Sabtu, November 17, 2007

CINTA ISTERI...


Dalam kesibukkan tugas yang melampau dan bebanan yang kadangkala menuntut pengorbanan yang bukan sedikit memerlukan seseorang individu yang boleh dibuat kawan berbincang, meluahkan apa yang patut dan berkongsi suka duka.... dan teman yakin individu tersebut tak lain ialah pasangannya sendiri suami atau isteri yang tidur sebantal dan berkongsi selimut... tapi bagaimana bagi yang belum berkahwin... agen-agen DAAT sendiri masih ada yang bujang terutama Penasihat Kewangan yang dah nak 'kutai' kata orang Perak. Dalam konteks ini teman lebih suka meyebutnya dari sudut pengorbanan seorang isteri...



Isteri teman mungkinlah kerana dia memang datang atau teman kenal dia di dunia teman sendiri maksudnya di opis teman sediri, jadi dia kenal sebilangan besar opis mate teman masa di bandaraya bourgunvilla dulu... dia faham dan cepat menangkap sesuatu misi yang sedang teman buat, begitu juga dengan Mr CEO isterinya pun faham dan dengan isteri teman kamcenglah mereka berdua tu... Agen Nizam, Agen Zahari dan Agen Lan belum lagi teman kenal secara peribadi cuma isteri agen Chor yang nampak mula-mula berjinak-jinak dengan aktiviti DAAT. Mungkin Pengurusan DAAT terpaksa buat family day yang besar buat semua tapi perlukan peruntukkan yang bukan sedikit... tapi bak kata orang duit boleh di cari.



Dalam meniti-niti penghujung tahun ini pengurusan DAAT tengah berkira-kira untuk melaksanakan pelbagai aktiviti di banyak organisasi.. masing-masing dengan kepakaran masing-masing... Mr CEO dengan projek terbaru anti kansernya... sekarang mungkin bertaklimat di KLCC... Mr Koordinator dengan kesibukkan di tempatnya yang tak berenti aktiviti dari selepas aidilfitri hari itu, Mr Penasihat Kewangan dengan aktiviti enjin turbonya... Mr Penasihat IT yang sibuk berbasikal dengan khabarnya pagi ini...agen-ajen lain... Mr Nizam di Tasik Banding program APBM, Mr Zahari tengah betiknya yang melimpah ruah, Mr Lan di site projek di bandar di Di raja KK dan Mr Chor dengan projek 'sain sampai mati 'dengan PJKN MBM...



.....dan isteri masing-masing...? Hari ini kenduri kahwin banyak... mereka mungkin pergi seorang atau bertemankan anak-anak... "Mana suami kamu...?" Soalan tu mungkin terpancul dari tuan rumah atau tetamu yang lain... apa dema nak jawab...?



Dalam terpikir-pikir tuu teman rasa dan begitu jugak agen-agen DAAT yang lain merasakan cinta seorang isteri yang semakin mendalam di tengah-tengah kesibukkan di hujung-hujung tahun ini... tapi jiwa seorang perempuan tak mampu dibeli dengan air liur ajer... kadangkala kena jugak bawak mereka memenuhi tuntutan diri masing-masing dan Pulau Langkawi nampak seperti melambai-lambai... mungkinkah ke sana semua Agen-agen DAAT beserta keluarga... ?

masa juga akan menentukan....



Khamis, November 15, 2007

GUNUNG DAIK

Prolog : Dulu kawan pun tak percaya memang wujud Pulau Pandan jauh ke tengah laut jika dilihat dari Gunung Daik yang memang bercabang tiga... Teman dapat tahu dan lihat gambarnya sendiri dari Khairul Penggerak Rakan Muda Kinta dulu... ini ada satu artikel yang kawan dapat dari http://www.riaulingga.com anda boleh baca... dan memasang impian ke sana satu hari nanti...

Ketika kecil-kecil dahulu selalu sahaja saya dengar orang tua berpantun :

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Sehingga sekarang pantun ini tetap dituturkan orang. Malah dalam sebuah lagu P. Ramlee yang berjudul "Kwek Mambo" pantun ini dijadikan lirik. Sungguh menarik. Pembayang maksud pantun ini dikarang dari bahan-bahan georafis daerah Nusantara, seperti Pulau Pandan dan Gunung Daik. Gunung Daik terletak di Pulau Lingga yang di selatannya terletak pulau Singkep. Dan Pulau Singkep ini dipercayai adalah tempat lahirnya Hang Tuah lima bersaudara.
Dalam perutusannya tuan rumah mengalu-ngalukan bakal ketibaan para rombongan dari Singapura, Brunei, Thailand dan Malaysia seperti katanya, "Kini saatnya musim kerinduan itu tiba. Sejarah menjemput kita berkampung di tanah besar Daik Lingga. Nyanyian kerinduan dan puncak Gunung Daik mengalun sepanjang musim kalam menulis pantun san sejarah. Daik bunda tanah Melayu. Ia mendalamkan tikaman kerinduan. Masih ada yang tersisa di Daik. Dari Mepar nampak tilas itu bermula. Dermaga panjang membentang. Sungai Tande bukti perhentian. Istanah Damnah kejayaan yang telah sudah. Bilik 44, Makam Merah, Makam Bukit Cengkeh, Benteng Bukit Cening. Mesjid Raya Jamek melahirkan misteri tiada henti. Di sinilah rancangan perkampungan para penilis Melayu serumpun itu akan melasakkan. Kita kokah kembali kejayaan masa lalu.

