Khamis, Januari 25, 2007

10 MUHARRAM

Sejarah dan Keutamaan Puasa Asyura’ Sesungguhnya hari ‘syura (tanggal 10 Muharam) meski merupakan hari bersejarah, dan diagungkan, namun orang tidak boleh berbuat bid’ah padanya. Adapun yang dituntunkan syari’at kepada kita pada hari ini hanyalah berpuasa, dengan dijaga jangan sampai bertasyabuh dengan orang Yahudi.

أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ تَصُوْمُهُ قُرَيْشٌ فِي اْلجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ فَلَمَّا قَدِمَ اْلمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ
Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya.
Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai.
Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, “Hari ini Allah memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw:
“Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu.”
Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun.” Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.
Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadis.
“Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka.”
Sahabat pun bertanya, “Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari.” Jawab Rasulullah, “benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub. Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura.”
Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya memohom keampunan.
Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.
Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.
1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s. 2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda. 3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s. 4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud. 5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam. 6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil. 7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s 8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu. 9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun. 10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.
Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya:
“Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh meninggalkannya.”
Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini sangat-sangat dituntut. Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan umatnya, maka hukumnya adalah sunat.

Jumaat, Januari 19, 2007

HIDUP MESTI SELALU MAU PANAS!!!


Selamat tahun baru Maal Hijrah 1428 Hijrah, semoga pada tahun ini dapat kita mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik dan memperbanyakkan amalan.



Ejen DAAT dan barisan pelapis jelmaan DAAT dengan senyuman azam baru (gambar hiasan)



Setelah hampir separuh bulan Januari tahun baru 2007 ejen-ejen DAAT menyepi diri dengan pelbagai agenda peribadi, akhirnya pada 12hb Januari ejen-ejen DAAT kembali mendapat momentum pergerakkan yang menyebabkan kepakaran semua ejen kembali di tagih oleh insan-insan yang memerlukan.



Jumaat


Pengurusan kanan DAAT bertemu di 'Bandar Kedamaian Abadi' bagi merangka susunan projek tahun 2007, dalam perbincangan itu akhirnya telah membawa mereka ke 'Bandaraya Bourgunvilla' apabila Mr Budi terpaksa menghantar Local Order untuk mengelakkan AP52 yang menjadi perkara yang menakutkan bagi para pembekal. Perjalanan diteruskan ke Kampung Pasir Puteh untuk meraikan Majlis Perkahwinan


Mr Amir 'n' Madam Suhaini









Doa akhir tahun dan awal tahun patut diamalkan (gambar hiasan)



Walaupun majlis berlangsung pada 13hb Januari tetapi disebabkan esok belum tentu belum datang ejen-ejen DAAT meraikan jugak majlis perkahwinan tersebut dan memang dah rezeki pengantin turut jugak menyediakan jamuan bagi para bentara dan mak andam yang menyiapkan persiapan terakhir di rumah pengantin lelaki. Warna temanya biru dan nampak gayanya jemputan melebihi 1000 orang kerana canopy sahaja 7 buah. Hebat perkahwinan tersebut maklumlah keduanya pegawai belia dan sukan yang boleh dikatakan ramai jugak para belia/beliawanis mengenali mereka. Lagipun Mr Amir telah bertugas di Perak melebihi 15 tahun.






Penumpuan kepada isu antara teras kekuatan DAAT (gambar hiasan)




Dalam pada masa yang sama Mr Chor yang sedang menunggu-nunggu Pengurusan Kanan DAAT merasa semacam di ranjau apabila pertemuan yang dirancang berubah-rubah sehinggakan akhirnya sampai ke sudah pertemuan tersebut tetap tidak berlangsung.


