Rabu, Ogos 20, 2008

DAAT De LELAKI SEJATI

Di zaman melinium ini pelbagai takrif di bagi bagi menjadi lelaki sejati. Mungkin anda pernah mendengar tentang lelaki yang maskulin dan lelaki metroseksual, yang digambarkan macho oleh majalah-majalah hiburan atau perapian lelaki, majalah Maskulin contohnya. Juga yang selalu digambarkan dalam telemovie telivisyen khususnya di slot Lestari TV3, lelaki spesis ini di gambarkan bekerjaya sebagai seorang model, berkereta mewah paling kurang pun BMW kalau tak Evo, rumah besar di kondomium di luar nampak menara KLCC, minum di star buck, shoping di Suria KLCC atau yang seumpama dengannya dan direbuti oleh ramai gadis yang cantik-cantik yang mungkin model juga... bertuahnya lelaki maskulin... lalu untuk dunia realiti ini satu pertanyaan ; maskulinkah kita sebagai lelaki sekarang ini... bekerja kilang, naik motor kapcai, ada sekeping sijil kemahiran di institusi yang biasa-biasa sahaja, ada awek mak cik jiran sebelah rumah yang bedaknya beli setakat di Watson saje tapi tertelan air liur jugak waktu nak bayar, minum ahhh bisa saja di Tomyam Thai, nasi paprik dan air tembikai kongsi berdua.
Tak maskulinkah kita? walaupun aku pernah menjadi peminat setia majalah maskulin tapi taklah aku terpengarug sangat dengan bayangan lelaki maskulin sebegitu... mungkin dressing agak out to date tapi taklah sampai tak kisah langsung... walaupun beli perfume RM100.00 itu pun dah kira mahal... sejak berkahwin nie tak pernah aku beli rasanya perfume... asyik isteri tercinta saje yang tolong belikan... dan minggu lepas dapat sebotol lagi... kalau harapkan aku agaknya pakai aje jenama untuk wanita jelah... dah tentu isteriku punya hehehe... tak maskulinke aku...???
Ohh... sebenarnya terpulang kepada diri masing-masing.. aku sebenarnya dah tertanam satu prinsip yang terbentuk dari bayangan beberapa lelaki yang menjadi idola aku..., agak tradisional, konservatif dan kekampungan... ayah aku sendiri.. emmm aku jarang makan masakan mak sejak ayah aku pencen.. imam masjid, amil, tukang masak kenduri, tukang sembelih lembu, dan pernah jadi johan tarik tali malaysia, salah seorang bapa sedara aku juga seorang imam, qari yang pandai bertarannum.. tukang kasut dan pemain bola yang handal dizaman mudanya, cikgu silat aku dulu... dan seorang tua yang ku panggil Tok Lang yang aku tak tahu masih hidup atau matinya kini, aku berjumpa lelaki ini pada satu kesempatan ketika aku ada tugas di utara tanahair kira-kira 5 tahun dulu... orangnya sihat, berbini muda dan ada anak yang masih kecil lagi...
Aku bertiga, Aziz kawanku towkey balak dengarnya kini dan Awie sekarang pegawai tentera, aku yang mengajak mereka sebenarnya berkunjung ke rumah orang tua tuu, kira-kira jam 2.00 pagi kami sampai, sembang punya sembang... sampai ke pagi dapatlah kami ilmu kebal 24 jam... tapi betul toreh tak lut dengan pisau belati... tapi tak kuamalkankan pun ilmu tuuu... . Sebelum pulang kami dihadiahkan sebotol tonik yang ku minum waktu naik Gunung Kenderong... macam Power Root. Pesannya nak jadi lelaki mesti ada 7 Tok.
1. Tok Lebai - boleh baca doa selamat, imam sembahyang kalau imam betul uzur.
2. Tok Mudim - fardhu kifayah bang.. walaupun dah ada doktor kini... berani ke kita.
3. Tok Sembelih - lembu, kambing, ayam, itik dan lain-lain binatang yang boleh di makan
4. Tok Bilal - azanlah di surau-surau dan masjid-masjid yang berhampiran
5. Tok bermarhaban-boleh ke berzanji dan bermarhaban kalau ada keperluan di tempat kita.
6. Tok Guru Silat- emm pernahke bergelanggang dulu?
7. Tok bomoh - kot-kot ada yang tersampuk boleh ke buat air penawar /tukang urut silap urat
Alahai jauhnya dari takrif lelaki maskulin... Tepuk dada tanya iman, tengok kelakuan, adake amalan...?. Untuk renungan..
Dengan cinta hidup nampak indah
Dengan ilmu hidup lebih mudah
Dengan iman hidup lebih terarah

