Selasa, Februari 26, 2008

DAAT De IRAU

Setelah bersusah payah merancang, melaksana dan memecah kepala menghadapi beberapa krenah brokrasi akhirnya XPDC Menawan Gunung Irau dan Gunung Berinchang akhirnya terlaksana juga. Projek pendakian yang diketuai oleh GI Zahari di bantu GI Nizam dan dipandu arah oleh GI Chor akhirnya misi menghabis masa lapang hujung minggu ini tercapai juga. Anak-anak seredin yang sudah jemu duduk rumah telah menyerahkan diri untuk dikorbankan dan didera sepanjuang perjalanan yang mencabar itu. Berbekalkan kekuatan semangat, duit tambang yang ditanggung oleh ibubapa sendiri dan beg Akademi Fantasia akhirnya membuktikan tanpa latihan insentif pun boleh sampai juga walaupun dah macam nak tercabut kepala lutut. Gunung Berinchang yang ketinggiannya 6666 dari paras laut telah dipilih sebagai lokasi perkhemahan sebelum menghenjut diri ke Anak Irau sebelum shoot terus ke Puncak Irau... Pengalaman yang menterujakan terutama dengan 'Night Walknya...'

Irau dan anaknya dari puncak Menara Berinchang...













Pernah menonton Filem Puteri Gunung Ledang? Disinilah lokasi pengembaraannya...
















GI yang berkepakaran darat, laut dan udara....
















Jemu dok makan masakan emak...



















Makan dulu sebelum mendaki...



















Sejuk niiii...














Base Camp...

















Sarjan Sounders dalam pembikinan...




Pasukan sokongan...

suami isteri minat yang sama...












Anak Buluh Betong yang turut nak bergambar

hehehe...








9 darjah celcius....

Khamis, Februari 21, 2008

DAAT De ERA



Hari semalam yang penuh ketegangan akibat beberapa konflik yang berlaku telah menyebabkan Mr Koordinator terpaksa memanggil persidangan tergempar yang disertai oleh Mr Nizam di sebuah kedai roti canai terkemuka di tepi jalan penginapan Mr Nizam. Hidangan roti sardin dan kopi Radix yang terhidang menyebabkan perut masing-masing kekeyangan. Akibat perbincangan tersebut melepasi waktu maghrib menyebabkan Mr Koordinator telah bergegas balik untuk mengikuti Buletin Utama pula yang di jangka menarik dengan perkhabaran calon-calon YB di sesetengah negeri. Dalam keasyikkan menonton tersebut satu panggilan telah diterima dari Mr CEO yang dalam perjalanan ke daerah operasi DAAT. Mr Koordinator yang meminta isterinya menghidangkan milo o dan roti kering telah ditolak mentah-mentah oleh Mr CEO yang kebulur belum makan. Akhirnya Restoran Mapple Era menjadi destinasi persinggahan untuk memenuhi tuntutan perut dan akibatnya hidangan malam semalam dipenuhi dengan daging kambing, telur dadar dan pelbagai hidangan sampingan yang lain.
Seperti biasa kedatangan Mr CEO mesti dipenuhi dengan pelbagai strategi perniagaan dan semalam dua orang tokoh terkemuka korporat telah menemui dan membentang strategi perniagaan masing-masing, satu dalam bidang telekomunikasi dan satu lagi dalam bidang kejuruteraan. Mr CEO yang ditemani adiknya seorang tokoh terkemuka di 'Gerbang Malam' Bandaraya Bourgunvilla telah menunjukkan minat yang amat mendalam dan memungkinkan pelaburan yang dijangka akan mencecah jutaan ringgit. Setelah berbincang panjang lebar Mr CEO telah mengopakkan dirinya dengan bersetuju untuk membayar semua bil jamuan malam tersebut dan Mr Koordinator pulang dengan kekeyangan sehingga ke pagi.....