Sabtu


Koordinator DAAT Ejen Rem dan Penasihat kewangan Mr Wan Chik kembali mengatur strategi apabila masing-masing rungsing dengan rutin kerja seharian akhirnya telah merancang untuk turun ke laut pada hujung minggu tetapi ejen Rem yang lambat mengdeal dengan tawkey bot di Pantai Remis telah mengigit jari sekali lagi apabila telah ditinggalkan buat sekian kalinya. Akhirnya pada hari tersebut mereka telah bertemu di Batu 17 Pantai Remis dengan menyapu bersih sepinggan goreng pisang dan air tebu gerai kepunyaan seorang mak cik yang turut dibantu oleh anak sedaranya yang tidak kurang jugak 'getahnya' di situ. Akhirnya setelah mengambil kira semua aspek Mr Wan Chik yang turun dengan pomen rasminya Ujang 'n' The Cren telah membatalkan menarik kereta mini tersebut kerana untung yang tak seberapa kerana kereta tersebut hampir hancur macam reba.

Bersugi antara amalan yang baik diamalkan untuk beribadat dan kebersihan diri


Ahad



Pada hari ahad Mr Rem yang masih kelam kabut dengan baby nya telah mengail ikan haruan untuk isterinya yang dipercayai khasiatnya bagus untuk bekas jahitan bersalin. Mr Wan Chik pula telah hampir hilang akal kerana di ranjau Ejen Rem telah memulakan aksi di Taman Tasik dan terjeratlah seekor patin seberat hampir 5 kilo tetapi disebabkan pembantunya yang tak seberapa pakar akhirnya ikan tersebut terlepas dan rezeki mereka malam tersebut hanyalah saki baki roti Gadinia yang di buat umpan.



CEO DAAT pula iaitu Mr Budi yang telah mengepau pihak-pihak tertentu telah memberi bantuan segera kepada bursa saham Ejen Rem yang sedang nyawa-nyawa ikan sebanyak RM xxx.00 begitu juga dengan Mr Wan Chik dengan jumlah yang tak dapat dikesan tetapi dikatakan mencecah ratusan ringgit jugak!!



Selasa



CEO DAAT Mr Budi telah hadir ke iBu pEjAbAt kerana menghadiri mesyuarat Program Kelab Sukan Komuniti On Wheel iaitu satu projek KBS yang telah diserah kepada Consultan asing. Mr Rem yang kembali bertugas telah menyerahkan pelbagai dokumen penting di bahagian pentadbiran dan dalam kelapangan masa yang ada beliau telah membasuh baju dan mengemas rumah yang sudah lama kesepian. Pada sebelah petangnya pula Mr Rem yang sedang memikir-mikir bagaimana hendak mendapatkan sumber telah mendapat mengubungi Mr Budi yang sedang mengdeal pelbagai urusan dari saham wang ringgit ala Pak Man Telo hinggalah ke Pajak Gadai tak bertauliah di Medan Kid, dalam perjalanan ke sana Mr Rem telah melihat satu kejadian kejar menegejar 2 motor trafik dan sebiji petro car mengejar sebiji 4x4 (model tak dapat dikesan) di Jalan Kuala Kangsar menghala ke Ipoh.


Dalam kelam-kabut itulah Mr Budi telah memberi bantuan sebanyak 'buah kongsi - naga naik bangku' untuk duit minyak....




Ejen Zul.... Ketua Urusetia yang taat setia pada DAAT (gambar hiasan)

Rabu



Mr Rem yang kembali lewat ke opis telah melajakkan diri ke Taiping bertemu Mr Wan Chik yang juga dalam perancangan tuang kerja. Mereka seperti biasa telah meracun Mr Budi untuk turun ke Taiping dari Selama. Mr Budi yang biasa menceburi dunia rally seperti rally Dakar telah membuat keputusan yang tepat apabila turun jugak ke Taiping atau lokasi yang paling tepatnya di Kampung.... Simpang, Taiping. Akhirnya perjumpaan mereka telah melajakkan diri mereka sekali lagi ke Ipoh iaitu rumah Ejen Rem. Sementara itu, Mr Wan Chik tanpa disangka-sangka oleh semua pihak telah mengontact Penasihat IT DAAT iaitu Mr Fahmi untuk turut terjebak dalam dunia tuang kerja. Mr Rem yang masih dengan pakaian kerja tetap jugak ke Opis untuk menunjukkan hikmat sekejap ada sekejap tak ada. Apabila beliau kembali ke rumah Ejen Rem telah menyaksikan bagaimana semua ejen-ejen DAAT terutama Mr Fahmi yang telah merangka projek bernilai jutaan ringgit buat DAAT iaitu Projek yang dinamakan OPS Water World of Tambun dengan bantuan dan kepakaran jurulatih-jurulatih VAAT 69 Ulu Kinta.