Selasa, Ogos 19, 2008

DAAT De BALIK KAMPUNG

Kita sering balik ke kampung jika telah merantau ke tempat lain, mungkin kerana belajar, pindah tempat bekerja, mengikut pasangan masing-masing atau memang saja-saja nak berhijrah. Kadangkala mungkin pada hari raya, cuti sekolah, menziarahi orang tua yang sememangnya merindu dan menanti anak cucunya. Kita pun balik sekali-sekala, meningalkan sekejap kebiasaaan di tempat orang, meninggalkan kebisingan kota jika kita tinggal di metropolitan dan meninggalkan kerja yang tak pernah habis. Namun kadangkala kita jadikan cuti itu rutin, tiada apa yang berbekas di hati dan biasa-biasa sahaja. Macam mana kita hendak menjadikan cuti ini sesuatu yang bermanafaat, yang aku selalu fikirkan dan telah aku laksanakan ;
1. berjumpa ibu bapa, bertanya khabar dan berbual-bual kosong
2. ziarah sedara-mara dan jiran tetangga
3. cari kasut sukan dan join geng-geng kampung (geng kita mungkin dan gantung bot)
4. azan di masjid dan jadi imam/bilal/ siak macam dulu-dulu
5. lepak kedai kopi jumpa geng-geng kampung dan sembang isu semasa di kampung menyelami masalah, senario politik, sosial, pembangunan ekonomi, sakit pening orang kampung dan rupaya dah ada yang kembali kerahmatullah.
6. makan di rumah, masakan mak yang tak sesedap di hotel lima bintang tapi entah kenapa abis seperiuk nasi.
7.bawak anak-anak jalan pusing kampung, bawak ke tepi sungai ; melihat air sungai dan dalam hati emmm.. disinilah aku mengasah bakat menjadi perenang terkemuka dunia ohhh... jauhnya zaman itu ku tinggalkan. dan anak? bolehkan kau jadi seperti babah anakku...?
8. membawa anak masuk ke gelanggang silat yang masih utuh, kuat dan anakku disinilah babahmu menjadi pendekar... aku ketagihkan pertempuran zaman itu.... boleh lagi ke terbang ke atas 10 orang pendekar lain... macam tak percaya dulu dengan badan dah semakin berat niee...
9.buat kenduri sekampung, panggil sedara mara, adik beradik emmm.. bising bangat tapi anak-anak mesra kah seperti aku dengan sepupu-sepupuku dulu.
10. mak mengisi durian, rambutan, sukun, manggis dan segala macam pokok hutan, isteri...bolehkah tekakmu menjamah ini semua...
11. aku memandu, membelok, memotong dan terus laju meninggalkan kampung dan bila-bila aku balik kampung lagi
catatan koordinator

Selasa, Ogos 05, 2008

DAAT De BISNES

Dalam satu organisasi yang dibentuk dengan tujuan tertentu tambahan pula yang berorentasikan keuntungan seperti perniagaan dan konsultansi kadangkala perhubungan perlu dioptimumkan bagi menjana keuntungan dan menjimatkan kos. Di dalam dunia cyebr tanpa sempadan ini beberapa kaedah perlu diguna pakai antaranya ; blog, sms, mms, myspace, friendster dan sebagainya.
Mr Koordinator sebagai tulang belakang DAAT sering berhubungan dengan Mr CEO yang merupakan orang yang paling berkepakaran di dalam dunia strategik perniagaan. Kadangkala hubungan ini dilanjutkan dalam situasi yang lain seperti hubungan kekeluargaan, berkongsi hobi, melabur dalam bidang lain, dunia underground, berkongsi masalah dan macam-macam lagi. Namun yang penting adalah kejujuran, keikhlasan dan keyakinan antara satu sama lain.
Dalam perniagaan masa kini juga faktor saingan tidak dapat dielakkan, bagi menghasilkan sesuatu yang bermutu kadangkala R&D perlu dilaksanakan. Di sini kepantasan bertindak dan taiming yang tepat amat perlu.
Sentiasa bertukar pengalaman dengan orang lain, membaca artikel tentang bidang yang diceburi dan terus mencuba adalah resepi terbaik untuk melengkapkan segala yang ada....