"Jangan sisakan kertas di Daik ketika jiwa berkaca dan tinta berkata-kata. Sebab jiwa lebih haus dari bayangan dahaga. Sebab kata-kata lebih panjang dari yang terbayang. Sebab Bukit Gajah, sebab getah merah, sebab kampung mentuk. Sebab jemputan ini mengajak kita menagih bukti. Sebab Sungai Resun meninggalkan jejak baru untuk kita datang lagi. Sebab sayang Bunda tanah Melayu Daik Lingga sepanjang musim merajut kenangan. Daik tapak sejarah Melayu, tapak penulis Melayu berhimpun. Tempat kita mengungkai kenangan, menikam rasa. "
Itulah jemputan tuan rumah perkampungan. Dan tikaman rasa nostaljik rindu yang menghiris anggota rombongan Gapena yang jumlahnya diperkirakan 80 orang, tidak termasuk dari Yayasan Warisan Johor, pastinya akan berlayarlalu menuju dimensi alam kurun ke - 19, bilamana Daik Lingga pertama kali menjadi pusat pemerintahan Sultan Mahmud sebagai Sultan Lingga pertama. Sultan memerintah di Daik, Pulau Lingga dari tahun 1801 hingga 1812. Sebelum itu baginda memangku jawatan Sultan dari tahun 1761 dan bertakhta di Hulu Riau.
Menurut sejarah, Raja Mahmud amsih berusia setahun ketika dinobatkan sebagai Sultan menggantikan Sultan Ahmad Riayat shah ( Marhum Tengah ) yang mangkat tahun 1761, dengan gelaran Sultan Mahmud Syah III. Yanmtuan Muda Daeng Kemboja membuat perlantikan dengan meriba Raja Mahmud. Semasa perlantikan, Daeng Kemboja berucap yang maksudnya," Barang diketahui kiranya oleh suku - suku sebelah Melayu dan Bugis, bahawa sesungguhnya Raja Mahmud inilah Raja Johor dan segala daerah takluknya yang dilantik oleh Bugis sebagaimana melantik nendanya Sultan Sulaiman, iapun demikian jualah. Maka barang siapa yang tiada memathui aturan ini, maka pada hari dan waktu inilah kita berhabis - habisan ."

Daeng Kemboja menghunus pedangnya. Dan tidak ada seorang pun yang hadir berani membantah keinginan Daeng Kemboja. Lalu Raja Mahmud pun dilantik menjadi Yang Dipertuan Besar atau Sultan Johor - Riau - Lingga - Pahang. Oleh karena baginda masih bayi maka pemerintahannya dipangku oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja dengan dibantu oleh penolongnya Raja Haji.
Daeng Kemboja menunjukkan kekuatan melantik Raja Mahmud sebagai Sultan karena wujudnya perebutan kuasa antara pembesar Bugis dengan pembesar Melayu. Pembesar Melayu mahukan salah seorang daripada saudara - saudara almarhum Sultan Abdul Jalil ( Raja di Baroh ), sama ada Tengku Abdul Kadir atau Tengku Buang, dilantik Sultan. Sedangkan pembesar Bugis yang dipimpin Yamtuan Muda Daeng Kemboja mahukan adinda almarhum Sultan Ahmad Riayat Shah yang baru mangkat, iaitu Raja Mahmud.
Bagaimanapun keadaan daerah takluk Baginda di Riau-Johor-Lingga-Pahang tidak aman karena masalah perebutan kuasa antara puak Melayu dan Bugis berterusan. Pergolakan politik yang hebat berlaku yang melibatkan pihak Belanda. Dalam satu pertempuran anatar Belanda dengan angkatan lanun dari Tempasok, Sultan Mahmud pura - pura membantu Belanda tetapi meriam yang digunakan untuk menyerang lanun tidak berpeluru. Akhirnya Belanda menyerah kalah di Tanjung Pinang dan terpakasa meninggalkan Tanjung Pinang tanpa membawa satu barang pun kembali ke Melaka.