Mr Rem yang teruja dengan projek tersebut telah menghidangkan menu meegi perisa kari sebanyak 4 bungkus dan telur jugak 4 biji untuk hidangan petang itu, dan seperti biasa yang tinggal hanyalah sisa-sisa yang turut tinggal tak seberapa.



Khamis



Mr Rem yang kembali bercuti kerana menguruskan keluarganya telah tidak dapat bergerak kerana pergerakkan ejen-ejen lain dengan agenda sendiri, tetapi difahamkan Mr Budi telah turun jugak ke Taiping kerana urusan-urusan lain yang melibatkan soal masa depan dan keluarga. Mr Wan Chik pula dikhabarkan masih sibuk dengan aktiviti pemotorannya dan telah melihat-lihat serta mencongak sport rim banana 18 inci di Ipoh.


Jumaat



Selamat Meninggalkan Tahun baru 1427 Hijrah...



Mr Rem yang pagi-pagi buta mendapat sms dari no 012-4xxxxxx Mr Wan Chik telah memintanya turun ke Taiping, Mr Rem yang sudah siap berpakaian bergerak meninggalkan keluarga tercinta menuju rumah Mr Wan Chik yang sudah hampir jemu menerima tetamu seorang nie...


Setelah memusing-musing di Bandar Kemunting mereka telah mengambil keputusan menuju Selama untuk bertemu Mr Budi di sana pula, seperti kunjungan hormatlah pulak!!

Sesampainya di Selama Mr Wan Chik dan Mr Rem telah mengideakan satu projek ranjau paling terbesar di alaf baru ini dengan mengatakan mereka datang menaiki bas.. dan kereta telah disorok di Pejabat Majlis Daerah Selama. Mr Budi yang seakan tak percaya telah mengajak meronda-ronda kawasan sehingga sampai ke Bandar Serdang, Kedah Darul Aman.. dan setiba di sana laksa kedah telah menjadi pilihan dan Mr Wan Chik pula telah mendapat bonus kerana telah dapat berkenalan dengan seorang rupawan Kedah yang bekerja di Seagate Penang... dan bibit-bibit cinta nampak tersirna dari matanya sepanjang perjalanan kembali ke sempadan Perak.




Mr Budi juga yang dikenali sebagai seorang dermawan dengan murah hatinya telah meminta isterinya pula memasak makan tengahari buat berlebihan kerana perut-perut yang masih lapar mahu datang ke rumah mereka di Taman Mxxxxxx, dan seperti biasa jamuan diakhiri dengan gelak ketawa keriangan...!!!



Mr Wan Chik yang masih dalam proses mendapatkan rakan-rakan di RXX Bank Taiping untuk melihat payment Projek xxxx 2006 yang lepas, akhirnya apabila tahu baki yang ditunggu-tunggu sekian lama telah clear dengan sepantas kilat semua ejen-ejen DAAT meluru dalam hujan lebat ke Bandar Taiping. Dalam perjalanan tersebut tembelang Mr Wan Chik dan Mr Rem yang menyorok kereta telah pecah disulami maki hamun dan sumpah seranah *&&%$#@! yang tak berapa sedap di tulis disini, telah pecah meracun pulak Mr Budi naik sekali satu kereta dan balik nanti naik bas lah pulak!! .Seperti dijangka perjalanan yang dirahmati telah kembali ke rumah Mr Wan Chik destinasi paling selamat untuk mengendurkan keletihan dan mencari sisa-sisa kekuatan yang ada.


Akhirnya Pengurusan kanan DAAT telah berpecah ke desnitasi masing-masing dengan senyuman ke telinga dengan memikirkan keuntungan di akhir tahun baru 1427 Hijrah ini.

