar kesan tapak kaki itu adalah tapak kaki SK, maka ia bukanlah disebabkan oleh tubuh SK yg berat, maka apabila beliau pijak ke atas batu itu, terhasil tapak kakinya, sebaliknya ia disebabkan oleh hasil tekanan kakinya ke atas tanah biasa dan hasil daripada proses alam, tanah tersebut berubah menjadi batuan, sekaligus menjadi seperti acuan kaki SK.

Ketakutan ada di mana-mana... (gambar hiasan)



SK juga dikatakan berinteraksi dengan orang kampung, tetapi hal ini sangat jarang berlaku. Ada satu kisah dongeng lagi yg mengatakan bahawa jika SK menyapa seseorang, maka orang itu akan berubah menjadi batu.tetapi hal ini sangat jarang berlaku kerana SK dan masyarakat org kampung mempunyai pertalian yg sangat istimewa, iaitu mereka saling hormat-menghormati dan tidak mengganggu antara satu sama lain. namun begitu, jika ada urusan yg melibatkan SK dengan orang kampung, maka orang-orang alim di kampung akan dihantar bagi mewakili penduduk kampung.

Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri..... (gambar hiasan)


Ini bermakna, bukan calang-calang orang boleh berjumpa dengan SK ini.Apa yang sangat menarik tentang cerita SK ini ialah beliau mempunyai keluarganya sendiri. Tidak pernah diceritakan tentang isteri SK tetapi penduduk kampung pernah menyebut kisah anak lelaki SK. Menurut orang kampung, SK mempunyai seorang anak lelaki. Malangnya usia anak lelaki SK ini tidak panjang, meninggal semasa usia kanak-kanak kerana tercekik buah perah yang banyak terdapat di sepanjang tebing Sungai Tembeling. Kerana terlalu sedih dan marah dengan kematian anak lelaki kesayangannya, maka SK telah dikatakan mengamuk dan telah mencabut semua pokok buah perah di sepanjang Sungai Tembeling.



Maka sebab itulah konon-kononnya, di sepanjang tebing Sungai Tembeling tidak ada sepohon pun pokok buah perah seperti dulukala.Kematian anak lelaki kesayangan SK ini rupanya memberikan kesan yang sangat mendalam di hati SK. kejadian ini begitu terkesan di hatinya. selepas menanam jasad anaknya di kawasan air terjun 4 tingkat, SK yang benar-benar terasa dengan kehilangan anaknya telah melarikan diri dari kawasan G.Tahan itu, dan seperti yg diketahui telah menyembunyikan diri dan tidak muncul-muncul hingga kini. sama ada beliau masih hidup (jika kisah ini benar), tiada siapa yg tahu.Hemm...menarik bukan cerita SK ini. tidak diketahui jika ianya kisah benar atau tidak, terpulang kepada anda untuk menilainya. Mungkinkah SK sama seperti Big Foot seperti yg dihebohkan kini? Apa pun, kisah SK ini masih relevan untuk diceritakan kepada generasi akan datang sebagai kisah dongeng masyarakat kampung. Kesemua cerita di atas telah diceritakan sendiri kepada saya oleh seorang warga emas penduduk kampung Kuala Tahan.Wallahualam.


GREENPEACE.....................NURUL FATANAH ZAHARIschool of environmental sciences and natural resources,faculty of science and technology,national university of malaysiabangi

Pertemuan Tetap Dalam Ingatan

"Semalam Pengurusan kanan DAAT telah bertemu di Bandar 'Kedamaian Abadi' dalam satu pertemuan yang begitu dirancang rapi. Ejen Rem yang telah keras menunggu di Tanjung Piandang telah menjalankan operasi lari dari Medan Pameran ke Taiping kerana telah termakan modal di sana. Mr Budi pula telah meracun ejen Rem untuk tinggal lama lagi di sana, tetapi ejen Rem yang telah masak dengan taktik tersebut telah lari ke Bandar Taiping yang juga disebut Kedamaian Abadi.
Di sana ejen Rem telah mencari Penasihat Kewangan DAAT Mr Wan Cik yang telah berbasikal pagi-pagi buta dengan anak sedaranya ke Bukit Merah. Dalam pencarian tersebut dengan seribu satu halangan telah diraikan dengan Sup Tulang dan Sup 'Gearbox' di gerai belakang stor PDRM Taiping.
Selepas menghabiskan dua pinggan nasi seorang, ejen-ejen DAAT telah mengorak langkah ke destinasi masing-masing. Mr Budi ke Bukit Merah kerana bercuti di sana, Ejen Rem telah balik ke Ipoh kerana kekurangan modal dan Penasihat Kewangan akhirnya telah berjaya membawa awek misteri untuk dating di Taman Tasik.
Bagaimana dengan ejen-ejen lain? Pasti hebat juga cerita anda"

Jumaat, Disember 08, 2006

SECEBIS MEMORI... Team Bulding UPSI


Mr CEO pemegang Diploma Kecergasan UiTM, jangan tak percaya aaa...



