Selasa, Oktober 25, 2011

Power DAT@ Baiah

Aku mempunyai personaliti berlapis. Walaupun aku bukanlah seorang yang sesempurna mungkin dan juga mungkin bukan yang terbaik tetapi aku mempunyai sisi dunia yang tak mampu dijangkau oleh manusia biasa. Aku mulakan satu demi satu. Semuanya memerlukan baiah dan perjanjian taat setia yang nyawa menjadi galang gantinya...


Ketika masih kecil aku sudah berbaiah bertariqat dengan Almarhum guruku. Bertawajjuh setiap malam selasa dan malam jumaat sudah menjadi rutin aku ketika kecil lagi. Dengan jubah putih atau hijau dan dengan serban yang diikat rapi. Satu lagi serban dibalut dikepala. Sebijik macam Arab Badwi yang marhain di padang pasir. Dalam bertariqat yang aku anuti ada juga peningkatan dan peperiksaan yang perlu dipenuhi, untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan...


Ketika rakan-rakan aku masih teraba-raba makna hakikat, syariat dan makrifat aku telah pun bersimpuh seperti tahiyat akhir didepan guruku " Aku datang dari lautan dosa dan taksir... izinkan aku bersuluk dengan tuan hamba 10 hari..." Lafaz seperti itu memutuskan aku dengan dunia luar, tugas aku hanya beibadat, bersolat apabila masuk waktu dan selebihnya berzikir dan berzikir, siang dan malam, dari pagi ke petang dan dari subuh ke dinihari.


Adab bersuluk tidak boleh makan benda yang berdarah selama 10 hari itu. Kata ulama suluk dalam pengajian mereka Imam Ghazali rahimahullah sebelum menulis kitab Ihya' Ulumuddin akan bersuluk selama 40 hari terlebih dahulu.


Dalam peningkatan zikir itu dari Zikir di Latifatul Qalbi meningkat ke Lalifatul Roh sehinggalah ke Kulli Jasadi. Akhirnya guru akan mengijazahkan peningkatan dari satu tingkat ke satu tingkat, dari Nafi Isbat ke Wuquf Qalbi dari Wuquf Qalbi ke Muraqabah... satu perjalanan zikir yang amat panjang dari segi amalan dan rohnya.


Selepas umurku mengajak ke remaja, seorang guru silat tersohor telah datang berpindah kerana bertugas di kampung aku. Apabila melihat kebanyakkan remaja di kampung tanpa aktiviti yang bermanafaat beliau telah membuka gelanggang silat di padang sekolah rendah aku dahulu. Mula dari saat itu setiap hari jumaat malam sabtu aku dan rakan-rakan sebaya di kampung bersilat. Dari satu tahap ke satu tahap, dari satu warna tali pingang ke satu warna yang lain, dari tangan kosong ke tangan sebelah, menginjak ke permainan tongkat, kayu, dan seterusnya keris, parang, tekpi, dalam kain sarung dan 1001 permainan lagi. Dari gelanggang terbuka di padang sekolah kami mempunyai gelanggang sendiri yang akhirnya di iktiraf sebagai ibu gelanggang perguruan kami. Aku sendiri dari pesilat menjadi ketua Gelanggang naik menjadi pembantu jurulatih, dan akhirnya menjadi jurulatih di gelanggang aku sendiri. Ketika itu tiada hari tanpa silat, sehinggakan aku dibayar gaji bulan oleh persatuan atas tanggungjawab itu.


Pada majlis penutup kemuncak kami setelah semuanya memakai tali pinggang hitam 3 Dan kami berbaiah lagi untuk bersama mempertahankan negara ini dari ancaman komunisme dan sebarang anasir yang merancang menjahanamkan negara, Majlis Penamat yang penuh adat-istiadat pesilat melayu yang sukar dimergertikan oleh akal manusia biasa. Basahan air mandian sintok, daun sireh bertemu urat dan kapur barus menjadi bauan yang aku rindukan sehingga kini. Apakah pembaca memahami perasaan itu?