Isnin, Ogos 04, 2008

DAAT De PINDAH

Baru-baru ini pengurusan tertinggi DAAT berpindah rumah kerana kenaikan pangkat. Mr CEO paling berpengalaman pindah rumah dan Mr Koordinator mengikut jejak tersebut tapi yang nie paling jauh melangkau ke beberapa buah negeri dan destinasinya di utara tanah air. Di sini diperturunkan tips bagi berpindah rumah untuk makluman semua yang bercadang berpindah juga walau dengan apa jua alasan, kerana tanpa perancangan yang teliti anda akan menghadapi masalah yang tak diduga...


1. Maklumkan tuan rumah lama bila anda akan keluar rumah tersebut
2. Mohon bantuan kengkawan dan kenalan untuk mencari rumah pilihan anda dan kenali beberapa aspek sampingan ;
- jenis rumah idaman anda
- lokasi tempat bertugas & jarak (cth: bilangan traficc light)
- kemudahan setempat (cth :kedai/klinik/petrol pam/sekolah/masjid)
- cuaca setempat (cth : kawasan banjir? tanah runtuh?)
- jiran tetangga
3. Cari kotak kosong untuk mengisi barangan anda, kaca dibalut dengan surat khabar dan ditanda dengan marker pen. Asingkan mengikut keperluan dan jenis barangan.
Contoh: baju, cenderahati, perhiasan, pinggan mangkuk.
Walaupun kotak senang diperolehi anda sebenarnya akan mengalami kesulitan jika hendak mendapatkan kotak-kotak yang boleh dipakai terutama di pasaraya kerana kebanyakkan sudah ada pembekal yang bertanggungjawab jadi anda kena pandai 'kautim'.
4. Pindah rumah pada hujung bulan atau pertengahan bulan bagi memudahkan bayaran akhir rumah lama atau bayaran deposit rumah baru kecuali tuan rumah jenis tak kisah.
5. Cari lori yang bertutup habis jika berpindah jauh dan muatan lebih 3 tan jika anda sudah berkeluarga. Cari juga pemandu yang berpengalaman membawa barangan pindah.
6. Cari tarikh dan masa waktu lori sampah lalu di hadapan rumah anda, ini bagi memudahkan barangan yang tidak dipakai terus dibuang dan tidak dilonggokkan di hadapan rumah lama.
7. Pastikan pemandu lori tahu nombor telefon dan alamat rumah baru anda.
8. Cari kawan-kawan yang dapat menolong mengangkat dan menurunkan barang rumah anda. Buatlah jamuan ringan dan sediakan air minuman. Jika perlu berilah sedikit cenderahati.
9. Apabila tiba ditempat baru, tukar semua alamat dokumen penting anda di rumah baru seperti bil telefon, bil astro, urusan bank dan sebagainya.
10. Berkenalan secepat mungkin dengan jiran paling hampir dan kenali ketua di tempat baru tersebut.
Itulah serba sedikit tentang pindah memindah apa pun semuanya bergantung kepada situasi masing-masing. Namun pindah rumah memang meletihkan tambahan jika anda bekeluarga besar dan mempunyai barangan yang banyak. Kalau perlu jual sahaja barangan tersebut. Namun jika pekerjaan anda beruniform dan berpangkat tinggi tidaklah sesusah mana kerana dah ada orang bawahan yang sanggup membantu, begitu juga jika berpindah ke seberang laut semuanya dikontarakkan. Selamat berpindah !!!.