Selasa, Februari 19, 2013
Power Dat @ Selongkar Kisah Lama Part 1
Kampung penulis iaitu Kampung Sungai Wangi adalah sebuah kampung tradisonal yang sememangnya secara tradisi adalah kubu kuat UMNO semenjak sekian lama. Sehinggalah pada tahun 1998 sebelum Datuk Sri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selapa itu, PAS semakin meluaskan pengaruhnya di kampung kami. Seingat penulis yang menetap di kampung, ceramah pertama PAS ketika itu dibawa oleh Allahyarham Ustaz Yusof seorang anak tempatan dan guru agama yang begitu tegas dalam menyampaikan ajaran islam. Beliau yang penulis kenal secara peribadi sering di salah anggap oleh masyarakat umum kerana ketegasan tersebut. Apa yang menjadi perhatian penulis ialah beliau tidak pernah menggunakan teks ketika khutbah jumaat. Sememangnya ketika itu lontaran ide beliau sememangnya dinanti-nantikan.
Ketika ceramah PAS yang pertama di Kampung penulis yang disampaikan salah seorangnya oleh seorang tokoh PAS iaitu Ustaz Haji Hashim Haji Jasin yang memenangi kerusi DUN Sanglang di Perlis dan merupakan Ahli Majlis Syura PAS Pusat. Oleh kerana tidak pernah terdedah kepada suasana itu, boleh dikatakan hampir sekampung menjadi 'perak' dan pelik. Sehinggakan Ketua Kampung pun turun sekali. Pemerhatian penulis pada malam itu sembanyang isyak diadakan dua kali secara berjemaah yang setiap satunya melebihi sehingga ke Balai Lintang Masjid, hampir menyamai dua kali sembahnyang jumaat. Bermula pada ketika itulah PAS mula menapak di bumi Sungai Wangi.
Sabtu, Februari 02, 2013
Power DAT@Kelahiran Yang Dinanti
Keluar kerja jam 7.00 pagi 3 askar... balik kerja dah jadi 4 orang askar... Alhamdulillah, syukur dengan nikmatNya.
Isnin, Januari 28, 2013
POWER DAT@Refresh 2013
Januari 2013 udah semakin jauh meninggalkan kita... sambutan tahun baru jugak semakin pudar, mungkin sudah ada yang mula merangka-rangka strategi bagi mencapai azam masing-masing. Ade yang bergerak laju dengan plan yang di atur rapi, mungkin jugak ada yang tercapai cita-citanya lebih awal. Rezeki awal tahun!Bagi aku awal tahun ini semacam tempoh refresh, mengendurkan apa yang dilalui sepanjang tahun lepas. Yup... tahun lepas memang benar-benar mencengkam jiwa, hampir tida masa rehat langsung sehingga rapat ke hujung tahun. Selalunya bulan oktober kami dah bertenang... memang letih! Tetapi aku rasa berbaloi, hasilnya insya allah berbalas jugak nanti.
Perjuangan ini bebaloi atau tidak aku tak pasti tetapi dengan deretan kejayaan membuatkan aku takut untuk mengekalkan prestasi seperti tahun lepas, aku jugak mengorbankan sesuatu yang amat berharga untuk kejayaan tersebut, aku menagguhkan pengajian pada tahun ini, kerana terpaksa memberikan tumpuan pada yang kerja dan keluarga, sedih memang sedih tetapi jika kita faham tanpa pengorbanan kita tidak akan kemana-mana,awal tahun ini aku memberikan tumpuan kepada keluarga dulu, menanti dengan debaran cahayamata keempat... itu pun rezeki jugak. Sambil-sambil itu semboyan pihanraya semakin hampir, jadi tahun ini tak kurang cabarannya pada semua.
(Gambar Hiasan : Mengetuai team KIK Jabatan 2012)
Rabu, Januari 09, 2013
Selamat Tahun Baru
Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua... umur meningkat, kematangan pun sepatutnya semakin bertambah. Bagi yang berada di tahun peperiksaan di bangku sekolah khususnya SPM inilah masa yang menentukan ke mana anda selepas ini. Teruskan usaha, jangan mudah putuas asa masih banyak masa lagi.
Bagi yang berkerjaya, inilah masa yang sesuai untuk membentuk sesuatu yang lebih bermakna, mungkin ada yang ingin menambah pendapatan dengan berniaga, berumahtangga atau sebagainya. Teruskan anda apsti berjaya nanti.
Langgan:
Catatan (Atom)