Apabila aku menganjak menjadi seorang dewasa, aku telah dipinang oleh seorang kekanda-kekanda aku dalam bersama berganding bahu menggalas tanggungjawab kepada agama, bangsa dan tanahair. Maka aktiviti harian aku semakin bertambah sibuk dengan aktiviti selepas berbaiah. Ketika aku berhijrah meninggalkan kampung halaman ke satu daerah yang terasing dan sunyi kehidupan 'underground' aku semakin meluas dan penuh berliku. Nak buat kerja ini mesti berjalan di dalam gelap, derap kasut kena tak berbunyi... sehingga kini derap kasut masih tak berbunyi...


Apabila menjadi underground berapa lama akhirnya aku juga menjadi kekanda, bukan sebagai penarik kereta atau pengutip wang berlesen. Aku menitikberatkan pembangunan ilmu kepada adinda-adindaku, belajar sehingga hayat dikandung badan dan aku sendiri masih belajar di sebuh Universiti tempatan di sebuah pulau. Sehingga kini aku masih mempunyai adinda-adinda yang memahami aspirasi ini...


Jauh dalam meniti kehidupan, sisi dunia asing aku berjalan serentak dengan dunia luas aku... sampai bila? entahlah... aku selesa begini dan penuh kerahsiaan, mungkin kerana itu juga aku semakin suka berpakaian warna hitam di khalayak ramai dan putih apabila mengadap tuhan di tikar sejadah...


(kisah ini adalah sorotan dr cerpen penulis, baru belajar2 nk menulis, bahasa tak sesedap yang diminta oleh mata dan enak di dengar oleh telinga... tunggu sahaja di pasaran nanti)

Ahad, Oktober 23, 2011

Power DAT@ Pelancaran Bulan Bahasa

Aku diminta oleh bos aku untuk mewakili beliau ke Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri. Setibanya di sana seperti biasa, banyak muka yang aku tak kenali langsung, rata-ratanya ketua jabatan yang hadir pun aku tak pernah lihat, selainnya adalah pelajar-pelajar sekolah dan pelatih PLKN. Aku selesa begitu, bebas untuk bergerak dan ambil kedudukkan yang aku fikir strategik.Dalam majlis tersebut baru aku tahu bahawa bulan Oktober sememangnya merupakan bulan bahasa kebangsaan.




Antara lain pengisiaannya ialah Ucapan Pelancaran oleh Menteri Besar, Gimik Pelancaran, Persembahan Lagu Puisi, Deklamasi Sajak, Syair dan Gurindam. Memang menarik. Selepas persembahan tersebut satu Wacana Kecelaruan Penggunaan Bahasa oleh Ahli Panel yang banyak memberikan kesedaran tentang penggunaan tatabahasa yang betul baik dalam tulisan dan sebutan harian. Banyak yang boleh aku pelajari.




Selepas tamat majlis kami ketua-ketua jabtan atau wakil dijamu dengan menu yang hebat. Aku juga yang memang lapar tak keberatan untuk menjamu selera yang disediakan. Sambil-sambil menjamu selera itu, aku terfikir kenapakah setelah negara kita merdeka selama 54 tahun Bahasa Kebangsaan kita seperti masih dianggap lekeh oleh kita sendiri yang kononnya mengaku sebagai pejuang bangsa ... tetapi kesedapan ikan siakap tiga rasa yang aku jamah membantutkan jawapan yang dicari dan aku lihat tetamu yang lain juga asyik dengan hidangan masing-masing disulami bunyi sudu dan garpu masing-masing.