Mr Rem yang dalam perjalanan pulang telah mengontact Ejen Chor yang rupa-rupanya demam di rumah barunya... mungkin keletihan gamaknya... ejen-ejen DAAT yang lain diharap dapat mengontact dan bertanya khabar Ejen Chor.


Setelah membersihkan diri dan menunaikan kewajipan Mr Rem telah mendapat panggilan misteri dari Penasihat IT DAAT iaitu Mr Fahmi yang menceritakan projek terbaru DAAT iaitu TOT Staf Lost World Of Tambun.. beliau dalam perbualan tersebut meminta kepakaran semua Ejen DAAT iaitu Mr Lan, Mr Zahari, Mr Nizam dan kesemuanya untuk projek terbaru ini.

Mudah mudahan dengan kedatangan tahun baru ini akan mendatangkan sinar yang lebih cemerlang buat kita semua ejen-ejen DAAT.... Insya Allah.


Isnin, Januari 15, 2007

DARI KACAMATA PEREMPUAN

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler…
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!…

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat…
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknyameliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu…

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

ETIKA KEPIMPINAN

Manusia dipilih oleh Allah menjadi Khalifahnya dibumi ini. Pada masa yang sama mereka dituntut supaya mengabdikan diri kepada-Nya dalam semua tindakan sama ada dalam urusan ibadah, urusan kehidupan dan sehingga urusan kematian. Pengurus mempunyai bidang tugas yang besar dan luas antara lainnya mengatur dan mentadbir pelbagai sumber anugerah Allah supaya dapat digunakan dengan sebaik-baiknya oleh umat demi kebahagiaan kehidupan mereka yang sementara di dunia ini dan saham bekalan bagi kehidupan mereka di akhirat. Maka sewajarnya setiap individu Muslim itu mempunyai akauntabiliti terhadap apa yang dilakukan. Lebih tinggi pangkat dan kedudukan dan lebih besar autoriti yang dipegang, maka lebih besar dan lebih beratlah akauntabiliti tersebut. Untuk itu Islam meletakkan garis panduan pengurusan dan kepimpinan yang baik iaitu berteraskan kepada penghayatan konsep khilafah, ukhuwwah dan tazkiyyah (Ismail Omar, Pengurusan Sumber Asli, IDMP, 2000).


Seorang pemimpin mesti berani (gambar hiasan)


Kepimpinan organisasi yang baik memerlukan pengurus yang sempurna. Malangnya hampir mustahil mendapat pengurus dan manusia yang sempurna pada hari ini jika kesempurnaan itu dinilai dari perspektif manusia lain. Para Rasul yang memang diiktiraf sempurna oleh Allah, namun tidak juga disenangi malahan ditentang oleh segolongan umatnya sendiri. Oleh kerana itu kesempurnaan yang dimaksudkan ialah suatu sifat yang ideal berdasarkan kepada syarat-syarat dan ciri-ciri universal yang dituntut oleh agama Islam.




Menurut Yusuf Ismail didalam bukunya ‘Mengurus Secara Islam’ menyebutkan bahawa prinsip kepimpinan Islam itu antaranya:


Mencari keredhaan Allah (At-Taubah, 72)
Melaksanakan makruf dan mecegah mungkar (Aali Imran 104-110)
Menjaga kesejahteraan masyarakat (Al-Baqarah 148, Al-Qasas 77)
Membangunkan individu semaksimum mungkin (Aali Imran 139, Al-Hujarat 13)
Melaksanakan syura (Aali Imran 159, As-Syura 38)
Mewujudkan jamaah (As-Saff 4)
Berlaku adil (Al-Maaidah 8, An-Nisa 129)
Berlaku Ihsan (An-Nahl 90)
Membuat keputusan sesuai dengan prinsip-prinsip Islam (Al-Maaidah 44,45, 47, 50)





ASAS KEPIMPINAN




Asas kepada kepimpinan Islam mestilah menjurus kepada 3 matlamat utama yang jelas iaitu (Mustafa Daud, 1996)




Akidah – hakikat kepimpinan itu adalah amanah Allah yang mempunyai implikasi kepada keimanan terhadap Rukun Iman yang enam yang pasti ditanya diakhirat. Yang berjaya memimpin dengan baik akan ke syurga dan yang tersasar akan ke neraka.




