Mesyuarat bukanlah sesuatu yang asing bagi pemegang jawatan dalam apa juga organisasi, baik di peringkat agensi kerajaan, swasta atau Pertubuhan Bukan Kerajaan. Kadang-kadang seronok ada mesyuarat ni, ada jamuan ringan dan kadangkala tempat bertemu muka sesama sendiri. Apatah lagi jika berjauhan seperti di peringkat antarabangsa, kebangsaan atau negeri. Kalau peringkat kampung pun seronok juga.
Paling terbeban dengan mesyuarat ni sebenarnya memanglah seorang Setiausaha, apatah lagi dalam organisasi kecil yang tiada mengajikan seorang Setiausaha Kerja, nampak memanglah mudah, tapi seorang Setiausaha akan mula kenal pasti tempat mesyuarat, membuat surat dan kemudiannya mula menghantar surat seorang demi seorang. Penulis sendiri melalui tempoh masa itu ketika penggunaan telefon masih terhad, kini tak lagi susah seperti sekarang. Ada pelbagai group dan aplikasi whatsapp yang memudahkan perhubungan sehingga menjadikan kerja setiausaha semakin mudah ! Pengalaman berhujan, tayar motorsikal pecah dan di kejar anjing antara pengalaman yang pernah dilalui. Awas ! jika maklumat mesyuarat tidak dapat diterima oleh Ahli Jawatankuasa atau ahli apatah lagi jika mesyuarat sepenting mesyuarat agung dan sebagainya. Besar implikasinya... !
TIPS MUDAH MENGHANTAR SURAT MESYUARAT
1. E-Mel jer zaman senang semua ada e-mel
2. Whatsapp group, ohw mudah bangat, post dan blue tick dah clear
3. Close Group di Facebook, post jer tentang maklumat tu tapi pastikan hanya yang betul-betul layak jer dalam group kita tu
4. Pos, leceh sikit tapi sepatutnya paling efektif jika ada Ahli/Ahli Jawatankuasa yang berjauhan
5. Serahan tangan, claim jelah persatuan anda kan banyak duit... kah ! kah ! kah !
Tempat mesyuarat tak penting, yang penting keputusan yang dibuat