Rabu, Ogos 17, 2016

PENTAS BERGERAK

Kadangkala tanpa disangka-sangka, dalam mana-mana organisasi kita tak dapat lari dari dari terlibat dengan mana-mana majlis rasmi atau separa rasmi yang memerlukan persiapan yang teliti. Selalunya terpaksa menggunakan belanja yang besar tambahan pula jika ada jamuan makan dan persiapan tempat yang  memerlukan khemah. Memang letih kalau macam tuu... tapi bagi organisasi yang besar selalunya bajet pun besar jugak dah tentu dak ada masalah. Banyak pertubuhan yang kecil kadangkala pening kepala memikirkan persiapan-persiapan ini. Tambahan pula jika dapat Ahli Jawatankuasa yang hanya pandai bercakap sahaja tanpa ada tindakan. 

Persiapan tempat melibatkan khemah, kerusi meja, penghawa dingin atau pun kipas angin paling koman. PA Sistem juga penting kalau dibiarkan akan jadi spoil sesuatu majlis. Pentas atau rostrum jika ada ucapan dan penggunaan pentas serta banyak lagi. 

Jadi kita perlu kreatif melaksanakan apa jua persiapan yang perlu. Jadi macam mana nak kreatif. Ohh ya saya ada sekeping gambar yang boleh membantu. Kreatif atau tidak anda nilaikan !




Pentas bergerak live band dalam satu majlis yang pernah dikendaliakan

Selasa, Ogos 16, 2016

SEKOLAH DAN LATIHAN KEPIMPINAN

Bagi penulis di zaman bangku sekolah adalah proses latihan menjadi kepimpinan sesorang, di sekolah kita mengetuai apa sahaja organisasi sekolah. Pengalaman penulis sekolah agak unik kerana pernah meninggalkan sistem persekolahan biasa kerana memasuki sekolah aliran agama sepenuhnya ketika di Tingkatan 1, 2 dan 3 sebelum kembali ke sistem biasa di Tingkatan 4.

Seorang pelajar sebenarnya perlu menganggotai sebuah persatuan, satu kelab, satu badan beruniform, satu permainana dan satu rumah sukan, itu belum lagi jawatan-jawatan seperti ketua kelas, pengawas dan pengawas pusat sumber, jadi sebenarnya banyak jawatan yang boleh kita pegang secara tak langsung menjadi latihan terbaik untuk melihat kecenderungan nilai kepimpinan yang kita ada !

Bagi penulis sendiri adalah jugak secebis pengalaman yang hendak di kongsi untuk motivasi bersama terutama adik-adik yang masih bersekolah ;



1982                    SK Seri Selamat               -   Ketua Darjah
1986 - 1987         SK Sungai Wangi                 Pengawas
1989                     Maahad Islah Addiniyah     Pengawas
1992                     SM Ambrose Pengawas      Pusat Sumber
1993                     SM Ahmad Boestamam      Ketua Kelas /
                                                                         Exco Pengawas
1994                                                                 Timbalan Ketua Umum /
                                                                         Ketua Rumah Sukan Syahbandar



Hari Sukan Sekolah ketika di Tingkatan 6,,, Bacaan Ikrar Hari Sukan






               Jangan tiru aksi ini ! Bersama rakan-rakan semuanya hebat-hebat memimpin pelbagai organisasi di sekolah... posing paling rare yang kami buat sebelum meninggalkan bangku sekolah







Ahad, Ogos 14, 2016

SETIAUSAHA; YANG SETIA DAN SENTIASA BERUSAHA !

Dalam banyak jawatan dalam mana-mana organisasi Setiausaha adalah jawatan yang paling banyak hendak dielakkan oleh semua orang, selain Pengerusi jawatan Setiausaha adalah tulang belakang yang paling besar bagi memacu organisasi mencapai matlamatnya, bukan sedikit kisah persatuan yang lumpuh kerana Setiausaha kurang aktif. Penulis secara peribadinya sangat bertuah kerana mendapat latihan menjadi Setiausaha ini dengan seseorang yang perlu dirakamkan di sini.

Ketika penulis berusia 20 hingga 25 tahun masih menetap di kampung dan telah diberikan banyak tanggungjawab menjadi Setiausaha dan penolong setiausaha di masjid di kampung antaranya ;


i.   Setiausaha Biro Belia Masjid Ar Rahmaniah
ii.  Penolong Setiausaha Tabung Kebajikan Kampung Sungai Wangi
iii. Penolong Setiausaha Masjid Ar Rahmaniah
iv. Penolong Setiausaha Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Kampung Sungai Wangi
v.  Penolong Setiausaha Badan Pemuafakan Kampung Sungai Wangi

Di mana jawatan penulis sebagai Penolong Setiausaha, Setiausahanya adalah Pak Cik Hashim Tecklan, seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Kepalanya yang botak dan sedikit gagap tetapi ketelitian dan pengurusan yang sangat baik menyebabakan masjid kampung kami sangat aktif ketika itu, pengurusan yang kemas walaupun masih bangunan kayu yang lama. Beza dengan masjid dengan bangunan baru sekarang.