"Bukan calang-calang latihan diperlukan kalau nak sampai ke tahap Cikgu Zahari"



Urusetia DAAT tetapi belum dapat menyertai DAAT sepenuhnya kerana bawah umur...



Cikgu Nizam bepengalaman luas dalam dunia seorang pelaut... tapi boleh juga ke dalam hutan



"Urusetia yang tak berapa setia"



"Koa kata tadi nak kongsi mee tu? Sekarang koa pulun sorang... Lan pun dah merajuk ni!!"



'Mak Lampir' Kampar...



'Bigfoot' dijumpai di Hutan Gunung Bujang Melaka Daerah Kampar



Pasukan sokongan DAAT dengan aksi pelik!!



"Adake patut sepinggan mee secawan air kita nak kongsi berempat? Tak patut...!!!



"Apa kata kita lari balik Lumut, kita ranjau bebudak nie.. nak?"



Chor Vateran Perang Pertama dengan Mentimun Daun..



Posing paling maskulin di Malaysia alaf ini



"Koa nak bagi masak ke nak bagi rentung?"

PERJALANAN HARI INI

Dalam meniti kehidupan ini kadangkala kita tidak dapat lari dari cabaran, masalah, kekangan dan halangan yang menimpa. Begitulah ejen-ejen DAAT yang sentiasa cuba memberikan hasil yang terbaik. Walaupun sering tidak pernah dihargai dan dipuji tetapi komitmen yang diberikan amat menggalakkan.
Perjalanan 1000 tahun bermula dengan langkah pertama beginilah kita sentiasa mencari yang terbaik. Ejen Rem bermula langkahan hari ini ke Tanjung Piandang, Mr Budi kembali dari Temerloh Pahang Darul Makmur, ejen Chor ke Padang Rengas hari ini lagi? Begitu juga ejen-ejen yang lain, mulakan langkah anda dengan Nama Allah dan lihatlah hari-hari yang mendatang tetap cemerlang buat kita semua.

GUNAKAN MASA SEBAIKNYA

Dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan oleh Mr Budi dalam projeknya, ejen Rem terpaksa berhempas pulas melaksanakan tugasan yang berat ini. Ini kerana dalam kesibukkan tersebut terpaksa juga melaksanakan tugasan rasminya dan tuntutan keluarga juga tak dapat dilupakan.
Walaumanabagai pun, tugasan yang diberikan hampair 80% telah selesai dan berita kepulangan Mr Budi petang esok amat melegakan semua pihak. Ejen Chor yang asyik berulang alik ke Padang Rengas - Sungai Siput - Ulu Chepor sentiasa memberikan khidmat terbaik buat masa ini.
Untuk semua, kejayaan program isnin ini adalah kejayaan kita bersama juga.

Isnin, Disember 04, 2006

Projek Hujung Tahun

Semua ejen-ejen DAAT sedang menungu-nunggu projek kalau boleh satu pun jadilah sebelum akahir tahun ini. Untuk makluman semua Projek sekarang yang terkini sedang dilobi ialah Program Bina Usahawan JBS Melaka, Pahang dan Pulau Pinang yang dicadang hendak dilaksanakan pada hujung bulan Disember ini di Cameron Highlands.
Ejen Lan yang telah memberikan respon dan komitmen pada petang ini telah memberikan satu semangat baru kepada ejen-ejen yang lain bagi melaksanakan projek akhir tahun ini.
Walaumanabagai pun, semua ejen diharapkan dapat menghimpit Pegawai Belia dan Sukan Daerah, Ketua Bahagian UMNO, dan Pengerusi Majlis Belia Daerah kerana mereka kini sedang sibuk melaksanakan Program terbaru KBS iaitu Y2Y. Antara projek yang dilaksanakan seperti kursus-kursus dan sukan massa.
Mungkin dengan kepakaran yang ada pada semua ejen kita dapat terlibat sama dengan projek ini seperti program PJKN yang lepas.
Sekian untuk makluman

Hepi Befday

"Untuk makluman semua sahabat, hari ini adalah hari jadi Chor yang berapa entahlah. Difahamkan satu Sungai Siput telah menyambut Hari Jadi Chor dengan memecahkan paip air sehingga semua orang Sungai Siput kena pi mandi di Ulu Chepor.
Untuk Chor semoga murah rezeki, panjang umur dan semoga dapat pindah ke rumah baru secepat mungkin."