Selasa, Februari 19, 2008

DAAT De MEETING

Agen-agen DAAT semalam bertemu dalam kerangka membentuk strategi untuk melaksanakan beberapa misi di awal tahun ini. Agen Chor yang telah diminta untuk jangan turun akhirnya telah menjalankan misi lari dari tugas sejauh 80km untuk turun bersama Agen Nizam dan Agen Zahari yang baru kembali dari misi di Cherating, Pahang Darul Makmur. Akhirnya Mr Koordinator DAAT telah mengopakkan dirinya dengan membelanja semua agen-agen di kedai Mapple Era yang menjadi pot utama DAAT buat masa kini.
Topik perbincangan banyak berkisar di sekita XPDC mendaki gunung pada minggu ini dan Kursus Kepimpinan Pengawas sekolah pada minggu hadapan. Topik pilihanraya juga dibincangkan. Akhirnya pada sebelah petang Agen Zahari kembali ke tempat projek pertaniannya dan Agen Chor kembali ke bandaraya Bourgunvilla dengan keazaman yang tinggi. Mr CEO pula tidak henti-henti menelefon perkembangan terkini di pusat pentadbiran DAAT kini. Mr Koordinator pula dalam senyap telah menerima panggilan misteri yang memungkinkan beliau akan berhijrah kembali... Benarkah? Masa juga akan menentukan....

DAAT De FAMILY DAY

Pada hujung tahun yang lepas Pengurusan DAAT menyertai Hari Keluarga yang dianjurkan oleh Kelab Sukan ditempat mereka bertugas, tempat pemilihan Hari Keluarga ini bandar L yang tidaklah begitu asing bagi semua agen-agen DAAT. Maklumlah di daerah Permai ini jugak. Setiap keluarga yang menyertainya dimestikan membayar RM 20.00, eemm.... tidaklah membebankan kalau nak dibandingkan dengan makan minum, penginapan dan aktiviti yang dijalankan... Mr CEO yang amat terkenal dengan semangat kekeluargaan telah memenangi Anugerah Paling Romantis pada malam BBQ, manakala Mr Pakar IT telah memenangi beberapa hadiah cabutan bertuah yang meriah pada malam tersebut yang dikendalikan oleh sahabat baik semua agen DAAT keturunan Kublai Khan dari Ulu Negeri... Mr Koordinator pula telah membolot hadiah sukaneka pada sebelah petangnya sehingga menjelouskan orang lain.
Lain halnya dengan Mr Penasihat Kewangan yang asyik dengan aktiviti ranjaunya al maklum belum mempunyai keluarga yang hendak di bawa... Namun dalam kegembiraan itu, Big Boss yang amat dihormati seperti diraikan perpisahannya dan ketika entry ini ditulis berita itu telah pun menjadi kenyataan... Namun keseluruhannya Hari Keluarga tersebut amat berjaya... dan kolam renang di resort tersebut menjadi saksi aktiviti berkubang semua pengurusan tertinggi DAAT.














BBQ di sebuah resort yang terkenal di Bandar L.....




















Acara Sukaneka


















Sambut belon...



















Minum jangan tak minum...



















MR IT nyuap tembikai ke mulut MR CEO


















Beselemoih...

Khamis, Februari 14, 2008

DAAT de ASYURA

DAAT kembali mendapat mandat dari organisasi utama mereka untuk membawa misi RM 1,000.00 iaitu untuk menjadi johan Karnival Asyura Rakan Muda Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di bandar Kedamaian Abadi. Mr Koordinator DAAT dan Agen Nizam yang telah memegang jawatan Pegawai Operasi DAAT kini telah melaksanakan satu tugasan yang cemerlang apabila mencatatkan kejuaraan yang dicemburui oleh setiap team besar yang lain. Walaupun melatih anak-anak seredin yang tak tau apa-apa lagi namun strategi yang disusun telah berjaya digapai walaupun cuba disabotaj oleh pihak-pihak yang tidak dikenali , namun secara moralnya johan tetap johan. Mr Koordinator telah menghantar anak-anak seredin yang menjadi teras ini ke acara amal di surau kampungnya bagi melatih tubi bagaimana hendak mengacau bubur asyura walaupun telah menjadi isu dengan siak di kampungnya. Namun dengan bermatlamatkan serampang dua mata akhirnya beliau berjaya meminjam segala peralatan di surau tersebut dengan tanpa dikenakan bayaran. Dengan bermodalkan sedikit kewangan peruntukkan Agen Nizam yang melaksana misi tersebut akhirnya mengapai kejayaan yang terus menyerlahkan kemampuan DAAT dalam mengalas misi yang diamanahkan...!!!


