Syarak – mengakui dan menurut setiap syariat dan undang-undang yang diperuntukan oleh Allah didalam sumber teragung iaitu kitab Al-Quran dan Al-Hadith. Pematuhanya dikelaskan sebagai suatu ibadah seperti yang dikehendaki oleh Allah bahawa manusia itu diciptakan untuk tujuan beribadah.




Akhlak – ia adalah asas kepada kepimpinan Islam dan ianya mestilah bertunjang kepada aqidah dan syariat. Akhlak yang baik dan mulia secara langsung mencerna kepimpinan kearah kesempurnaan seperti yang dikehendaki oleh Allah swt.

Ciri-ciri pemimpin juga memberi impak yang besar kepada sesuatu kepimpinan.Pemimpin yang mempunyai sahsiah yang baik akan membawa kepimpinannya kepada kebaikan dan keharmonian.




Berkata Al-Imam Al-Ghazali didalam kitabnya Al-Iktisad fil Iktikad bahawa tidak sepatutnya soal ciri pemimpin diambil dengan hukum akal dan wajib berasakan kepada ciri syariat kerana tegas beliau (Abd. Hadi b. Awang, 1995):




"Agama itu dasarnya dan pemerintah itu pengawasnya, barang yang ada dasar itu runtuh dan barang yang tiada pengawas itu sia-sia"



Ingat-mengigati wajar dijadikan ciri utama seorang pemimpin


Hujjatul Islam ibnu Taimiyyah pula menyebut didalam kitabnya al-Siasah al-Syariyyah:
"Wajib diketahui bahawa mengendalikan urusan manusia itu termasuk didalam perkara yang besar wajibnya daripada perkara-perkara yang diwajibkan di dalam agama, tiada ditegak agama itu melainkan dengannya, maka sesungguhnya keturunan Adam itu tidak akan sempurna muslihat mereka melainkan ada pemimpin yang baik kerana satu malam bersama pemerintah yang zalim lebih baik daripada enam puluh malam tanpa pemerintah".






Keluarga tetap perlu diutamakan


Al-Imam Al-Mawardy menyebut lagi didalam Al-Ahkam Al-Sultaniyyah bahawa pemimpin itu adalah pengganti Rasulullah saw bagi melindungi agama dan mentadbir keduniaan
Ahkam Sultaniyyah terjemahan 1993




Sebab itu tambahnya lagi seorang penyair Jahiliyyah Al-Afwah Al-Audiyy ada bermadah:
Maksudnya tidak sesuai keadaan kucar kacir tanpa tokoh bagi orang ramai dan bukanlah tokoh jika yang berkuasa itu orang yang bodoh.




TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN




Kepimpinan menurut perpektif Islam bukanlah suatu kedudukan yang boleh dianggap istimewa atau perlu direbut-rebut kerana ia sebenarnya lebih bersifat amanah. Rasulullah saw pernah mengingatkan Abu Dzar Al-Ghifiri yang memohon diberi suatu jawatan mentadbir wilayah Islam dalam sabdanya:

Maksudnya : Sesungguhnya kepimpinan itu adalah suatu amanah, pada hari kiamat ia merupakan kehinaan dan penyesalan kecuali bagi mereka yang menunaikan amanahnya dengan sempurna seperti yang telah dipertanggunjawabkan.

