Ahad, Disember 12, 2010

PowerDAT@ Graf Ayat Suci aL Quran


Saksikan satu keajaipan atau juga satu keistimewaan yang rahsianya masih belum terbongkar sepenuhnya...

PowerDAT@Pengurusan Remeh Temeh

Mungkin sesetengah orang menganggap semua urusan peribadi yang remeh-temeh yang melibatkan soal kehidupan sosial tidak perlu diurus seperti mengurus inventori sebuah kilang. Contohnya berapa bilangan tin sardin yang kita beli setiap bulan, jenisnya, dari mana kedai yang menawarkan harga termurah dan rekod pembelian yang lengkap beserta resitnya sekali, sama ada disimpan dalam fail atau ruang memori komputer.

Apabila Facebook mengambil alih sedikit kehidupan sosial kita sebenarnya idea ini perlu diperhatikan kembali dengan teliti. Kini semua yang mempunyai akaun facebook seolah-olah sangat teruja menulis di wall masing-masing yang melibatkan dirinya setiap hari bahkan ada yang sangat kritikal sehingga setiap saat. Tambahan pula capaian yang mudah kini dengan bantuan telefon pintar atau wifi yang menguasai ruang angkasa kita. Kedai-kedai mamak contohnya menawarkan serendah RM1.00 untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Dalam meneliti fenomena ini, apa salahnya kita menjadikan ruang kehidupan sosial kita lebih tersusun dengan mendokumentasikan segala perbelanjaan kita, rekod-rekod mudah, dan apa sahaja sebagai satu latihan untuk merencana satu idea yang lebih besar, untuk komuniti kita, dan seterusnya negara. Bukankah lebih menyeronokkan kerana kitalah Perdana Menteri dan barisan kabinet yang boleh sesuka hati menentukan dasar pengurusan sosial kita ini, bahkan untuk mengkaji aliran tunai, dan pembelian antara kehendak dan keperluan juga boleh dibuat dari masa ke semasa.

Boleh anda fikirkan idea ini?. Tepuk dada tanya selera...