Sabtu, Oktober 20, 2007

CATATAN DARI TELUK SEPANGGAR MENGGATAL KOTA KINABALU

Life begin at 40th... emm tak lama lagi sampailah aku kat umur tuu... tapi mengapa tak 30an atau 50an mesti ada rahsianya... dulu aku selalu tanya persoalan nie pada 3 orang... Sifu aku Cikgu Hamid... banyak diceritakannya, Haji Amir member 'servey'.... sifu jugak tapi lebih pada idola rasanya... gayanya ceritanya dan lost contact berapa lama sebelum terjumpa bulan Ramadhan yang lepas di Hillcity... aku kenal dia dari umurnya hujung 30an sampai umurnya kini awal 40an... Abang Darul juga aku ajukan persoalan ini. Yang pasti ada jawapannya... tapi aku tak mahu memikirkannya sangat kerana yang penting kita kena tempuhi sendiri.
Ohyaaa... sebenarnya aku ada projek baru berkaitan umur nie... menulis balik? ohyaa!!! why not, dulu-dulu masa belasan tahun aku dah start menulis... ideanya mudah GAMBARAN LELAKI DI UMUR 30 TAHUN... ikonnya ramai bangat... aku ada Pak Tam, Din, Mozek, Pak Cu, Wan Ci, Dato Budi, Fairuz dan apa aku rasai sendiri... mudahnya tapi di mana nak bermulanya yer... mungkin dengan LAPTOP baru selepas balik dari bercuti nie gamaknya... harap-harap Yus jangan buat kerja bertangguh lagi... dah berjanggut aku tunggu laptop tu...

Khamis, Oktober 04, 2007

PUISI RAYA
























Selamat Hari Raya
Hari suci mulia
Kepada muslimin muslimat
Semoga bahagia
Maaf zahir dan batin

Halal makan dan minum
Kepada teman dan saudara
Semoga panjang umur
Selamat berhari raya

Selamat berhari raya
Hari suci muliaHari suci mulia
Saling kunjung-mengunjung ( Arab mali tak leh tulih )

Kepada semua umat
Semoga diberkati

Isnin, Oktober 01, 2007

PATUT TAK KEBULUR...?

Human Development Report 1998 oleh PBB

$11bilion dibelanjakan untuk aiskrim di Eropah
$50bilion untuk rokok di Eropah
$35 bilion untuk hiburan di Jepun
$400 bilion untuk dadah di seluruh dunia

Charlotte Denny daripada Guardian melaporkan pd 22.8.2002, 2.8 bilion manusia di negara2 membangun membelanjakan wang kurang daripada $2 sehari bagi menyara hidup sedangkan lembu-lembu di Eropah mendapat subsidi bernilai $2.20 sehari untuk hidup.

Nampaknya jika duit yang ada diagihkan dengan betul di dunia ini tiadalah ribuan kanak-kanak tidak berdosa yang mati kebuluran setiap hari. Oleh itu janganlah kita membazir dalam kehidupan kita kerana jika kita mempunyai rezeki yang lebih, bantulah mereka yang kurang berupaya.

Semoga kita tidak digolongkan sebagai orang yang bersahabat dengan syaitan, iaitu orang yang suka membazir!

Renung-renungkan dan selamat beramal.