Rabu, September 26, 2012

Power DAT@ Hujan & Bendang

Sekeliling di daerah aku tinggal ini sawah bendang terbentang luas... sejauh mata memandang, pemandangan yang agak asing bagi aku, al maklum aku dibesarkan di sekeliling dengan estet getah, kemudiannya koko, dan kini kelapa sawit, jadi apabila aku bertukar ke sini, sawahlah sahaja yang aku tengok hari-hari, ada yang hidup subur ada yang tumbuh bersama lalang, bergantung kepada penguasahanya, kalau rajin meracun dan dijaga banyaklah hasilnya jika tidak cukuplah sekadar yang diusahakan.
 
Sejak berada di sini aku mula belajar sedikit demi sedikit kaedah penanaman padi, racun yang digunakan, penjagaan dan istilah-istilah tertentu, macam istilah padi angin yang merupakan penyakit kepada petani-petani ini. Ia bergantung kepada benih padi, racun dan cara penanaman. Agak cerewet tapi cukup berbaloi jika kena caranya.







 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


      Seperkara yang menarik sepanjang aku berada di sini ialah apabila padi sudah habis dituai maka hujan pun akan turun selebat-lebatnya, kadangkala berlanjutan sehingga beberapa hari. Petak-petak sawah akan dipenuhi air, kadangkala nampak riak anak puyu dan haruan... memang mengasyikkan. Ketika itu, si petani akan berehat, mengira keuntungan mungkin, sebelum menanti hujan reda untuk musim menanam yang seterusnya. Begitu rapatnya kuasa alam dengan si petani, dan bagaimana penciptaNya mengatur kehidupan hambaNya. Jadi apa lagi nikmatNya yang mahu didustakan ?.