Oleh karena khuatir Belanda datang semula untuk menyerang balas, Maka Sulatan Mahmud beserta pembesar - pembesar baginda berangkat meninggalkan Riau ( Tanjung Pinang ) menuju Pulau Lingga ( Daik ). Baginda menitahkan agar pusat pemerintahan baru dibangunkan ditempat baru ini. Sejumlah 200 perahu mengiringi Baginda ke Pulau Lingga. Sementara itu Bendahara Abdul Majid yang ketika itu berada di Riau ( Tanjung Pinang ) bertolak meninggalkan tempat itu bersama 150 buah perahu, pulang ke Pahang.
Setelah itu ramailah orang - orang Melayu meninggalkan Riau menuju Bulang, Selanggor, Terengganu, Kalimantan dan pulau - pulau lain di daerah Riau. Yang tinggal hanya orang - orang Cina yang bekerja di ladang gambir dan lada hitam. Kebanyakan ladang yang ditinggalkan oleh tuan punya yang terdiri daripada orang Melayu dan Bugis diambil alih oleh orang - orang Cinaini. Sejak itu semakin ramailah orang Cina tinggal di Pulau itu. Tidak lama kemudian orang Belanda datang semula ke Tanjung Pinang untuk memperkuatkan semula pertahanan mereka. Kompeni Belanda menempatkan 312 orang tenteranya. Belanda berpendapat jika mereka tidak menguasai Riau ( Tanjung Pinang ) Kedudukan mereka akan terancam, tambahan pula ketika itu Inggeris telah membuka Pulau Pinang.

Pada tahun 1795 Belanda telah mengembalikan semula semua Wilayah takluk Sultan Mahmud seperti Riau, Johor dan Pahang kepada Baginda. Pada tahun 1803, Sultan Mahmud berkahwin dengan Raja Hamidah atau Engku Puteri anak almarhum Raja Haji ( Marhum Teluk Ketapang ). Kata sesetengah orangt, Pulau Penyengat yang berhampiran Pulau Bintan dijadikan emas kahwinnya. Pulau ini diperindah dan digelar Pulau Penyengat Indera Mulia. Baginda menyerahkan Pulau itu kepada Raja Hamidah sebagai hakmilik peribadinya sementara Pulau Lingga diserahkan hakmiliknya kepada putera baginda bernama Tengku Abdul Rahman yang baginda panggil Si Komeng. Sultan Mahmud tetap bersemayam di Lingga dan mangkat pada 12 Januari 1812, setelah bertakhta selama 50 tahun. Baginda digantikan oleh Tengku Abdul Rahman.

Semasa menjadi Sultan Riau - Johor - Lingga - Pahang Sultan Mahmud mempunyai beberapa orang isteri. Sultan beristerikan anak Bendahara Abdul Majid di Pahang. Isteri ini mangkat pada tahun 1803 tanpa beroleh anak. Seorang alagi isteri baginda bernama Cik Makuh, anak pembesar Bugis Daeng Maturang, yang juga dikenali dengan nama Encik Jaafar. Dari perkawinan ini lahir seorang putera bernama Tengku Hussain atau Tengku Long. Seorang lagi isteri baginda bernama Cik Mariam anak pembesar Bugis bernama Bandar Hassan. Mereka beroleh seorang putera bernama Tengku Abdul Rahman ( Raja Jumaat atau Si Komeng ). Isteri baginda seorang lagi ialah Raja Hamidah atau Engku Puteri anak Raja Haji ( Marhum Teluk Ketapang ). Mereka mempunyai cahaya mata perempuan tetapi meninggal dunia tidak lama setelah dilahirkan.

Sultan Mahmud membuka Lingga dan menjadikannya pusat pemerintahan Riau-Johor-Lingga-Pahang. Namun akhirnya dengan campur tangan penjajah dan intrik - intrik politik dalaman maka akhirnya pusat kesultanan di Lingga mengecil untuk hanya berkuasa di Riau-Lingga sahaja di bawah naungan kuasa Belanda, manakala Johor-Pahang bernaung pula di bawah kuasa Inggeris. Apapun jua peninggalan sejarah di Lingga tetap meredum kerinduan kepada sejarah gemilang kesultanan silam sejak Sultan Mahmud membuka negeri. Peserta rombongan akan melihat mesjid peninggalan yang didirikan oleh Sultan Mahmud pada tahun 1801. Menurut ceritanya mesjid ini pernah dipindahkan ke Pahang, tetapi cuma digunakan untuk sekali sembahyang Jumaat. Setelah itu mesjid dipindahkan semula ke Linggaa. Bagusnya, mesjid ini tidak menggunakan tiang tengah. Lain - lain tapak bersejarah yang bakal dikunjungi nanti ialah Benteng Bukit Cening, Makam Raja - Raja di Bukit Cengkeh, Makam Merah dan permandian Puteri Lubuk Pelawan. Dan semestinya di kalangan peserta akan ada yang mahu melihat apakah gunung Daik yang dikatakan bercabang tiga seperti dalam lirik pantun popular itu betul - betul mempunyai tiga cabang!
Utusan Zaman, Malaysia - 1999

JOM NYELAM...