Bahan-bahan yang digunakan dalam aktiviti mengacau


















Aksi oleh pencabar terdekat


















Hasil Asura Andaman Kasih

Rabu, Februari 13, 2008

DAAT de TOUR

Kerajaan akan terus menganjurkan perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) jika ia dapat memberikan manfaat kepada sukan pelancongan tetapi juga kepada perkembangan sukan tersebut di peringkat akar umbi.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan mengambil alih penganjuran tersebut demi untuk menarik minat dan mengembangkan lagi sukan berbasikal di negara ini.

Menurut beliau, penganjuran Le Tour de Langkawi hanya semata-mata mencari keuntungan tidak memadai jika sukan berbasikal tidak dapat menarik minat di peringkat akar umbi.

‘‘Walaupun banyak pihak mengkritik penganjuran perlumbaan ini yang masuk tahun ke-13 tetapi bagi kementerian ia mempunyai kelebihan tertentu.
‘‘Sehubungan itu saya mahu Le Tour de Langkawi yang diuruskan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) membuktikan ia dapat merealisasikan hasrat kerajaan,’’ ujarnya.



Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan logo, imej, laman web dan pejabat urusetia Le Tour de Langkawi 2008 di Pusat Akuatik Nasional, Kompleks Sukan Bukit Jalil, semalam.
Le Tour de Langkawi 2008 yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 17 Februari tahun depan menampilkan penyertaan 25 pasukan.
Sejumlah 15 pasukan ProTour termasuk dari Eropah, Amerika Syarikat dan Asia akan menyertai perlumbaan edisi ke-13 ini.
Azalina juga turut menyarankan kepada MNCF untuk mengurangkan perbelanjaan pada edisi 2008 selepas tahun lalu kos yang dibelanjakan mencecah RM20 juta.
‘‘Ini adalah ujian penting untuk MNCF dan mereka harus menguruskannya dengan baik.
‘‘Peluang ini kerajaan berikan semata-mata ingin melihat sejauh mana kemampuan dan keupayaan persatuan menganjurkan perlumbaan berprestij dunia,’’ katanya



















Selasa, Februari 12, 2008

DAAT de Iklan

De Andka Adventures Team (DAAT)
Managed by De Andka Marketing

Memerlukan seorang yang berdedikasi, sanggup bekerja tanpa seliaan dan mempunyai kelayakkan seperti yang diperlukan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut ;

Jawatan : EKSEKUTIF PEMASARAN (Operasi)
Kelayakkan (Minimum) : DIPLOMA SAINS SUKAN (Rekreasi)
Gaji : RM xxx.xx + komisyen

Berpengalaman sebagai jurulatih rekreasi dan jualan langsung adalah satu kelebihan.

Sediakan resume dan e-mel di : daat3036@yahoo.com.my

Rabu, Januari 30, 2008

SKIL PIMPIN

Dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi, pemimpin perlu proaktif melalui aspek keberkesanan gaya kepimpinannya terhadap pekerja.

Seorang pemimpin tidak semestinya hanya seorang Pengarah ataupun seseorang yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi. Tetapi mereka yang mampu mempengaruhi organisasi ke arah pencapaian matlamat juga boleh diklasifikasikan sebagai pemimpin berasaskan kemampuan memimpin menggunakan kebijaksanaan, kemahiran, pengalaman, tahap senioriti dan sebagainya.

