Khamis, Februari 15, 2007

'PROKONTOL'

Dua orang pengurusan kanan DAAT iaiatu Mr Ceo DAN Mr Koordinator telah menghadiri Kursus Protokol, Etiket dan Ketrampilan Sosial di De Palma Hotel, berhampiran Ampang Point Selangor Darul Ehsan pada 11 hingga 14 Febuari 2007 yang baru tamat semalam. Kursus tersebut amat bererti sekali kepada DAAT kerana menurut mereka berdua banyak aspek Protokol yang perlu diambil perhatian sepanjang mengendalikan upacara rasmi termasuk yang dihadiri Oleh Yang Dipertuan Agung, Perdana Menteri dan lain-lain pembesar negara. Aspek yang dipertekankan adalah seperti berikut ;
1. Pemilihan pakaian, warna, kombinasi dan sebagainya
2. Cara makan di meja makan dengan amali sekali
3. Pengacaraan majlis dan stage manager
4. Susunan kerusi meja dan bendera
5. Penyambut tetamu dan laison
6. Pingat-pingat kebesaran negara
Penceramah yang hadir terdiri dari Pegawai-pegawai dari Bahagian Istiadat Jabatan Perdana Menteri, termasuk seorang penceramah bebas pesara INTAN yang telah menjadi consultan kepada beberapa agensi kerajaan dan swasta. Mungkin kalau ejen DAAT yang lain hendak memahami beberapa ciri protokol ini boleh mendapatkan penerangan serba sedikit dari Mr CEO atau Mr Koordinator.

Jumaat, Februari 09, 2007

SELAMAT DATANG EJEN-EJEN BARU

DAAT mungkin terpaksa menambah keanggotaan ejen-ejennya selaras dengan pembesaran organisasinya yang hampir menyamai empayar perniagaan Donald Trump. Semua ejen-ejen baru yang terpilih akan dikuarantin untuk ditraining pada bila-bila masa dari sekarang di Daerah Selama yang telah dipilih sebagai pusat empayar DAAT. Ini adalah kerana CEO DAAT Mr Budi yang telah menjajah kawasan tersebut dan seperti kebetulan pula Ejen Zahari dan Ejen Nizam telah lama meneroka di situ. Antara ejen-ejen yang bakal terpilih seperti berikut ...
1. Nambulus ... kepakaran pengawasan binatang buas selama 15 tahun.
2. Mat Kasut ... Raja Belum Baru dan Belum Lama sehingga sekarang.
3. Mat Gajah ... mulut cilabai tetapi beretika
4. Nita... Ejen wanita seperti Alias yang mengembara ke pelusuk dunia...
5. Cik Mah... emmm!! tanya Mr CEO jinak-jinak merpati ditebar jala terperangkap jua...

KINI SUDAH BERMULA

KEPADA SEMUA EJEN DAAT YANG BERMINAT MENYERTAI PJKN '07 SILA RUJUK JADUAL DAN KAEDAH PELAKSANAAN KEPADA SEMUA PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH. MUNGKIN KEPAKARAN ANDA DIPERLUKAN!!!

Rabu, Februari 07, 2007

SUKAN PERAK KE 1V











Sukan Perak adalah merupakan sukan dwi tahunan yang berlangsung di negeri Perak sejak tahun 2001 lagi. Sukan ini yang sudah memasuki kali yang ke IV dijadualkan akan berlangsung di Bandaraya Ipoh buat sekian kalinya lagi. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Sukan Perak pada kali ini sepatutnya dihoskan oleh Daerah Larut Matang dan Selama namun disebabkan beberapa kemudahan seperti kompleks sukan yang belum mencapai tahap yang ditetapkan oleh Majlis Olimpik Malaysia menyebabkan kejohanan ini tetap berlangsung di bandaraya Ipoh.

Sesuatu yang menarik kejohanan kali ini akan turut menyediakan pingat dalam acara kenu dalam pelbagai kategori. Walaupun demikian, penetapan acara masih belum ditetapkan oleh Majlis Sukan Negeri Perak dan setiap acara itu akan dipertandingkan sekiranya terdapat enam daerah sekurang-kurangnya yang mengambil bahagian.


Bagi semua ejen-ejen DAAT yang berkepakaran di dalam sesuatu jenis sukan boleh menawarkan diri menjadi jurulatih, pengurus, atau teknikal bagi pasukan daerah masing-masing. Bagi yang berminat menjadi urusetia atau pegawai teknikal di peringkat negeri boleh menghubungi persatuan-persatuan negeri atau terus berhubung dengan Majlis Sukan Negeri Perak.
























































(Gambar hiasan dari
Karnival Sukan Vateran Kebangsaan
di Pulau Pinang)