Khamis, November 30, 2006

Tips Berkhemah atau Dah Jemu Dok Rumah




Dianugerahkan dengan Hutan Hujan Tropica yang luas, Malaysia merupakan salah satu distinasi Eco-tourisim atau pelancongan berasaskan alam semulajadi yang terkenal di rantau asia. Hutan tebal, sungai dan gunung ganang merupakan tulang belakang kepada hutan tropika ini. Kepada sesiapa yang sanggup menghadapi cabaran, peluang untuk menjelajah dan mengenal dengan lebih mendalam rahsia hutan amat terbuka luas.Akan tetapi, hutan boleh dijadikan kawan dan ia juga boleh menjadi lawan sekiranya kita tidak betul-betul bersedia menghadapinya, baik dari segi kelengkapan peralatan, pengetahuan, kekuatan mental dan kekuatan fizikal. Untuk itu kita haruslah memahami segala bentuk cabaran yang sedia menanti dalam hutan sebelum cuba untuk menaklukinya kerana ia boleh menjadi sangat mencabar dan merbahaya dari banyak segi.Disini saya ingin membawa kepada anda sedikit panduan dan juga tatacara untuk hidup di dalam hutan sebelum kita bercadang melangkah ke alam semula jadinya yang penuh dengan keajaiban.


Rasa hormat dan cinta terhadap alam semulajadi merupakan permulaan yang baik sebelum melangkah lebih jauh ke dalam hutan. Disamping berfikiran terbuka, mempunyai perasaan yang positif terhadap hutan juga boleh membantu semasa berada di hutan.


Keadaan Fizikal dan MentalFizikal lebih menjurus kepada elemen kekuatan (tenaga luaran/penampilan) dan mental pula berteraskan elemen pemikiran ( kecekalan/tenaga dalaman).
Selalunya, mental akan terlebih dahulu mengaku kalah sebelum fizikal. Sekiranya mental anda awal-awal lagi sudah mengaku kalah, walaupun dari segi fizikal anda masih boleh meneruskan perjalanan maka anda tidak akan sampai ke detinasi yang di tuju. Akan tetapi sekiranya mental anda berkata anda akan sampai ke tempat yang di tuju, walau apa pun halangan fizikal yang dihadapi, anda akan tetap sampai juga akhirnya. Fizikal yang kuat dengan mental yang lemah tidak akan menjanjikan kejayaan.
Untuk menilai kekuatan mental bukanlah dengan cara melihat susuk tubuh seseorang itu kerana adakalanya orang yang bertubuh kecil itu lebih tinggi tahap kecekalan mentalnya dan begitu juga sebaliknya kerana tahap mental seseorang itu amatlah subjektif. Untuk membina mental yang kuat dan cergas, anda digalakkan menyemai keyakinan tinggi kepada diri sendiri. Sentiasa berfikiran positif. Disamping itu amalkan sifat terbuka dalam pergaulan, tidak mementingkan diri sendiri dan yang paling utama ialah pengisian jiwa kita dari sudut keagamaan.


Walaubagaimanapun, persediaan dari segi kekuatan fizikal adalah amat penting sebelum memulakan sebarang aktiviti pengembaraan. Untuk aktiviti yang mencabar ianya memerlukan anda bersedia dari segi fizikal dan memerlukan ketahanan stamina yang agak tinggi. Aktiviti seperti berjogging, atau berbasikal boleh dijadikan aktiviti persediaan yang baik sebelum memulakan pengembaraan lasak untuk membina ketahanan fizikal. Amalan menggunakan tangga untuk bergerak ketika dipejabat adalah juga sebahagian daripada latihan untuk mengguatkan lutut dan betis.


Untuk pengembaraan hutan (jungle trecking) yang tidak melibatkan pendakian gunung, anda tidak begitu memerlukan keadaan fizikal yang baik. Akan tetapi jika pengembaraan yang melibatkan pendakian gunung, anda haruslah mempunyai keupayaan fizikal yang kuat dan stamina yang tinggi kerana ketika mendaki anda akan membawa bersama lebih kurang 15kg bebanan (bag) dan ini memerlukan kekuatan pada kaki dan belakang. Dan semasa menuruni bukit kekuatan leher dan kaki amatlah penting supaya tidak mudah tergelincir.Anda mestilah belajar menerima dan cepat menyesuaikan diri kepada perubahan cuaca atau keadaan sekeliling apabila berada didalam hutan. Faktor cuaca seperti cuaca sejuk, panas mahupun hujan, ribut atau banjir adalah sebahagian daripada kemungkinan yang harus dihadapi. Berfikirlah secara matang dan jangan terburu-buru dalam membuat keputusan. Pertimbangkan semua peluang yang ada sebelum mengambil sebarang keputusan, sebaik-baiknya anda berbincang dengan rakan-rakan dalam menentukan tindakan anda seterusnya.