Kepimpinan memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Teori Kepimpinan Laluan Matlamat (Path Goal Theory) yang diperkenalkan oleh Robert House mencadangkan bahawa tingkah laku pemimpin seharusnya dilihat sebagai suatu tindakan yang boleh memotivasikan pekerja.

Seorang pemimpin perlu menguatkan hubungan di antara gaya kepimpinannya dengan perwatakan pekerja dan agenda tugas sesebuah organisasi. Dengan ini, pemimpin akan memahami bahawa pekerja akan termotivasi sama ada dalam keadaan merasa berkemampuan untuk mencapai sesuatu tugas yang diberikan; ataupun mereka dapat menjangkakan hasil kerja yang akan disiapkan; ataupun berkepercayaan tentang aspek penghargaan yang akan diberikan berkaitan hasilnya.

Justeru, adalah menjadi cabaran kepada seseorang pemimpin untuk menggunakan gaya kepimpinan terbaik bagi menemukan titik keperluan motivasi pekerja. Pemimpin perlu menyediakan elemen-elemen yang difikirkan dapat mengisi keperluan pekerja bagi mencapai matlamat organisasi.

Teori Laluan Matlamat menggariskan tentang empat gaya kepimpinan yang boleh dimanfaatkan untuk memotivasikan pekerja iaitu:

Pertama: Kepimpinan berorientasikan arahan (Directive Leadership)

Ia dikaitkan dengan gaya menyampaikan atau memberi penjelaskan kepada pekerja. Pemimpin memberikan arahan mengenai sesuatu tugas. Dengan menyertakan mengenai apakah harapannya berkaitan tugas tersebut. Pemimpin juga turut memberikan klu mengenai bagaimana tugas itu boleh disempurnakan dan juga penetapan waktu yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya. Arahan yang baik disampaikan kepada pekerja secara spesifik supaya pekerja mendapat gambaran awal dan kefahaman yang jelas untuk memulakan sesuatu tugasan yang diberikan.

Kedua: Kepimpinan berorientasikan sokongan (Supportive Leadership)

Ia merujuk kepada tingkah laku memberi pertimbangan kepada pekerja. Iaitu dengan gaya beramah mesra dan prihatin sebagai seorang pemimpin. Tingkah laku ini bertujuan untuk mewujudkan suasana kerja yang menyenangkan kepada pekerja. Di samping itu, seorang pemimpin melayan pekerja tanpa berdasarkan mobiliti sosial dan turut menghormati status kedudukan mereka. Gaya kepimpinan ini mampu mewujudkan suasana mesra agar pekerja termotivasi dengan penuh rela hati bagi melaksanakan sesuatu tugasan.

Ketiga: Kepimpinan berorientasikan penyertaan (Participative Leadership)

Gaya ini pula merujuk kepada pemimpin yang mengalu-alukan penyertaan pekerja untuk mereka berkongsi menetapkan sesuatu keputusan. Pemimpin membuka ruang untuk rundingan kepada pekerja agar mereka dapat menyumbang idea serta pandangan. Begitu juga dengan peluang untuk meningkatkan cadangan dalam sesuatu keputusan berdasarkan persetujuan organisasi.

Keempat: Kepimpinan berorientasikan pencapaian
(Achievement-Oriented Leadership)

Kepimpinan dengan gaya ini memberikan cabaran kepada pekerja untuk melaksanakan tugasan pada peringkat tertinggi kemampuan mereka. Pemimpin akan sentiasa mencari peningkatan dan pencapaian yang berkesinambungan. Ini melalui langkah menyatakan keyakinan yang tinggi bahawa pekerja mempunyai kemampuan untuk mencapai matlamat bagi cabaran tersebut.

Teori Laluan Matlamat tidak mengongkong seseorang pemimpin untuk menggunakan hanya satu gaya kepimpinan sahaja. Sebaliknya terbuka kepada penggunaan pelbagai gaya mengikut kesesuaian situasi. Cuma ia lebih tertumpu kepada pemberian motivasi kepada pekerja agar mereka lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas dengan sempurna.