Amanah menunaikan tanggungjawab bukan sahaja terhenti kepada menyempurnakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya kepada pengikut-pengikut, tetapi yang lebih penting dilihat oleh Islam ialah menyempurnakan amanah kepada Allah. Ibnu Taimiyyah didalam Siasah Syar’iyyah menekankan bahawa kriteria penting dalam melantik seorang pemimpin mengetuai sesuatu jawatan ialah memastikan mereka mempunyai dua sifat penting iaitu quwwah (keupayaan mentadbir dan mengurus) dan sifat amanah. Yang menariknya, Ibnu Taimiyyah sendiri, yang menulis buku berkenaan 800 tahun dahulu turut mengakui bahawa sukar sekali mencari individu pemimpin yang mempunyai kedua-dua sifat ini sekaligus pada dirinya.
Pemimpin mesti sentiasa mengejar kecemerlangan




" Menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah, setia dengan penuh minat, disiplin dan dedikasi.
" Sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan negara dan tidak mementingkan diri sendiri.
" Sentiasa berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi.
" Membuat pertimbangan yang teliti dan adil sebelum membuat keputusan dan tegas dalam melaksanakannya.




SIKAP SEORANG PEMIMPIN


" Sensitif terhadap persekitaran kerja dan alam sekeliling dan berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
" Sentiasa bersikap positif dan bertanggungjawab.
" Mempunyai fikiran yang terbuka dan sedia menerima teguran dari semua pihak untuk faedah organisasi dan negara.
" Mengambil berat tentang masalah yang dihadapi rakan sejawat, baik pihak atasan mahupun rakan sejawat dibawahnya.





PERAWAKAN DAN PERIBADI




" Mempunyai peribadi yang mulia, berbudi pekeri dan perawakan yang baik.
" Sentiasa bersabar dan tenang dalam menghadapi masalah dan cabaran.
" Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan.
" Menjaga hubungan baik bagi setiap golongan masyrakat.

Khamis, Januari 11, 2007

KISAH MUFTI PERAK DARUL RIDZUAN MENGADAP SULTAN

"Maksud Hadith rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah ummatku BUKAN dari kalangan ummatku".
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Hari Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan Beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.Bencana umat Islam Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia pohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan Agama dipadamkan dari Mykad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah dari Mahkamah Syariah.
Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah PersekutuanBerasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion). Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia Membawa implikasi:i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya. Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam Perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati dari Islam tiada. Ini berbeza dari kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati dari Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang. Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak Setelah saya melaporkan perkara ini.
Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk. Gerakan Kristian dan Hinduisme Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini. Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.Majlis Raja-Raja Bangkitkan:1) Apa peranan masjid.2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu dipintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.Di Uzbakistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran Salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding- dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa.Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan. Serangan aqidah di Malaysia Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat. Serangan pemikiran.

1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk Menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti mereka.2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang dari sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, Ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah pada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, Cuma ada Kristian dari mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam. Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia . Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universiti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hamper difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia . Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.
Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam. Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya. Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar.
Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga di gunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia. Harap kepada siapa? Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa Jakim, Jabatan Agama Atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu muslim.
Allah S.W.T berfirman:

"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."
Peringatan-Peringatan Daripada Allah S.W.T. Tsunami, gerak gempa bumi, ramaiumat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat Berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari-menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan. Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a'lam.
Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti Kerajaan Negeri Perak

Selasa, Januari 09, 2007

KENTUT DAN KAREKTOR

1 . ORANG YANG TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut, selalu menyalahkan orang lain

2 . ORANG GOBLOK
Orang yang menahan kentutnya berjam jam

3 . ORANG YANG BERWAWASAN LUAS
Orang yang tahu bila harus kentut

4 . ORANG SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tak boleh kentut

5 . ORANG YANG MISTERIOUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tak ada yang tahu

6 . ORANG YANG GUGUP
Orang yang tetiba tahan kentutnya bila tiba masa untuk kentut

7 . ORANG YANG PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
Orang yang selalu menganggap kentutnya berbau harum

8 . ORANG YANG SADIS
Orang yang kentut di katil, terus mengibaskan kentutnya pada
katil orang lain

9 . ORANG YANG PEMALU
Orang yang kalau kentut selalunya tak berbunyi tapi selalu
merasa malu sendiri

10. ORANG YANG STRATEGIK
Orang yang sering menyembunyikan kentutnya dengan ketawa
terbahak agar tidak didengari oleh orang lain