Adalah lebih baik sekiranya anda mengumpul semua maklumat tempat atau lokasi yang anda ingin tujui sebelum memulakan perjalanan. Ini sedikit sebanyak boleh menolong anda menyediakan peralatan yang perlu untuk menghadapi keadaan yang bakal ditempohi. Dalam sesetengah kes, pengambara yang berpengalaman juga boleh menghadapi masalah dalam menghadapi perubahan keadaan atau cuaca sekiranya tiada persediaan rapi.



oleh DAAT

SEJENAK BERSAMA TOKOH

Renungan lelaki idaman malaya...

Inilah wajah penasihat kewangan DAAT, hansome sampai berebut awek's minat kat dia, pengalaman amat luas dalam bidang kayak terutamanya 'Eskimo Rool', dan mempunyai Diploma Kayak Asia Tenggara.

Untuk itu wartawan DAAT telah menemubual beliau yang sedang terlantar sakit selapas makan tomyam ketika menyertai Pertandingan Perahu Naga di Tanjung Pinang Indonesia.

S : Ya Datuk di mana?

J : Taiping.. Taiping kat rumah

S : Apa citer ?

J : Kena Gout, lepas makan tomyam di Indon

S : Bila mau turun ipoh?

J : Lu orang turun Taiping laa..

Perbualan selepas itu terputus kerana wartawan berkenaan telah berangkat ke Taiping berjumpa dengan saudara Chik, mungkin ada kabar berita menarik atau projek barangkali?
Kita Tunggu...


oleh Ejen DAAT 007

Doa Untuk Pemuda Bagi Pelbagai Majlis

Selawat pembukaan

Segala puji-pujian kami panjatkan kehadrat Allah s.w.t tuhan pencipta dan pemilik seluruh alam dan sekalian makhluk. Selawat kesejahteraan kami khususkan kepada kekasihMu dan kekasih kami, junjungan nabi Muhammad s.a.w, kerabat dan sahabat serta pengikut baginda hingga akhir zaman.

Ya Allah ya ghafur di ketika yang indah indah ini kami menadah tangan kepadaMu , memohon keampunanMu. Ampunilah dosa kami sama ada yang telah kami lakukan, yang sedang kami lakukan bahkan yang bakal kami lakukan. Sesungguhnya kami hambamu yang daif lagi hina sedangkan Kau tuhan maha mulia dan maha pengampun.

Ya dzaljalawalikram, hindrilah kami daripada kemurkaanMu, kemarahanMu dan kebencianMu. Sebaliknya kurniakanlah kami kerahmatanMu, kebajikanMu dan kesejahteraanMu.

Ya rab, jadikanlah majlis perasmian penutup hari ini sebagai perhimpunan yang engkau berkati. Hiasilah awalnya dengan rahmat, pertengahannya dengan kebajikan dan diakhiri dengan pengampunan dan kesempurnaan.

Ya wahidus samad, jadikanlah kami para belia/ dan di negeri ini sebagai rakan pembangunan yang turut menyumbang untuk kesejahteraan dan kestabilan Negara. Jadikan kami para pemimpin dan belia Negara ini sebagai generasi yang ampuh imannya. Tetap pendiriannya. Istiqamah ibadahnya. Khusyuk amalannya. Ikhlas bekerja. Suci niatnya, berilmu dalam perkataan dan perdebatan, beraqal dalam perbincangan, biijaksana dalam perancangan, taqwa dalam keputusan da tawakal dalam perlaksanaan. Kurniakan kami kelembutan hati, kemurnian akhlak, keluhuran budi serta kesantunan pekerti.

Ya hasibul jalil. Tuhan yang menghitung lagi berkuasa. Hitunglah segala penat jerih para pemipin kami dan para belia negeri ini yang terus berusah gigih membenarkan kalimahmu dengan perhitungan amalan kebajikan.

Ya mutakabir rul musawwir. Tuhan yang maha mulia dan pencipta kami memohon kepada mu agar engkau muliakan perhimounan kami ini dengan sebaik-baik kemuliaan. Hindarilah kebencianMu disebabkan sebilangan daripda kami yang jahil. Kurniakanlh mereka cahaya yangterang lagi benar.

Ya ghafarur rahim kami memohon keampunanmu. Ampunilah kami, ibu-ibu kami, bapa-bapa kami, guru-guru kami, para peimpin kami serta mereka yang beserta dengan kami.

Ya hafizul muqit, berikanlah ganjaranMu buat mereka yangtelah berpenat lelah mencurhkan tenaga, mengalirkan keringat, menghulurkan harta benda, pemikiran dan masa demi embina generasi belia yang mpu menerajui Negara kami kea rah keredhaanMu.