Bagi merealisasikan setiap objektif organsasi aspek kepimpinan adalah elemen yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi atau jabatan. Pemimpin berperanan membentuk organisasi yang berkesan dari pelbagai sudut, terutamanya dalam memotivasikan pekerja. Motivasi pekerja perlu diperbaharui dari semasa ke semasa agar pencapaian tugasan dalam organisasi terus meningkat dan berkesinambungan. Kecemerlangan dalam pembangunan negeri adalah terhasil melalui kecemerlangan modal insan dalam setiap organisasi.

Setiap organisasi terutamanya jabatan-jabatan kerajaan perlu diperlengkapkan dengan pengetahuan mengenai gaya kepimpinan. Demikian agar persekitaran kerja yang kondusif dapat diwujudkan. Pencapaian dalam tugasan sesebuah organisasi juga akan lebih meningkat dengan pemantauan serta keprihatinan para pemimpin yang terdapat di dalam sesebuah organisasi.

Kesimpulannya, pemimpin perlu mengarah (directive) jika sesuatu tugasan yang dihadapi adalah kompleks; sekiranya tugasan bersifat kurang mendesak, gaya menyertai (participative) pula boleh digunakan; jika pekerja mempunyai keinginan ke arah kecekapan berganda, gaya berorientasikan pencapaian (achievement oriented) boleh dimanipulasikan; manakala gaya berasaskan penyertaan (participative) pula digunakan bagi pekerja yang memerlukan kawalan. Sesuaikan gaya kepimpinan anda!

Isnin, Januari 28, 2008

NAK HIDUP

Dalam membina kehidupan kadang-kadang ada kisah dan kejiwaan yang sukar dimengertikan oleh orang lain, kadangkala kepahitan dan rintangan perlu kita lalui seorang diri dan itulah yang terpaksa dilalui oleh seseorang yang cukup rapat dengan DAAT. Pemuda yang menjadi harapan untuk merintis jejak-jejak melayakkan dirinya digelar agen DAAT, latihan yang diperlukan bukan setakat ketahanan fizikal tetapi ketahanan mental yang kuat. Untuk mempermudahkan sesi pengenalan dalam ujikaji ini kita namakannya Agen X. Semasa DAAT bertungkus lumus mempersiapkan diri ketika Karnival Asyura yang lepas agen ini telah ditemuduga dengan sebuah korporat multinasional terkenal dan diminta melaporkan diri di Bandar Y 2020. Dengan kekuatan untuk merubah nasib diri, keluarga dan kepentingan masa hadapan, agen ini dengan kekuatan semangat yang dibina akhirnya sampai juga kedestinasi yang dituju. Mr Koordinator DAAT yang telah banyak pengalaman dalam membantu membina misi sebegini telah memperkenalkan agen x dengan seorang Agen DAAT yang kurang terkenal tetapi amat berpengaruh juga. Agen ini telah membantu agen X untuk mendapatkan rumah penginapan tetapi entah dimana silapnya akhirnya rundingan tersebut terbantut dan menjumpai jalan mati.
Secara tiba-tiba agen x buntu tanpa kenalan, tanpa sedara mara dan ditambah dengan kekurangan sumber. Mr Koordinator yang teringatkan bapa angkatnya di Perkampungan Y telah mengontactkan bapa angkatnya itu dan semalam adalah malam pertama buat agen X menetap di Perkampungan Z sebelum pagi ini melapor diri demi masa depan, cita-cita dan cinta. Begitulah kehidupan dan Mr Koordinator tersenyum ini bukan pengalaman pertama dan mungkin juga yang terakhir.