Khamis, Mac 10, 2011

PowerDAT@Kompentensi Diri

Selepas bertahun-tahun kita hidup akhirnya satu pemerhatian yang boleh kita lihat ialah kita banyak membazir masa sebenarnya, benarlah firman Allah swt dalam Surah Al Asr bahawa "Demi masa, Sesungguhnya manusia itu berada kerugian.... "
Bagi kita yang belajar sedikit sebanyak ilmu pengurusan masa, sudah tentu kita sedia maklum bahawa masa kita selama 24 jam kena dibahagi kepada 3 bahagian, iaitu 8 jam bekerja, 8 jam rehat/tidur dan 8 jam beribadat. Dalam pelaksanaan adakah kita mematuhi peraturan ini? Sudah tentu tidak... mana ada orang yang mengadap meja makan dan mengunyah tidak berenti selama 8 jam, waktu tidur juga begitu, hanya kanak-kanak yang perlu mematuhi aturan tidur 8 jam ini rasanya. Beribadat 8 jam...? Tepuk dada tanya selera. Jadi kemana masa-masa kita dihabiskan, jangan kita teruja dengan kajian mengeluarkan statistik kerana angka-angka yang dikeluarkan juga tidak dapat membantu apa-apa. Apa yang boleh disimpulkan masa kita banyak terbuang di perjalanan, kesesakan jalanraya pergi dan balik kerja.... Apa lagi yang boleh kita buat selain dari menjamu telinga dengan mendengar lagu pilihan terkini dan labun penyampai-penyampai radio.
Mungkin kerana itu banyak perniagaan kini bejalan secara online... kalau kita berminat mungkin kita boleh memilih satu dan memulakannya. Abaikan tentang produk... kini apa sahaja yang mempunyai khasiat adalah berpontensi untuk dijual, kalau kita bukan pencipta mungkin kita boleh menjadi pengguna dan akhirnya penjual.
Bagi yang mempunyai semangat untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi inilah masanya untuk mengisi kekosongan masa yang dibazirkan, jangan persoal soal tua, tak cukup masa, malas dan kemampuan kewangan. Anda akan kagum dengan semangat orang lain yang lebih tidak berkemampuan dari kita, percayalah ! Kenapa mereka ini belajar apatah lagi warga emas yang sudah dihujung usia ?, mungkin ada sesuatu dalam jiwa mereka yang perlu kita terokai...
Aktiviti keluarga juga boleh dijadikan satu rutin aktiviti yang menyeronokkan, berapa lama kita sudah tidak menjengok bapa dan ibu saudar kita ? Sepupu atau 2 pupu juga semakin jauh, apakata kita kumpulkan semua dalam perhimpunan yang besar, mungkin ada yang berani menubuhkan koperasi atau Yayasan keluarga, saya pernah berjumpa keluarga yang berinovasi ini...
Cukup sekadar itu mungkin anda ada idea yang lebih hebat lagi. bukan begitu?

Sabtu, Februari 12, 2011

PowerDAT@Seminar Berbayar

Setelah menghadiri dan menganjurkan pelbagai seminar, konvesyen, bengkel, simposium, Kursus-kursus Bina Insan aku akhirnya berjaya juga menghadiri juga Seminar yang berbayar... Mungkin selama hari ini kerana selalu disogok dengan kursus-kursus free yang ditaja sepenuhnya aku agak teragak-agak untuk menyertainya. Aku cuba untuk untuk mendaftar dengan mengisi borang online berapa kali tapi apabila sampai ke ruangan untuk bayaran juga secara on-line aku kembali berfikir 'bebaloi ka kalau pergi..." . Akhirnya aku pangkah web tersebut... habis cerita.

Kerana tarikh seminar tersebut masih belum ditutup dan masih ada kekosongan akhirnya aku kembali mengisi borang tersebut... semua langkahnya aku ikuti satu persatu... semuanya tentang butiran peribadi, akhirnya sampai juga ke ruangan yang ditunggu-tunggu,,, bab bayaran!. Kali ini aku nekad,,, aku memilih melalui perbankkan online walaupun boleh juga secara tunai atau kad kredit,,, fuhhh,,, kali ini aku berjaya,,, dan tak lama selepas itu masej telefon aku berbunyi,,, pendafataran anda diterima, no, pendaftarannya sekian sekian.... aghhh!!! biar betul aku nie...

Kali ini ada satu lagi kebimbangan aku lagi,,, sebenarnya isteri aku sudah hampir benar nak bersalin lagi,,, aku bukanlah bimbang kesihatan isteri atau anakku cuma aku takut kelahiran yang kali ini jaruh pada hari aku akan pergi ke seminar tersebut kerana jika lahir pada hari yang sama namapaknya punhlah harapanya kerana kami sudahlah tiada kluarga terdekat disini dan aku pun berjanji dah untuk tidak mahau menghantar anak-anak aku yang tua tue untuk dijaga oleh sesiapa walaupun sebenarnya ada yang menawarkan diri untuk menjaganya ketika isteriku bersalin nanti. Hari ke hari yang aku tunggu amat mendebarkan,,,

Akhirnya hari yang dinanti pun tiba,,, isteri aku pun masih tersenyum,,,, belum bersalin lagi,,, masih lagi boleh pekena pizza atau ke kedai kegemarannya. Kerana memikirkan hadir ke seminar ini adalah kerja peribadi, bukan kerja rasmi aku,,, aku memilih untuk mengosok sendiri kemeja yang telah aku pilih untuk pakai, warna hijau muda jalur putih dan seluar kaki biru tua,, kedua-duanya jarang aku pakai,,, boleh dibilang dengan jari. Aku melihat jam ditangan dan masih sempat membeli sarapan untuk anak-anak aku dan isteriku yang terlepas peluang menggosok baju pagi ini masih lena mamai pagi-pagi yang masih gelap itu...