Kurniakanlah kepada kami kekuatan para belia yangtelah engkau redhai seperti ali bin Abi Thalib, Amar bin Yassir, muhamad Bin Fateh, tariq bin ziad fathiman az Zahra Dan mereka yang telah engkau kurniakan rahmat.

Penutup

Kuliah Minggu Ini ; Manusia Sebagai Khalifah

MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH

1. APA TUJUAN MANUSIA DIJADIKAN

i. beribadat kepada Tuhan.
ii. Mengurus/ mentadbir bumi,

“ DAN KETIKA TUHAN MU BERKATA KEPADA MALAIKAT – SESUNGGUHNYA AKAN JADIKAN PEMIMPIN DI MUKA BUMI”

2. APA MAKSUD KHALIFAH

Pengertian mengikut perkataan/bahasa:

Khala yakhlifu khalfan – “ganti “

Khalifah – “Pengganti kepada Nabi mengatur urusan Umat Islam”

Amam – “hadapan”
Imam / Imamah – “pemimpin yang memimpin rakyat”


Pengertian mengikut Syarak
i. Al Mawardi – “ seorang pemimpin yang mengambil alih peranan Nabi dalam menjaga dan melindungi agama serta mengatur negara berlandaskan pada hukum agama Islam ( Al Quran dan Sunnah )
ii. Imamah – “kepimpinan ke atas umat manusia dalam mengatur sebuah negara berdasarkan hukum syara’ ”
iii. khalifah= laksanakan undang

Khalifah dimuka bumi – “Pengganti wakil kepada Tuhan untuk mentadbir dan mengurus bumi”

“Oleh itu manusia adalah pemimpin yang mengurus dan mentadbir bumi”

“maka setiap amalan dan tindakan manusia akan di nilai dan di pertanggungjawabkan”.

3. LATAR BELAKANG KEJADIAN ALAM
i. Tuhan telah jadikan alam terdiri dari bintang dan cakerawala
ii. Kejadian halus dari kalangan roh seperti malaikat, Iblis, Jin dll.
iii. Kejadian di bumi, gunung ganang, binatang dan kejadian laut
iv. Kemudian dijadikan manusia.
v. Kepimpinan di berikan kepada manusia selepas makhluk yanmg lain menolak.

4. HUBUNGAN MANUSIA DENGAN DUNIA

i. pemimpin
ii. mengurus dan mengimarah bumi
iii. tinggal dan bercucuk tanam.
iv. Menggunakan hasil dibumi untuk diolah
v. Menjaga keharmonian bumi/alam sekitar.
vi. Mengurus kehidupan dibumi.
vii. Mengurus kehidupan sesama manusia

5. CIRI-CIRI DAN SIFAT-SIFAT PEMIMPIN / KHALIFAH
i. bijak/pintar
ii. berilmu
iii. tahu mengurus
iv. tegas
v. berhemah
vi. berjiwa besar
vii. diterima oleh rakyat
viii. sabar

6. TANGGUNGJAWAB KHALIFAH
i. memakmurkan bumi – bertani,
ii. menggunakan hasil bumi untuk kebaikan
iii. menjaga keamanan bumi
iv. mengurus kehidupan dan hubungan sesama manusia
v. membina budaya.

MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH

Arahan kerja.

i. bahagikan kepada kumpulan


soalan 2/

i. apa tujuan manusia dijadikan
ii. apa maksud khalifah
iii. apa sifat pemimpin yang baik
iv. apa tanggungjawab pemimpin.

kerja berkumpulan

i. beri setiap kumpulan sehelai kertas dan satu kertas yang yang telah diramas-ramas
ii. arahan – “sila gunakan kertas kosong yang diberikan untuk mencatatkan sebarang tindakan yang anda dan kumpulan anda lakukan.
iii. Minta setiap kumpulan bentangkan hasil kerja.
iv. Pengajaran game ini –
a. manusia perlu bertindak. Kertas ibarat bumi yang perlu di oleh manusia.
b. Hasil yang diperolehi oleh satu bangsa dengan yang lain tidak sama – manusia yang bijak biasa nya akan lebih maju.
c. Permasaalahan dalam sesuatu kumpulan akan memberi kesan buruk atau bergerak lembab.
d. Kepimpinan yang baik akan menghasilkan kesan yang lebih baik.

PROJEK TERBARU DAAT

Projek terbaru ialah Majlis Konvokesyen LKTF diketuai oleh Encik Budiman Idris selaku Pegawai Projek. Projek ini bertempat di Silveritage Medan Gopeng pada 11 Disember 2006 bermula jam 2.00 petang. Semua yang berkaitan dan para jemputan dijemput hadir memeriahkan majlis ini. Ejen DAAT semua dijemput hadir.