Jumaat, Januari 25, 2008

KUASA AKRAM

AKRAM

PROJEK BARU

Minggu lepas DAAT kembali mendapat projek terbaru di tahun baru ini, ditawarkan dari organisasi yang bukan asing lagi tetapi dari penguasa yang baru buat masa ini sebelum bertukar pemerintahan baru... yang menariknya diketuai oleh Agen Zahari dan Agen Nizam dan yang pasti Agen Chor pasti tidak dilupakan oleh kengkawannya itu. Mr Koordinator masih seperti dulu hanya memberikan sokongan dari luar dan masih terlibat secara pentadbirannya dan Mr CEO nampak seperti masih akan terlibat kerana merupakan rakan kongsi terbaik penguasa tersebut... apappun mungkin ini projek terbaru dan pasti prestasi DAAT akan kembali menyengat kerana buat masa ini beberapa projek masih terbengkalai kerana banyak perkara dari segi pentadbirannya masih belum dapat disiapkan.

Jumaat, Januari 18, 2008

KISAH BLOG

Umpama cendawan tumbuh selepas hujan.. mencabah dan membiak di ruang cyber ini.. mungkin ini kesan daripada kecelikkan IT yang diusahakan oleh Pemerintah kita 15 ke 20 tahun yang lepas.. atau mungkin juga sudah resmi kehidupan dunia yang baru pasti ada ikutan dan selepas itu akan mula dilupakan ataupun dikatakan ketinggalan zaman. Mungkin juga kerana teknologi pengkoputeran terlampau laju macam juga teknologi telefon bimbit yang terlalu laju untuk dikejar.. sekiranya kita membeli telefon bimbit yang paling canggih pada hari ini esok belum tentu ia paling termaju atau tercanggih lagi !!!. Sampai menjadi satu lawak bodoh di antara kami Agen-agen DAAT esok lusa keluar pula telefon bimbit dengan fungsi 'tool box' atau jex kereta... lucu bukan. Agen DAAT terutama Mr Penasihat IT memang tak boleh lawan tentang kecekapan dalam bidang ini... dia pun laju terutama di waktu malam dia boleh mengadap depan komputer sampai pagi.
Balik kepada blog, rata-rata mungkin ada yang menjadikan dairi harian dan ramai jugak yang menjadikan sebagai satu platform untuk menyampaikan sesuatu... terasa yang terbuku dari hati dan yang terfikir dek otak... ada yang bernada positif dan ada yang agresif... dan ia menjadi lebih terbuka dan amat hangat terutama tahun ini dikatakan tahun pilihanraya.. perang cyber sudah lama bermula dan apakah kesannya menyeluruh? itu belum pasti kerana masih ramai yang masih tidak ambil pusing terutama yang berada buta IT. Namun bagi pelajar (ada juga yang menggunakannnya hanya untuk chatting atau main games sahaja) sudah semestinya menjadi kewajipan... bahkan boleh dikatakan ketinggalan zaman jikalau tidak tahu menggunakan komputer. Mungkin kerana di sekolah-sekolah sudah ada mata pelajaran IT. Apa yang pasti ia tidak mampu disekat lagi... itu belum di masa hadapan hanya dengan telefon bimbit boleh mengagcess mana-mana laman web... dan yang menariknya kita semua akan lebih terbuka pemikiran atau mungkin juga hanyut dalam keseronokkan hiburan yang ditawarkan...

Khamis, Januari 17, 2008



NGIDUP API

Nak berkhemah memang mewajibkan diri sendiri dan team kita tu masak sendiri dengan resepi yang tak macam kedai mamak... kot ada yang bosan dah tidur dalam rumah dengan beralaskan dua bantal busuk dan satu bantal beruang besar di antara ke dua kaki diperturunkan tips nak ngidup api di dalam hutan.


1. Pastikan umpang api yg betul.( kalo gunakan daun, gunakan daun yg jenis terbakar dan bukan yg jenis berbara! )


2. Susunan kayu api yg sesuai, selalunya susunan jenis kon yg digunakan. Cara susunan adalah dengan meletakkan umpan dibawah sekali, dan di susun pula dengan ranting2, pastu yg besar sikit, besar lagi sikit, teori dia adalah, umpan bakar ranting, ranting bakar ranting yg besar sikit, ranting yg besar sikit bakar ranting yg lagi besar, ranting yg lagi besar, bakar dahan yg paling kecik, dahan yg paling kecik bukan dahan sederhana besar


3. susunan juga mestilah tidak menghalang laluan angin, kerana susunan kayu api yg padat, membuatkan oksigen kurang. susunan yg tidak mula dari kecil ke besar pula menyukarkan umpan membakar kayu2. bila dah ready, barulah nyalakan umpan dengan sebatang mancis.. pastikan arah angin dahulu, supaya angin tak memadamkan api mancis.