Perlu Bantuan Segera

Kepada semua ejen yang berkelapangan boleh 'mengcontact' ejen Rem atau Chor untuk meneruskan projek 11 Disember kita yang masih banyak belum disiapkan.
Kelembapan tugas ini kerana, CEO DAAT Mr Budi telah balik ke kampung di FELDA Sebertak, Temerloh Pahang Darul Makmur kerana menghantar isteri dan anak-anaknya balik dan terpaksa pula berkursus di Kompleks Rakan Muda Temerloh bermula hari ini sehingga jumaat ini.
Pagi tadi kerja-kerja yang sudah disiapkan ialah susun atur meja di dalam dewan Silveritage, pembelian cenderahati dan tempahan makan minum.
Masih lagi banyak kerja-kerja perlu disiapkan.
Mungkin petang esok ejen Rem dan ejen Chor akan ke Taiping untuk menempah Tshirt dan lain-lain tugasan.
Dalam kelam kabut itu jugalah, kereta ejen telah masuk bengkel kerana water pump pulak bocor macam-macam hal lah.
Buat masa ini ejen Chor dan ejen Rem masih memikirkan starategi terbaik untuk melaksanakan tugasan tersebut selepas pekena mee goreng mamak dan sirap pada petang ini.
okey roger.

Ahad, Disember 03, 2006

Pakar IT DAAT


Mr Fahmi adalah ejen DAAT yang amat terkenal kerana kepakarannya di dalam bidang IT, kepakarannnya masih lagi belum dapat dichelance oleh mana-mana pakar pun. Ini kerana beliau menggunakan seluruh kemahirannya dengan menggunakan keyboard atau papan kekunci sahaja tanpa menggunakan tetikus (mouse) yang diberikan. Beliau lah sesatunya manusia di alaf baru ini yang menidakkan keupayaan teknologi pengkoputeran membazirkan duit dengan mencipta mouse.
Beraksi bak putera raja di Istana Iskandariah Bukit Chandan ketika Majlis Berbuka Puasa bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak pada bulan ramadhan yang lepas.
Beliau juga difahamkan bersama dengan penasihat kewangan DAAT baru kembali dari Tanjung Pinang Kepulauan Riau kerana menyertai Pertandingan Perahu Naga bersama Team Vat69.
Ketika artikel ini ditulis masih belum dapat diketahui di mana beliau berada, mungkin di Simpang Tiga Tikam Batu kerana mengambil isteri dan anaknya yang telah selesai berpantang selama 44 hari . Selamat 'abis pantang' diucapkan kepada Mr Fahmi. Panjang umur murah rezeki 'berpantang-pantanglah' lagi pada tahun-tahun kehadapan ini.

Musim Mempelam

" Satu projek khas DAAT sempena cuti sekolah dan musim mempelam ini ialah mengedarkan kuah rojak buah special yang dicipta khas oleh pemasak terkenal yang dilantik.
Rojak buah ini diedarkan oleh De Andka Marketing dengan harga RM 2.50 . Kadar pasaran semasa ialah RM 3.50 . Dapatkan segera sebelum kehabisan."

Hujung Minggu Yang Membosankan

"Minggu nie sepatutnya penuh dengan perancangan dan tindakan, tapi Mr Budi telah diserang sakit tekak dan demam yang tiba-tiba menyebabkan banyak perkara terutama perbincangan program 11hb Disember tertunda lagi. Ejen 007 pula terpaksa duduk di rumah sahaja kerana water pump kereta pulak bocor dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi buat sekian kalinya lagi.
Buat masa ini hanya ejen Chor yang masih lagi sibuk kerana menyiapkan teratak indahnya di Taman Chepor Raya. Masih lagi dalam pembinaan dan hampir 70% sudah disiapkan. Menurutnya lagi itupun setelah beberapa kali diranjau oleh kontraktor yang dilantik. Lawatan tapak semalam yang disertai oleh Pengurusan Kanan DAAT telah diakhiri dengan jamuan roti canai banjir di kawasan perumahan tersebut.
Ejen-ejen yang lain masih belum dapat dihubungi kerana kesibukkan tugas masing-masing, walaumanabagia pun, ejen Zahari masih lagi menanti kunjungan ejen DAAT ke Selama Ijok untuk meneruskan projek di sana. Kepada ejen yang berminat sila berikan komen anda.
oleh : Ejen 007