Peserta lepasan LKTF boleh membuka kedai pelamin selepas dapat sijil (gambar hiasan)

Untuk makluman majlis ini di adakan khusus bagi menyampaikan sijil penyertaan dan penghargaan kepada peserta-peserta yang telah berjaya menamatkan kursus mereka di venue masing-masing. Antara kusus yang telah diadakan adalah seperti asas solekan, andaman, masak-memasak, baik pulih enjin, refleksiologi dan banyak lagi.

oleh Ejen DAAT 007

SUKAN VETERAN DI PULAU PINANG



Antara peserta Sukan Tradisional yang sedang beraksi 'poyo' di padang USM.

Pada 3 hingga 5 November 2006 yang lalu, teman telah membawa pasukan Vateran Kontigen Negeri Perak bertanding dalam Kejohanan Sukan Veteran Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Universiti Sains Malaysia. Kejayaan yang dicapai amat memberangsangkan iaitu mendapat tempat keempat keseluruhan dengan menjadi Naib Johan Sepaktakraw, Ketiga Badminton, Ketiga Futsal, dan Naib Johan satu acara Sukan Tradisional iaitu dalam acara Bomba Kampung (isi air dalam botal daa...) . Syabas diucapkan pada atlit semoga tahun depan lebih cemerlang dengarnya di Negeri Sembilan. Ayoh! Yop dan Yong kita gegarkan Noghori adat pepapatih. Koa tungguu eh Jang...


oleh Ejen DAAT OO7

SEJARAH BERMULA DENGAN PENCIPTAAN


Happy ours... bersantai sebelum lanyak bebudak...



GI Nizam dengan GI Lan tengah pikiaq strategi belasah bebudak...



GI Lan dengan uniform rasmi tengah 'comman' bebudak...



Tadi di padang kawat sekarang dalam kelas lah pulak




Kini sesi kawat diambil alih oleh GI Chor



Bab saiko bebudak serah saje pada GI Zahari...


Selepas berbelas tahun membentuk, mencari dan membina pasukan akhirnya terciptalah satu pasukan yang mantap yang iaitu DAAT. Kepada anda yang berminat mendapatkan kepakaran ejen-ejen DAAT sila contact ke blog ini segera...

Di Mana Bermulanya DAAT


Pada asalnya Mr Budi selaku CEO DAAT telah mendapat mesej dari sahabat lamanya Mr Malau yang bertugas di Kolej Ungku Omar di Universiti Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim. Mr Malau telah memberikan satu projek beliau kepada Mr Budi. Ketika itu Mr Budi sedang menanggung bebanan tugas yang amat banyak dan jarang berada di opis kerana sentiasa 'Out Station'. Selaku orang kepercayaan bos Mr Budi telah 'mengcontact' Ustaz Rem menceritakan projek tersebut. Ustaz Rem yang ketika itu sedang mencari-cari erti kehidupan telah menghubungi rakan-rakan lamanya ketika Perang Vietnam Vekong dahulu yang masih ada. Dalam pencarian itu kira lebih kurang macam filem Hollywood jugak terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan halangan seperti kesempitan ongkos, masa yang mendesak, dan faktor keje yang sampai mati tak abis-abis.

Setelah menjumpai rakan-rakan lamanya dan kesediaan mereka untuk bekorban jiwa dan raga, Mr Budi dan Ustaz Rem telah menghadapi kesukaran mencari tempat projek akan dilaksanakan. Dalam pencarian itulah akhirnya menemukan mereka dengan Cikgu Taridi bekas cikgu dema jugak yang dah terlabur hampir RM 4,000, 000.00 untuk membina Kem PLKN. Namun dengan duit saja tak dapat membantu akhirnya mereka telah 'mengdeal' dgn cikgu tersebut dengan bayaran cagaran sebanyak RM 2000.00.

Dipendekkan cerita, manusia merancang tuhan juga menentukan akhirnya tempahan tersebut terpaksa dibatalkan kerana beberapa masalah bebangkit seperti jauhlah, lalatlah dan pelbagai kerenah lagi akhirnya tempat yang dipilih ialah Kompleks Rakan Muda Kampar.
Di Kamparlah pertemuan utama yang tak dapat dilupakan bagi kami semua ejen DAAT.



Mesyuarat Pengurusan DAAT



Mr Budi selaku CEO DAAT bersama Mr Malau dari UPSI dalam mesyuarat pengurusan


Program ini adalah merupakan program DAAT yang pertama dan titik permulaan kepada perkenalan dan usaha sama jurulatih-jurulataih DAAT. Jurulatih DAAT memiliki kepakaran masing-masing yang telah dilatih dalam TLDM, Pasukan Sukarela Wataniah, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan TOT Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Jurulatih sedang haru biru dengan perbincangan informal di pentas, bebudak peserta di bawah pentas (tiada dalam gambar).

oleh : ejen DAAT 007