P/S : Kalau tak boleh hidup api tuu jugak sebelum masuk berkhemah singgah dahulu di kedai mamak yang berhampiran dan tapau sebungkus nasi beriani, dua ketul ayam goreng, sedikit kuah kurma ayam, sotong goreng dan sayur jelatah tambah kicap buat perisa tambahan... jangan lupa sirap limau untuk membasahkan tekak.

JOM BERKHEMAH



Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti luar dimana seseorang itu perlu berada dan tinggal buat sementara waktu di medan terbuka seperti di hutan, tepi pantai dan lain-lain kawasan. Semasa berkhemah setiap aktiviti perlu dilaksanakan secara bersendirian atau berkumpulan seperti penyediaan makanan, kebersihan tempat dan aktiviti-aktiviti lain.

PEMILIHAN TEMPAT

Pemilihan tempat untuk mendirikan khemah hendaklah dibuat satu jam sebelum hari gelap bagi kawasan terbuka di mana tanahnya rata dan 2-3 jam sebelum hari gelap di kawasan berbukit, tanah tinggi atau gunung.

CIRI-CIRI PEMILIHAN TEMPAT

a.Tanah rata supaya selesa berbaring.

b.Dekat dengan sumber air bagi memudahkan kerja-kerja memasak, mandi dan mencuci.

c.Mempunyai hubungan baik dengan trek supaya mudah bergerak sekiranya berlaku kecemasan.

d.Terdapat perlindungan daripada bukit atau pokok dan tidak terdedah kepada ancaman angin. Elakkan tebing-tebing bukit yang mungkin runtuh berpunca daripada hakisan.

e.Boleh mendapatkan sinaran matahari pada waktu pagi untuk mengeringkan udara lembap dalam khemah dan jugauntuk mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah.

f.Mempunyai pemandangan yang menarik supaya seronok dan lapang melihatnya.

g.Pastikan tempat yang dipilih tidak mempunyai kesan tapak kaki binatang buas, najis binatang atau sumber makanan binatang seperti kawasan buluh dan pokok pisang.

h.Jangan sesekali mendirikan khemah di kawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri khemah kita akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakaan denai tersebut.

PENYUSUNAN TAPAK PERKHEMAHAN

Penyusunan tapak perkhemahan penting untuk memberikan keselesaan dan ianya mengambil kira faktor keadaan mukabumi kawasan tersebut. Bagi kawasan yang sempit dan memanjang, mendirikan khemah dalam satu barisan dianggap sesuai. Walaubagaimanapun jika kawasan itu agak lebar, dua barisan perkhemahan adalah lebih baik. Untuk kawasan yang lapang, system bulatan merupakan susunan yang paling sesuai sedangkan bagi kawasan yang tidak menentu keadaan tapaknya, perkhemahan secara berselerak bolehlah dibuat mengikut keadaan tempat tersebut.