11. ORANG YANG BODOH
Orang yang kalau habis kentut, menghirup nafas untuk
menggantikan agin yang keluar

12. ORANG YANG PELIK
Orang yang kalau terkentut, mengeluarkannya sedikit sedikit
sampai bunyi "tit - tit - tittttt"

13. ORANG YANG SOMBONG
Orang yang kalau kentut selalu berasa bangga dengan kentutnya

14. ORANG YANG RAMAH
Orang yang sering mencium kentut orang lain

15. ORANG YANG TIDAK SENANG BERGAUL
Orang yang selalu kentut sembunyi

16. ORANG YANG AKUATIK
Orang sering kentut dalam air sampai sering berbunyi
"blekutuk - blekutuk - bloop -bloop"

17. ORANG YANG ATHELETIK
Orang yang kalau kentut, sering mengeluarkan tenaga dalaman

18. ORANG YANG JUJUR
Orang yang sering mengaku apabila terkentut

19. ORANG YANG PINTAR
Orang yang boleh menilai bau kentut seseorang

20. ORANG YANG ROMANTIS
Orang yang sering memuji muji kentut pasangannya tu

KISAH JAM TANGAN

Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"

Satu pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan? Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut di dalam hati. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap,tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra."

Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"

Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama.Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Jadi?" tanyanya lagi.

"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya,dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.

Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?

Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya?, SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PON TAKDERRR! CIKAI BETUL!! "

TAHUN PENUH KECEMERLANGAN

PERUTUSAN KHAS DAAT 2007

1. SENTIASA BERHUBUNG
2. SENTIASA BERSANGKA BAIK
3. SENTIASA MEMBANTU
4. SENTIASA MENCARI PASARAN
5. SENTIASA MENJAGA KREDIBILITI
6. SENTIASA KOMITED
7. SENTIASA CEMERLANG
8. SENTIASA BERSEDIA
9. SENTIASA CERIA

Isnin, Januari 08, 2007

MELANGKAH KE TAHUN BARU YANG PUNYA PELBAGAI CERITA

Rasanya tidak lewat untuk diucapkan kepada semua ejen-ejen DAAT Selamat Tahun Baru 2007, walaupun masih baru dalam bulan Januari ini tetapi sudah pelbagai cerita ejen2 DAAT...

MR CEO Dato' Budiman...

Emm... Selamat tinggal Ipoh, beliau telah berpindah ke SELAMA, PERAK DR sebagai PEGAWAI BELIA DAN SUKAN di sana mulai 04.01.2007, rumah terkini di Taman Menteri, Jalan pi Sg Bayu...

Koordinator DAAT Ejen Rem...

Selamat menjadi Ayahanda... dapat baby perempuan 04.012007 2.87kg.... seronok tak terkata, alhamdulillah.. nanti kita buat family day DAAT...

Penasihat Kewangan Mr Wan Chik

Selamat meyiapkan kereta mini 2 biji denngan harga pasaran RM 20,000.00 sebuah , bayangkan sumber kewangan DAAT kini!!! pelaburan yang menguntungkan...

Penasihat IT Mr Fahmi

Selamat berbahagia dengan kerjaya, keluarga dan anak-anak, zaman kelam sudah lama berlalu semoga hidup ceria selalu...

Ejen Chor

Selamat pindah ke rumah baru cantik sungguh kediaman baru beliau terutama bahagian dapaur, cayalah... tak percaya sila ke Taman Ulu Chepor...

Ejen Zahari

Selamat menyiapkan projek pertanian... emmm dok Selama bolehlah jadi geng terkuat Mr Budi

Ejen Nizam

Dengar cerita turut melabur dalam projek di Selama, semoga sukses jugak...

Ejen Lan

Ya.. projek kita dengan Perbadanan Perpustakaan Negeri Perak masihdi utamakan, semoga tahun ini dapat menghabiskan zaman bujang

Ejen Zul

Projek si Tanjung Malim nampaknya sekarang? Semoga kesulitan dan hubungan dapat diperbaiki...

Begitulah semua perjalanan hidup ejen DAAT di Tahun baru ini... Semoga tahun yang penuh keberkatan... Insya Allah