Selasa, Februari 26, 2008

DAAT De IRAU

Setelah bersusah payah merancang, melaksana dan memecah kepala menghadapi beberapa krenah brokrasi akhirnya XPDC Menawan Gunung Irau dan Gunung Berinchang akhirnya terlaksana juga. Projek pendakian yang diketuai oleh GI Zahari di bantu GI Nizam dan dipandu arah oleh GI Chor akhirnya misi menghabis masa lapang hujung minggu ini tercapai juga. Anak-anak seredin yang sudah jemu duduk rumah telah menyerahkan diri untuk dikorbankan dan didera sepanjuang perjalanan yang mencabar itu. Berbekalkan kekuatan semangat, duit tambang yang ditanggung oleh ibubapa sendiri dan beg Akademi Fantasia akhirnya membuktikan tanpa latihan insentif pun boleh sampai juga walaupun dah macam nak tercabut kepala lutut. Gunung Berinchang yang ketinggiannya 6666 dari paras laut telah dipilih sebagai lokasi perkhemahan sebelum menghenjut diri ke Anak Irau sebelum shoot terus ke Puncak Irau... Pengalaman yang menterujakan terutama dengan 'Night Walknya...'

Irau dan anaknya dari puncak Menara Berinchang...













Pernah menonton Filem Puteri Gunung Ledang? Disinilah lokasi pengembaraannya...
















GI yang berkepakaran darat, laut dan udara....
















Jemu dok makan masakan emak...



















Makan dulu sebelum mendaki...



















Sejuk niiii...














Base Camp...

















Sarjan Sounders dalam pembikinan...




Pasukan sokongan...

suami isteri minat yang sama...












Anak Buluh Betong yang turut nak bergambar

hehehe...








9 darjah celcius....

Khamis, Februari 21, 2008

DAAT De ERA



Hari semalam yang penuh ketegangan akibat beberapa konflik yang berlaku telah menyebabkan Mr Koordinator terpaksa memanggil persidangan tergempar yang disertai oleh Mr Nizam di sebuah kedai roti canai terkemuka di tepi jalan penginapan Mr Nizam. Hidangan roti sardin dan kopi Radix yang terhidang menyebabkan perut masing-masing kekeyangan. Akibat perbincangan tersebut melepasi waktu maghrib menyebabkan Mr Koordinator telah bergegas balik untuk mengikuti Buletin Utama pula yang di jangka menarik dengan perkhabaran calon-calon YB di sesetengah negeri. Dalam keasyikkan menonton tersebut satu panggilan telah diterima dari Mr CEO yang dalam perjalanan ke daerah operasi DAAT. Mr Koordinator yang meminta isterinya menghidangkan milo o dan roti kering telah ditolak mentah-mentah oleh Mr CEO yang kebulur belum makan. Akhirnya Restoran Mapple Era menjadi destinasi persinggahan untuk memenuhi tuntutan perut dan akibatnya hidangan malam semalam dipenuhi dengan daging kambing, telur dadar dan pelbagai hidangan sampingan yang lain.
Seperti biasa kedatangan Mr CEO mesti dipenuhi dengan pelbagai strategi perniagaan dan semalam dua orang tokoh terkemuka korporat telah menemui dan membentang strategi perniagaan masing-masing, satu dalam bidang telekomunikasi dan satu lagi dalam bidang kejuruteraan. Mr CEO yang ditemani adiknya seorang tokoh terkemuka di 'Gerbang Malam' Bandaraya Bourgunvilla telah menunjukkan minat yang amat mendalam dan memungkinkan pelaburan yang dijangka akan mencecah jutaan ringgit. Setelah berbincang panjang lebar Mr CEO telah mengopakkan dirinya dengan bersetuju untuk membayar semua bil jamuan malam tersebut dan Mr Koordinator pulang dengan kekeyangan sehingga ke pagi.....

Selasa, Februari 19, 2008

DAAT De MEETING

Agen-agen DAAT semalam bertemu dalam kerangka membentuk strategi untuk melaksanakan beberapa misi di awal tahun ini. Agen Chor yang telah diminta untuk jangan turun akhirnya telah menjalankan misi lari dari tugas sejauh 80km untuk turun bersama Agen Nizam dan Agen Zahari yang baru kembali dari misi di Cherating, Pahang Darul Makmur. Akhirnya Mr Koordinator DAAT telah mengopakkan dirinya dengan membelanja semua agen-agen di kedai Mapple Era yang menjadi pot utama DAAT buat masa kini.
Topik perbincangan banyak berkisar di sekita XPDC mendaki gunung pada minggu ini dan Kursus Kepimpinan Pengawas sekolah pada minggu hadapan. Topik pilihanraya juga dibincangkan. Akhirnya pada sebelah petang Agen Zahari kembali ke tempat projek pertaniannya dan Agen Chor kembali ke bandaraya Bourgunvilla dengan keazaman yang tinggi. Mr CEO pula tidak henti-henti menelefon perkembangan terkini di pusat pentadbiran DAAT kini. Mr Koordinator pula dalam senyap telah menerima panggilan misteri yang memungkinkan beliau akan berhijrah kembali... Benarkah? Masa juga akan menentukan....