Rabu, Januari 16, 2008

TARGET BARU

Hari ini umpama tahun baru bagi semua agen-agen DAAT kerana ada beberapa sebab antaranya DAAT kembali mendapat mandat daripada beberapa organisasi untuk kekal menjadikan DAAT perunding untuk aktiviti mereka. Mungkin projek tersebut tidaklah terlalu besar hingga mencecah jutaan ringgit seperti projek-projek wilayah koridor yang dilancarkan oleh kerajaan tetapi tetap menguntungkan. Mr CEO telah menunjukkan jalan yang begitu teliti dan penuh perancangan dengan konsep 'up jadi' kurangkan bercakap dan yang penting bertindak... !!! Beliau yang terkenal dengan konsep pelaburan 100% telah terpaksa mengorbankan tugas hakiki untuk memastikan projek pelaburan di sebuah kawasan pelaburan di tempat paling strategik untuk memantapkan kedudukkan ekonomi tahun ini (lokasi terpaksa terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan). Maka dua hari berturut-turut beliau dengan mem besar beliau bertungkus-lumus menceburkan diri di projek pertama tahun ini. Mr Koordinator yang kesunyian dan kesepian pada awal-awal tahun disebabkan opisnya umpama diserang garuda telah menjebakkan dirinya ke lokasi yang paling ketat kawalannya itu untuk sama-sama memantau projek pelaburan tersebut sambil merasai keenakkan nasi lemak dan white coffea di sebuah Kopitiam berhampiran.

Agen -agen DAAT yang lain semacam sudah lama kekeringan darah di keris masing-masing seperti tidak sabar memulas trotal pada tahun ini untuk menunjukkan skil seperti tahun-tahun lepas dan seperti biasa strategi demi srategi telah disusun sambil disulami roti canai dan teh tarik, barli ais dan kopi 'o' mengikut selera masing-masing di kedai mamak yang terpaksa dirahsiakan lokasinya juga atas sebab penjimatan kos semangku(kot-kot ada yang nak tumpang semankuk). Resolusi yang terbesar dihasilkan dalam perbincangan tersebut ialah melancarkan 'MISI RM 2000.00' pada 19 & 20 Januari 2007 ini yang akan dilaksanakan oleh anak-anak seredin yang sedang ditarbiah untuk menjadi pelapis DAAT. Satu misi yang diketuai oleh Saudara Abrar yang berpeluh mendapatkan RM 1000.00 hadiah pertandingan Futsal hujung minggu ini di bandar Diraja dan satu misi lagi RM 1000.00 hadiah pertandingan Karnival Asyura yang dikepalai oleh Saudara Faez di Bandar Kedamaian abadi. Mr Koordinator dengan dibantu Agen Nizam dan Agen Chor akan menurunkan ilmu sepanjang bertugas untuk menjayakan misi RM 2000.00 pada hujung minggu ini. Sekiranya hanya berjaya memperolehi RM 1500.00 atau RM 1300.00 projek ini akan diistiharkan gagal dan pasti tindakan haragiri (seperti samuari Jepun yang membunuh diri jika gagal)akan diambil.


Mr Penasihat Kewangan yang kembali mengganas telah menceburkan diri di dalam projek pemasangan awning dan pelamin dengan rakan kongsi beliau saudara Atan yang masih dihantui kenangan dibaling telur mentah ketika sambutan harijadi beliau tahun lepas. Mr Penasihat Kewangan seperti biasa hanya dapat dihubungi ketika sakit kembali tidak lekat duduk rumah ketika sihat dan dipercayai menjadikan highway Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) susur keluar Jelapang - Kuala Kangsar - Changkat Jering sebagai laluan biasa bila beroperasi.


Mr Penasihat IT pula yang diam-diam memasuki era merah di negeri di hujung Negara ini pula telah ditembak oleh Mr CEO dan Mr Koordinator yang telah berjaya menghidu misi tersebut tetapi beliau akhirnya telah mengistiharkan misi tersebut ditangguhkan telah kembali berjinak-jinak dengan tugas hakiki setelah tahun lepas dipenuhi dengan aktiviti tidur disiang hari dan bekerja di malam hari.


Semoga tahun ini akan memberikan keceriaan dan kecemerlangan bagi semua agen DAAT yang terkenal dengan sikap tidak boleh duduk diam dan mungkin kepanasan bahang pilihanraya seperti yang war-warkan oleh parti-parti politik sekarang akan menjadikan pengalaman yang amat menterujakan bagi semua agen DAAT yang pertama kali menghadapi susana tersebut sejak ditubuhkan.

Jatidiri kanak-kanak... agenda DAAT 2008

Selasa, Januari 15, 2008

HARI ASYURA


Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda:


"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".


Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?".


Maka berkata Rasulullah S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!".