Aku memelih untuk menaiki motorsikal sahaja... motorsikal aku dengan kuasa kuda 110cc yang banyak berjasa, ketika banjir baru-baru ini dikawasan perumahan aku tinggal motorsikal aku berjaya menjadi kapal selam walaupun banyak kenderaan lain punah,,,

Sampai sahaj di tempat seminar aku memilih untuk tidak berkawan dengan sesiapa pun sebenarnya satu muka pun aku tak kenal,,, aku terfikir kenapa mereka hadir seminar ini,,, walaupun yang hadir nampaknya bukanlah calang-calang orang,,, ada yang datang dengan Alphard, BMW, kereta buatan Malaysia sudah pasti ada dan tak terkecuali ada juga yang bermotorsikal seperti aku. Kami memilih untuk parking dicelah-celah kereta yang bersusun itu,,, nampknya hampir penuh uga ruangan untuk parking,,,,

Selepas mengesahkan kehadiran, semua peserta dipakaikan gelang oleh krew yang bertugas,, ramai juga krewnya, semua dengan peranan masaing-masing, ada yang jaga meja pendaftaran, yang disitu sudah tentulah perempuan, ada yang mengedarkan borang kerana meja pendaftaran penuh, sambil-sambil menunggu pintu dibuka aku meninjau-ninjau ruang pameran dan jualan yang ada, sudah tentulah produknya yang berkaitan dengan seminar tersebut, banyaknya buku-buku dan majalah yang terpampang muka pemidato kami nanti,,, orangnya taklah hansome sangat tapi ada karisma,,, itu sudah pasti kalau tak taklah seramai ini orang datang...

Masa yang dinanti pun tiba tepat pada waktunya pintu pun dibuka, hanya pintu utama, pintu-pintu lain ditutup, kami iringi masuk dengan lagu mission imposible, krew-krew yang didalam lagi ramai, ada yang menyumbat earphone ditelinga dan walkie talkie terselit dipinggang, semuanya bertshirt hitam dengan muka pemidato kami ditengah-tengah, ini betul macam misi imposibel,,, arahan pun dibagi oleh pengacaratelefon bimbit pun diminta silent mode, sebarang rakaman diharamkan. Kami pun berpusu-pusu masuk, semuanya cuba mendapatkan kerusi dari posisi yang terbaik. Aku memilih kerusi yang paling kiri,,, tengah tengah taklah depan sangat dan taklah dibelakang sangat,,, sedap-sedap rasa bole jengok kebelakang boleh intai-intai yang didepan... Aku melihat semua yang datang agak segak-segak dan bergaya semuanya,

Pengacara pun memulakan labunnya,,, kerana aku biasa juga menjadi tukang labun jadi situasinya sama sahaja, peranan tukang labun untuk menarik perhatian audien yang semuanya macam control bagus termasuk aku. Kami dipanaskan dengan senaman chiken dance,,, juga kerana tarian itu sudah sebati dengan aku maka stepnya taklah terlampau asing sangat bagi aku,,, ada juga yang kekok baru nak cuba-cuba,,, ahhh hentam sajalah labu,,,,

Setelah hampir 2o minit melabun dan ditayang video yang menarik tentang kuasa senyuman dan satu lagi testimonial peserta terdahulu,,, ada juga muka-muka artis yang pernah pegi nampaknya,,, akhirnya tukang labun pun menjemput pemidato utama kami seorang, beliau keluar dengan iringan muzik M. Nasir dan dia menyanyikan lagu tersebut,,, tajuknya alamak tak ingatlah pulak tapi macam biasa-biasa dengar,,,