DAAT De FAMILY DAY

Pada hujung tahun yang lepas Pengurusan DAAT menyertai Hari Keluarga yang dianjurkan oleh Kelab Sukan ditempat mereka bertugas, tempat pemilihan Hari Keluarga ini bandar L yang tidaklah begitu asing bagi semua agen-agen DAAT. Maklumlah di daerah Permai ini jugak. Setiap keluarga yang menyertainya dimestikan membayar RM 20.00, eemm.... tidaklah membebankan kalau nak dibandingkan dengan makan minum, penginapan dan aktiviti yang dijalankan... Mr CEO yang amat terkenal dengan semangat kekeluargaan telah memenangi Anugerah Paling Romantis pada malam BBQ, manakala Mr Pakar IT telah memenangi beberapa hadiah cabutan bertuah yang meriah pada malam tersebut yang dikendalikan oleh sahabat baik semua agen DAAT keturunan Kublai Khan dari Ulu Negeri... Mr Koordinator pula telah membolot hadiah sukaneka pada sebelah petangnya sehingga menjelouskan orang lain.
Lain halnya dengan Mr Penasihat Kewangan yang asyik dengan aktiviti ranjaunya al maklum belum mempunyai keluarga yang hendak di bawa... Namun dalam kegembiraan itu, Big Boss yang amat dihormati seperti diraikan perpisahannya dan ketika entry ini ditulis berita itu telah pun menjadi kenyataan... Namun keseluruhannya Hari Keluarga tersebut amat berjaya... dan kolam renang di resort tersebut menjadi saksi aktiviti berkubang semua pengurusan tertinggi DAAT.














BBQ di sebuah resort yang terkenal di Bandar L.....




















Acara Sukaneka


















Sambut belon...



















Minum jangan tak minum...



















MR IT nyuap tembikai ke mulut MR CEO


















Beselemoih...

Khamis, Februari 14, 2008

DAAT de ASYURA

DAAT kembali mendapat mandat dari organisasi utama mereka untuk membawa misi RM 1,000.00 iaitu untuk menjadi johan Karnival Asyura Rakan Muda Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di bandar Kedamaian Abadi. Mr Koordinator DAAT dan Agen Nizam yang telah memegang jawatan Pegawai Operasi DAAT kini telah melaksanakan satu tugasan yang cemerlang apabila mencatatkan kejuaraan yang dicemburui oleh setiap team besar yang lain. Walaupun melatih anak-anak seredin yang tak tau apa-apa lagi namun strategi yang disusun telah berjaya digapai walaupun cuba disabotaj oleh pihak-pihak yang tidak dikenali , namun secara moralnya johan tetap johan. Mr Koordinator telah menghantar anak-anak seredin yang menjadi teras ini ke acara amal di surau kampungnya bagi melatih tubi bagaimana hendak mengacau bubur asyura walaupun telah menjadi isu dengan siak di kampungnya. Namun dengan bermatlamatkan serampang dua mata akhirnya beliau berjaya meminjam segala peralatan di surau tersebut dengan tanpa dikenakan bayaran. Dengan bermodalkan sedikit kewangan peruntukkan Agen Nizam yang melaksana misi tersebut akhirnya mengapai kejayaan yang terus menyerlahkan kemampuan DAAT dalam mengalas misi yang diamanahkan...!!!


















Bahan-bahan yang digunakan dalam aktiviti mengacau


















Aksi oleh pencabar terdekat


















Hasil Asura Andaman Kasih

Rabu, Februari 13, 2008

DAAT de TOUR

Kerajaan akan terus menganjurkan perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) jika ia dapat memberikan manfaat kepada sukan pelancongan tetapi juga kepada perkembangan sukan tersebut di peringkat akar umbi.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan mengambil alih penganjuran tersebut demi untuk menarik minat dan mengembangkan lagi sukan berbasikal di negara ini.

Menurut beliau, penganjuran Le Tour de Langkawi hanya semata-mata mencari keuntungan tidak memadai jika sukan berbasikal tidak dapat menarik minat di peringkat akar umbi.

‘‘Walaupun banyak pihak mengkritik penganjuran perlumbaan ini yang masuk tahun ke-13 tetapi bagi kementerian ia mempunyai kelebihan tertentu.
‘‘Sehubungan itu saya mahu Le Tour de Langkawi yang diuruskan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) membuktikan ia dapat merealisasikan hasrat kerajaan,’’ ujarnya.



Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan logo, imej, laman web dan pejabat urusetia Le Tour de Langkawi 2008 di Pusat Akuatik Nasional, Kompleks Sukan Bukit Jalil, semalam.
Le Tour de Langkawi 2008 yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 17 Februari tahun depan menampilkan penyertaan 25 pasukan.
Sejumlah 15 pasukan ProTour termasuk dari Eropah, Amerika Syarikat dan Asia akan menyertai perlumbaan edisi ke-13 ini.
Azalina juga turut menyarankan kepada MNCF untuk mengurangkan perbelanjaan pada edisi 2008 selepas tahun lalu kos yang dibelanjakan mencecah RM20 juta.
‘‘Ini adalah ujian penting untuk MNCF dan mereka harus menguruskannya dengan baik.
‘‘Peluang ini kerajaan berikan semata-mata ingin melihat sejauh mana kemampuan dan keupayaan persatuan menganjurkan perlumbaan berprestij dunia,’’ katanya



















Selasa, Februari 12, 2008

DAAT de Iklan

De Andka Adventures Team (DAAT)
Managed by De Andka Marketing

Memerlukan seorang yang berdedikasi, sanggup bekerja tanpa seliaan dan mempunyai kelayakkan seperti yang diperlukan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut ;

Jawatan : EKSEKUTIF PEMASARAN (Operasi)
Kelayakkan (Minimum) : DIPLOMA SAINS SUKAN (Rekreasi)
Gaji : RM xxx.xx + komisyen

Berpengalaman sebagai jurulatih rekreasi dan jualan langsung adalah satu kelebihan.

Sediakan resume dan e-mel di : daat3036@yahoo.com.my