Penulis belajar banyak perkara dari mencatat minit mesyuarat, laporan dan surat menyurat dari beliau. Mengambil minit mesyuarat sebenarnya bukan sekadar menulis tetapi memberikan pemahaman yang lebih tepat dalam semua yang dibincangkan. Kadangkala dalam mesyuarat yang tidak teratur di mana semua orang hendak bercakap, Setiausaha terpaksa lebih teliti dan fokus apa yang hendak dibincangkan. Kadangkala ketika Ahli Jawatankuasa sentiasa menambah bihun dan asyik mengunyah karipap, Setiausaha kadangkala sebu perutnya kerana serabut banyak sangat hendak dicatat. lagi satu yang lebih penting, minit mesyuarat jangan dibiar perap terlampau lama, nanti banyak yang anda lupa !

Tetapi yang lebih penting adalah latihan, latihan dan latihan !
Bagi penulis, Pak Cik Hashim Tecklan telah memberikan penulis ruang yang besar ketika menjadi penolongnya.
Institusi yang paling banyak memberikan ruang adalah MASJID AR RAHMANIAH KAMPUNG SUNGAI WANGI Masjid kampung teman, banyak yang penulis belajar di sini !

Kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang Setiausaha,

i.   Surat-menyurat
ii.  Sistem failing
iii. Menulis minit mesyuarat
iv.  Asas Pengendalian majlis rasmi
v.  Merancang bajet organisasi

Dari sekolah lagi kita telah banyak belajar perkara tetapi tanpa mempraktikannya mungkin anda hanya belajar teori semata-mata, pergilah mana-mana pusat latihan ataupun pergilah ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah dan daftarlah Kursus Pengurusan Organisasi.

Selepas itu, penulis menjadi Setiausaha Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Negeri Perak, sebuah persatuan seni silat yang diwarisi dari Jawatankuasa yang lama dengan penuh amanah dan tanggungjawab, ketika itu persatuan ini mempunyai cawangan hampir di seluruh daerah di Negeri Perak dan ribuan ahli-ahlinya. Nnatikan kisah ketika menajdi Sentiausaha ini dalam post yang lain.

Ketika itu juga, penulis sangat rapat dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana Imam Masjid merangkap Pengerusi Masjid adalah aktivis ABIM di Daerah Manjung dan Negeri Perak. Ketika itu juga penulis ditawarkan menjadi Setiausaha Kerja ABIM Beruas. Tugasnya agak kalut jugak sebab ABIM Beruas ketika itu sedang dalam proses membuka pra sekolah atau Taski,

bersambung...




kenangan dengan AJK Rakan Masjid, sebelah kiri penulis Saudara Shahril Yahya Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lumut kini. Beliau juga abang kepada Imam Muda Hassan, Juara IM Musim Ke 2. Generasi rakan masjid terbaik pada zamannya.

Khamis, Ogos 11, 2016

REZEKI SYAWAL

Syawal baru saja meninggalkan kita, entah berapa puluh jemputan majlis jamuan hari raya, rumah terbuka dan majlis makan-makan yang kita dapat. Penulis sendiri banyak juga hadir, baik di tempat kerja, jiran-jiran, sanak saudara dan jemputan dari sahabat handai. Ada yang boleh dihadiri, ada juga yang hanya dikirimkan salam takzim, kerana kekangan waktu.

Dalam msyarakat kita hari ini mengadakan majlis begitu bukanlah rumit lagi, perkhidmatan katering dan pengusaha khemah kanopi sedia membantu. Jika ada bajet lebih boleh dapatkan perkhidmatan PA Sistem dan Deejay yang berbayar. Jika di rumah cukup dengan memasang mini kompo saja.

Nilai yang ada kita pertahankan iaitu ziarah-menziarahi, inilah adat bermasyarakat ! Tapi lihat anak-anak kita, adakah mereka juga mengikut, atau lebih selesa dengan aktiviti mereka di depan televisyen, mengadap smart phone atau asyik menangkap pokemon ?




Tuan rumah sambutan majlis di tempat bertugas penulis, big bos



Tuan Syed dan Abang Din rakan setugas penulis.



Ramainya sambil menjamu selera dapat juga bersua muka



Pelbagai citarasa, pilih saja



 Jemput bang...



Hamdan, bila sifu turun sendiri mengoreng



Apom balik, kalau lebih boleh bawak balik... hehe



Anak-anak pasti suka !

Rabu, Ogos 10, 2016

Hidup Sentiasa Memberi !


Hidup sentiasa memberi ! Katakanlah anda ada pengalaman bertugas di mana-mana pusat latihan kemahiran atau pengalaman sendiri masuk ke pusat latihan. Marilah berkongsi dengan rakan-rakan belia yang lain, mereka mungkin tak berpeluang sebelum ini, tak payahlah sembang alatan yang teknikal atau proses yang sangat spesifik, nanti berpinor mata mereka. Cukup dengan berkongsi suasana hari melapor diri, atau pengalaman lucu tersilap dorm. Kadangkala kisah-kisah ini dapat membuat mereka yang tercicir sebelum ini terbuka hati nak lari dari hidup di bawah ketika mak lagi ! Simple kan ?






Kak Awei berpengalaman lama di Institut Kemahiran Belia Negara



Fiza seorang usahawan pengusaha butik perkahwinan yang terkenal di Yan, 
Sambung belajar lagi menajam skil meninggalkan  suami dan anak-anak di rumah.




Belia PERANTIS yang bergraduasi selepas latihan secara 'on job training' 
lepas ni nak ke mana pulak !




Mak Ndak Tokoh Belia Wanita Kedah 2016. 
Banyak yang dikongsi, masa jer tak cukup.