Agen-agen DAAT yang sudah sedia ada berkepakaran dalam semua aspek kembali melakukan aktiviti menyelam di lautan cina selatan yang terkenal ganas dengan lautan yang bergelora tidak kira siang atau malam... untuk sampai ke garisan permulaan di gigi air ini ejen-ejen terpaksa melalui perjalanan yang panjang sehampir 700 km... Namun usaha yang berbaloi apabila semua agen dapat melakukan terjunan yang sempurna dari bot yang bernama 'JERUNG IV' ... Walaupun terpaksa berlapar hampir seharian kerana takut muntah di dalam air namun kepuasan tak terkira dari muka-muka 'selenge' agen-agen DAAT ... untuk paparan saksikan beberapa foto menarik oleh paparazi misi tersebut iaitu Dive Master Husiin ex PASKAL TLDM
Lumut yang kini menyibukkan diri dengan menjadi Pengurus Kompleks Paroi N9...



Dive Master Keoii yang kebulur tengah mengokak altenate
























Lagak macho skin diver Fairuz yang tetelan sebaldi air laut cina selatan...












Mr Koordinator DAAT yang tak berapa larat ngusung tong lebih 15 kilo tu...


















Mr CEO dengan isyarat OK!!! atau 30 dengan pelampung besar di tengah perutnya itu...

Rabu, November 14, 2007

DAPAT TEMUDUGA?

Menghadapi temuduga? Berita yang amat mengembirakan sesapa sahaja, waima binatang pun kalau dia boleh berfikir, tapi apabila masa semakin hampir perut mula memulas... kepala pening dan tiba-tiba stress boleh menyerang seseorang... kenapa ini berlaku? Mungkin persiapan yang kurang dari diri kita atau terlampau memberi harapan yang tinggi untuk berjaya dalam temuduga tersebut... ini ada sedikit tips sewaktu teman merayau-rayau dalam ruang cyber ini sebab teman pun nak diinterview minggu depan hahaha....
PERSIAPAN:

* dapatkan maklumat sebanyak yang mungkin tentang pihak yang memanggil. gunakan kemudahan internet (cybercafe, jika tidak di rumah)*
ambil tahu isu semasa dan politik (paling-paling minima pun isu dalam tempoh satu minggu). sumber paling baik ialah surat khabar
* sediakan semua keperluan seperti resume, sijil asal yang disusun mengikut turutan daripada terdahulu hingga yang terkini
* 2 keping gambar bersaiz passpot (sekurang-kurangnya)
* alatulis (sekurang-kurangnya sebatang pen)
* sediakan @ gosok baju yang ingin dipakai sehari sebelum hari temuduga. pakaian yang sebaiknya ialah baju kurung. tidak perlu ditambah dengan kot. jika mahu berkot, pakai baju yang potongannya seperti itu. pendek kata, baju 2 kerat (bukan 3)
* sebaik-baik waktu sampai di tempat mendaftar ialah 45 minit (15 minit untuk mendaftar, 30 minit untuk bersarapan pagi). sarapan pagi sangat penting untuk mengelakkan sakit kepala, kurang tenaga atau nampak tidak bersemangat
SEMASA SESI:
* masuk selepas mengetuk pintu
* beri salam @ selamat
* jangan hulurkan tangan untuk bersalam jika penemuduga tidak berhasrat begitu
* serahkan fail resume, sijil dan sebagainya kepada ahli (bukan pengerusi)
* duduk apabila disuruh atau minta kebenaran untuk duduk jika mereka hanya mendiamkan diri sahaja (kerana adanya kerusi di situ, memanglah tujuannya untuk diduduki)
* letakkan beg dan fail-fail lain di meja kecil yang disediakan di sebelah kerusi tersebut
* duduk dengan sopan dan tegakkan badan
* formalkan bahasa. contoh, jika ditanya siapakah perdana menteri kita? jangan jawab "Pak Lah"
* biarkan penemuduga yang mengakhiri sesi
* ucapkan terima kasih kerana diberi peluang menghadiri sesi itu

LAIN-LAIN:

* bahasa - bergantung pada jawatan yang dipohon (SPM - bahasa malaysia)

* seeloknya, jangan pegang pen, terlalu banyak menggerakkan tangan atau kerap mengulang perkataan yang sama

* tidak perlu terlalu mempraktikkan sesi menjawab soalan.

relaks...