Setelah memulakan hampir separuh hari akhirnya aku memahami konsep ajaran beliau, apa yang menjadi intipatinya bukanlah asing sangat bagi aku, apa yang boleh aku katakan ilmunhya tentang potensi diri sendiri yang tak pernah kita gunakan, kuasa dalaman, dan kuasa minda. Juga ciri-ciri personaliti diri yang sering kita abaikan,,, sehinggalah ke petang,,, akhirnya seminar ini belum mencukupi sebenarnya,,, kerana pemidato ini ada siri kursus yang lain pula dengan bayaran yang lain juga,,, berkali-kali ganda harganya,,, dan sebagai penjul yng baik sudah tentu dia menawarkan harga terbaik,,, ramai yang berlari mendapatkan harga terbaik tersebut,,,

Diakhir seminar tersebut aku akhirnya mengetahui apa sebenarnya isi seluruh ilmu baru yang diajarnya, ia lebih kepada kuasa personaliti yang mengabungkan beberapa rahsia dari dalam diri kita sendiri atau 'power' yang jarang semua orang gunakan... selebihnya apa yang boleh dikatakan tidak rugi anda keluarkan sedikit modal untuk memperolehi sesautu yang berbaloi...


Rabu, Februari 09, 2011

PowerDAT@Rekreasi $$$

Balik dari opis, aku selalunya menghabiskan masa petang dengan membawa isteri dan anak-anak ke Tasik Darualaman... sebuah tasik tempat rekreasi yang boleh dikatakan happening jugaklah, ramai yang datang ke sini berpakaian sukan walaupun bukanlah semuanya berjogging pun sebenarnya. Selalunya anak aku yang sulung akan membeli makanan ikan yang dijual RM1.00... ikan-ikan itu pun meriahlah meloncat-meloncat jamuan free yang ditabur.

Sambil-sambil itu aku tinggalkan mereka sekejap untuk cuba menghabiskan larian dalam 4km itu, walaupun sering dipotong aku cuba untuk tidak berjalan sepanjang trek mengelilingi tasik itu. Sambil-sambil berlari pelbagai ragam manusia boleh kita lihat, ada yang datang membawa binatang jinak yang dibela, selalunya kucing dan arnab yang bulunya gebu-gebu belaka. Ada yang ghairah mengambil gambar dengan DCLR . Kalau angin kuat boleh juga penaik layang-layang.

Selepas km2 disebelah tasik itu ada kebun getah dan seorang nyonya dengan pakaian sukannya akan tekun menoreh walaupun banyak mata memandangnya... satu aktiviti senaman yang menguntungkan? Berapa ramai dari kita yang boleh berfikiran demikian? Berekreasi sambil menambah pendapatan... untung getah sekerap yang dijualnya sekarang mungkin lebih tinggi dari gaji seorang operator pengeluaran kilang. Mungkin kita perlu tiun otak kita untuk menjadikan hobi berekreasi itu juga sebagai sumber pendapatan?. Ada sesiapa yang ada idea...?

Isnin, Februari 07, 2011

PowerDAT@Mountain Bike

Semua orang mempunyai hobi... semuanya best-best belaka, orang yang tidak mempunyai hobi boleh di katakan hidupnya kurang ceria... mungkin dunianya hanya di tempat kerja atau belajar sahaja, aktiviti sosial juga terhad, kawan-kawan pun kurang... kini banyak aktiviti luar yang boleh kita ceburi. Bagi yang kreatif pula ada yang menjadikannya sebagai sumber pendapatan pula,,,

Bagi yang baru hendak menceburi bidang baru... apa kata cuba dapatkan sebuah basikal mountain bike dan cuba berkayuh perlahan-lahan di sekeliling rumah... cuba dapatkan keperluan asas seperti topi (bagi pengkayuh tegar adalah menjadi kesalahan jika tidak mempunyai topi) dan pakaian yang sesuai... perbelanjaan yang anda perlu peruntukkan adalah kurang daripada RM2000.00 bagi mendapatkan sebuah basikal dan keperluan asas tadi.

Kini banyak kelab-kelab basikal di seluruh negara yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan... salah satunya ialah KBSTEAM... cubalah teroka blog yang berwarna-warni ini... anda akan jumpa berpuluh blog yang sama minat dan jenama basikal yang memang mengiurkan... cubalah... anda akan berbaloi membelinya... jumpa anda nanti di jamboree-jamboree yang dianjurkan...